Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

4 Okt 2024

KLIA ke Jeddah

Alhamdulillah hari ni merupakan permulaan perjalanan kami berdua ke tanah suci bersama JUARA Travel... kebetulan jiran ada buat perkhidmatan taxi, senang sikit... 



pukul 3:30 pagi dah gerak dari rumah ke KLIA... biar sampai awal, jangan sampai lambat... sarapan di medan selera...


solat Subuh di surau berdekatan dengan jemaah JUARA Travel yang bertolak dari utara kelmarin... 






pukul 9:15 dah video call Abyana dan Azim...




pukul 9:30 kami dah pun ke pintu C13, penerbangan Air Saudi G9 801, dijangka berlepas pukul 10:00 pagi... dapat la tempat duduk 26 ED...


penerbangan mengambil masa 7 jam ke Sadjah untuk transit selama sejam... kami terus gate 7 untuk penerbangan Air Saudi G9 147 ke Jeddah... tempat duduk di belakang 35 CD...

 
Alhamdulillah dengan menaiki pesawat Airbus A312 neo, akhirnya kami sampai di Jeddah... 9 jam penerbangan... Mutawif Hafiz kini menggalas tugas di sepanjang perjalanan kami... sekarang kena tukar waktu Arab Saudi... 5 petang di sini bersamaan 10 malam di Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan