Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Jul 2022

The Gray Man

apabila tentera upahan paling mahir CIA yang dikenali sebagai Court Gentry, a.k.a. Sierra Six (Ryan Gosling) secara tidak sengaja membongkar rahsia agensi gelap, dia menjadi sasaran utama dan diburu seluruh dunia oleh bekas rakan sekerja psikopat Lloyd Hansen (Chris Evans) serta pembunuh antarabangsa...




Katil Impian

 


Liverpool 3 - 1 Manchester City


30 Jul 2022

Shamshera

kisah mengenai seorang pahlawan suku kasta rendah dipanggil 'Khameerans' yang diketuai oleh Shamshera (Ranbir Kapoor) dipenjarakan di sebuah bandar Kaza ketika memperjuangkan hak rakyatnya... mereka diseksa oleh jeneral kejam Shuddh Singh (Sanjay Dutt)...

Shuddh Singh yang bekerja dalam tentera British, menjadikan rakyat Shamshera sebagai hamba, mengkhianati ketua puak... namun, nasib Shamshera semasa mempertahankan puaknya, beliau kehilangan nyawa... anak lelakinya, Balli (juga dilakonkan oleh Ranbir Kapoor) mengikut jejak langkah ayahnya dan berjuang untuk rakyat selepas 25 tahun kematian bapanya... 

adakah dia akan berjaya? apakah yang akan berlaku?




29 Jul 2022

Bergambar Bersama Ustaz Zainullah

hari ni pelajar Tingkatan 1 SMDATA bergambar dengan Ustaz Zainullah yang akan berpindah ke sekolah lain... inilah mesej terakhir beliau "bergambar bersama f1 bukhari dan muslim kali terakhir... sesungguhnya saya bersaksi bahawa anak-anak tingkatan 1 khususnya bukhari sangat baik, beradab dan saya sangat sayang mereka dan pasti merindui kelucuan mereka khususnya di asrama... semoga mereka lebih cemerlang dalam pelajaran mereka nanti"


HTHD1513 Restaurant Management

congratulations to Nur Alya Aqilah, Nur Aini, Sharifah Nur Elisya & Siti Normardiana for their perfect 100% record of attendance - HTHD1513 Restaurant Management (May 2022 Semester)...





hospitality is not to change people, but to offer them space where change can take place... it is not to bring men and women over to our side, but to offer freedom not disturbed by dividing lines - Henri J. M. Nouwen...


HTTB3034 Retail Travel Operation

congratulations to Tharisini for her perfect 100% record of attendance- HTTB3034 Retail Travel Operation (May 2022 Semester)...

HTHB3053 Managing Legal Issues in Hospitality Industry

congratulations to Atika Puspa, Mariah Fairus and Mugiliswara Rao for their perfect 100% record of attendance - May 2022 Semester




true hospitality consists of giving the best of yourself to your guests - Eleanor Roosevelt


27 Jul 2022

HTHD3303 Event Management

congratulations to Thiruchelvan for his perfect 100% record of attendance - HTHD3303 Event Management (May 2022 Semester)...

Pertabalan Sultan Jambi Daarul Haq

 



26 Jul 2022

Mobile Legend Tournament

dikendalikan oleh pelajar HTHD3303 Event Management (diketuai Sri Tharshini, bersama Santhini, Thiruchelvan, Muhammad Hassan & Berchmans)... ada 4 kumpulan bertanding, di mana pemenang akan memenangi hadiah bernilai RM100... ia merupakan perlawanan kalah mati...


Kumpulan 1 akan bertemu Kumpulan 4... Kumpulan 1 terdiri dari Vishnu (Moskov), Aaron (Masha), Celvan (Valentina), Darwiin (Roger) & Miknesh (Hylos)... Kumpulan 4 terdiri dari Gautham (Ling), Charles (Layla), Samson (Johnson), Karen Rao (Sun) & Saathesh (Chang'E)...



Kumpulan 1 memenangi pertandingan (22 mata) berbanding kumpulan 4 (6 mata)... Kumpulan 1 akan memasuki ke peringkat akhir...



Kumpulan 2 akan bertemu Kumpulan 3... Kumpulan 2 terdiri dari Kumaran (Franco), Iswaran (Wan Wan), Jeeva (Layla), Diviah (Dyrroth) & Johnathan (Odette)... Kumpulan 3 terdiri dari Buvani (Nana), Johndise (Yin), Poova (Johnson), Immanuel (Yu Zhong) & Arvinth (Moskov)...



Kumpulan 2 memenangi pertandingan (50 mata) berbanding Kumpulan 3 (26 mata)... Kumpulan 2 akan bertemu Kumpulan 1 di peringkat final...


di peringkat akhir, Kumpulan 1 ada pertukaran hero iaitu Vishnu (Clint), Aaron (Dyrroth), Celvan (Lylia) & Miknesh (Hylos) manakala Kumpulan 2 pula Kumaran (Miya), Iswaran (Karina), Jeeva (Dyrroth) & Diviah (Kufrah)...



Kumpulan 1 memenangi pertandingan (25 mata) berbanding Kumpulan 2 (6 mata)... Tahniah atas kejayaan...

23 Jul 2022

The Warriorr

Satya (Ram Pothineni) ialah seorang doktor pelatih ditempatkan di hospital kerajaan bandar Kurnool... di sana, dia bertugas dengan jujur... berpegang, walau siapa pun, nyawa tetap perlu diselamatkan... suatu ketika, dia terpaksa melihat orang biasa dibunuh oleh Guru (Aadhi Pinisetty) seorang samseng digeruni... 

walaupun Satya cuba menyelamatkan orang itu, dia tidak dapat kerana orang-orang samseng itu tidak membenarkan dia menyelamatkan orang yang hampir mati tersebut... dalam keadaan marah, Satya cuba memberontak terhadap Guru tetapi gagal...

namun akhirnya pegangannya itu memakan dirinya semula... dia akhirnya dibawa lari oleh ibunya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika usaha untuk menyelamatkannya... dibiarkan tanpa pilihan, Satya menukar haluan pekerjaannya iaitu menjadi polis untuk menghentikan kekejaman Guru...

adakah Satya berjaya dalam percubaannya? apakah yang Satya akan lakukan?




21 Jul 2022

The Reality

My LinkedIn is My Real Life


9 Jul 2022

The Man from Toronto

Randy (Woody Harrelson) adalah seorang lagenda pembunuh upahan... pemandu premis pengerak yang berniat baik Teddy Nilson (Kevin Hart) berada di tempat salah pada masa yang salah...

maka bermulalah perjalanan terdesak mereka bersama-sama untuk menghentikan konspirasi lebih besar yang berpotensi memulakan Perang Dunia yang lain, dan penemuan diri...




8 Jul 2022

Vikram

Prapanchan (Kalidas Jayaram) ialah seorang polis ACP dan Karnan (Kamal Haasan) ialah bapa angkatnya... kumpulan bertopeng membunuh polis dan Prapanchan juga terbunuh... Tidak lama kemudian, dikatakan bapanya turut terkorban dalam satu kejadian...

ketua pegawai polis bernama Jose (Chemban Vinod Jose) membawa pasukan polis yang cekap iaitu skuad 'black-ops' yang diketuai oleh Amar (Fahadh Faasil) menjejaki siri pembunuhan bertopeng ini...

semasa Amar mula menyiasat, dia mendapat tahu bahawa kumpulan sindiket dadah bernama Vetti Vagaiyara, diketuai oleh Sandhanam (Vijay Sethupathi), yang mahu dadah hilang itu dihantar kepada bosnya, Rolex (Suriya)...

pada ketika itu juga, beliau mendapat pelbagai maklumat tentang bapa angkat Prapanchan, Karnan... benarkah Karnan sudah mati? apakah yang sebenarnya telah berlaku?



Mesyuarat Agung PIBG ke 23 SMADATA

 

1 Jul 2022

Mat Kilau

melayan filem Mat Kilau kat Setia City Mall...