Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Okt 2023

Liverpool 3 - 0 Nottingham Forest

 Liverpool - Jota 31', Nunez 35', Salah 77'

28 Okt 2023

Solidariti Palestin

SMADATA menganjurkan mencipta poster sempena solidariti Palestin KPM...


inilah hasil dari Azim sendiri, dengan menggunakan aplikasi Canva... dia buat sendiri...

27 Okt 2023

Liverpool 5 - 0 Toulouse

 Liverpool - Jota 9', Endo 30', Nunez 34', Garvenberch 65', Salah 93'

Toulouse - Dallinga 16'

26 Okt 2023

Final Class BAGB2033 MC-014

today is my last session with BAGB2033 MC-014... wishing them all the best on this coming Sunday 29-Oct Final Exam...

25 Okt 2023

Final Class BAGB1023 MC-012

today is my last session with BAGB1023 MC-012... wishing them all the best on this coming Saturday 28-Oct Final Exam...

24 Okt 2023

Final Class BAGB1023 MC-011

today is my last session with BAGB1023 MC-011... wishing them all the best on this coming Saturday 28-Oct Final Exam...

21 Okt 2023

Liverpool 2 - 0 Everton

 Liverpool - Salah 75' (P) 97'

18 Okt 2023

BAGB2013 MC-012 Youtube

 Group 1

Group 2

Group 3

Group 4

Group 5

Group 6

Group 7

Group 8

Group 9

Group 10

17 Okt 2023

BAGB2013 MC-011 Youtube

Group 1

Group 2

Group 3


Group 4


Group 5


Group 6


Group 7

Group 8

 Group 9

Group 10

13 Okt 2023

Kempen Solidariti SRITI Bersama Palestin

Alhamdulillah, telah berlangsung Kempen Solidariti SRITI Bersama Palestin di SRITI Darul Amilin pada 13 Oktober 2023, Jumaat, jam 8 pagi... umum diketahui bahawa kini saudara kita di Palestin sedang diuji dengan kekejaman Zionis Israel laknatullah... pagi tadi telah dilaksanakan solat hajat dan munajat, membaca qunut nazilah, mengibarkan bendera Palestin 🇵🇸 di kawasan sekolah dan juga mengambil gambar potret solidariti warga SRITI bersama plakad...





12 Okt 2023

Insurans Cukai Jalan X50 2023

hari ni genap setahun usia X50... masa beli guna Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad... hari ni saya memilih Zurich General Takaful Malaysia Berhad di kaunter Lon G Proton Service Puncak Alam... 


11 Okt 2023

AFSL 2023 Sesi Petang

saya telah pun memberitahu katering untuk sediakan buffet makanan petang awal kerana ada yang akan pulang awal disebabkan oleh kelas malam... sesi petang disambung untuk Kategori Senior (18 hingga 25 tahun)...



Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Pertandingan ASEAN Future Sustainable Leaders Kategori Senior Peringkat Negara 2023 pada hari ini. Oleh itu Ya Allah, dengan hati penuh kerendahan, kami memohon keampunan, kami mengharap perlindungan, kami mendamba rahmat dan kasih sayang-Mu agar pertandingan yang di anjurkan oleh Fakulti Perniagaan, UNITAR International University pada hari ini mendapat keberkatan dari-Mu Ya Allah.

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Ghofur
Engkaulah Yang Maha Agung, melalui pertandingan ini, Engkau titipkan di hati kami keimanan, Engkau satukan hati antara kami tanpa mengira warna kulit dan suku bangsa, Engkau jadikannya keberkatan kepada kami supaya terbenih keikhlasan di hati, terbina kesihatan jasmani, terjana akal yang suci, terbuka minda abadi. Lalu darinya Ya Allah, dapat kami satukan ramuan ini dalam diri untuk kami menjadi umat yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Lalu kami menjadi umat yang berdaya saing, berdaya juang, memacu negara kami menuju negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Hayyu Ya Qayyum
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan yang diberikan. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar pertandingan ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan. Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan.

Ya Zal Jalaliwal’ikram
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang. Jadikanlah UNITAR International University terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, agama dan bangsa. UNITAR: Wisdom of The Past, Inspires Our Future.


menyantuni Prof Dekan untuk sarapan petang iaitu juadah Mee Kari, Popia Goreng dan Teh Tarik... Bajet RM15 untuk 60 orang...

tahniah buat Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) kerana memenangi peringkat Negara dan secara tidak langsung akan bertanding mewakili Malaysia di peringkat ASEAN yang akan berlangsung pada 1 November di UNITAR Kampus Kelana Jaya...




program hari ni melabuh tirai... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... kena pastikan katering semua selesai... majoriti berpuas hati dengan juadah yang disediakan...


AFSL 2023 Sesi Pagi

hari ni, Fakulti Perniagaan menganjurkan AFSL 2023 peringkat Negara... sesi pagi adalah untuk kategori Junior (15 hingga 17 tahun)... katering untuk hari ni disediakan oleh Azam Pandan... 


tugasan saya adalah mengetuai bahagian F&B dan juga bacaan doa... hari ni memang keluar rumah awal, sebab nak kena sampai UNITAR seawal 7:30 pagi untuk memastikan persediaan buffet pagi disediakan di Graduate Lounge sebelum pukul 8 pagi...


menu pagi adalah Nasi Goreng Kampung, Telur Sambal, kuih Puteri Ayu, kopi dan teh... bajet RM10 untuk 60 orang...




untuk jawatankuasa F&B, saya dibantu oleh Amri dan Ikmal... yang penting, persediaan makanan bermula tepat pada waktunya... di bawah adalah jadual program pada hari ni... 



Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Pertandingan ASEAN Future Sustainable Leaders Kategori Junior Peringkat Negara 2023 pada hari ini. Oleh itu Ya Allah, dengan hati penuh kerendahan, kami memohon keampunan, kami mengharap perlindungan, kami mendamba rahmat dan kasih sayang-Mu agar pertandingan yang di anjurkan oleh Fakulti Perniagaan, UNITAR International University pada hari ini mendapat keberkatan dari-Mu Ya Allah.

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Ghofur
Engkaulah Yang Maha Agung, melalui pertandingan ini, Engkau titipkan di hati kami keimanan, Engkau satukan hati antara kami tanpa mengira warna kulit dan suku bangsa, Engkau jadikannya keberkatan kepada kami supaya terbenih keikhlasan di hati, terbina kesihatan jasmani, terjana akal yang suci, terbuka minda abadi. Lalu darinya Ya Allah, dapat kami satukan ramuan ini dalam diri untuk kami menjadi umat yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Lalu kami menjadi umat yang berdaya saing, berdaya juang, memacu negara kami menuju negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Hayyu Ya Qayyum
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan yang diberikan. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar pertandingan ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan. Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan.

Ya Zal Jalaliwal’ikram
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang. Jadikanlah UNITAR International University terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, agama dan bangsa. UNITAR: Wisdom of The Past, Inspires Our Future.



tahniah kepada pelajar dari SMK Tok Dor, Jerteh, Terengganu yang memenangi AFSL 2023 peringkat Negara, secara tidak langsung, memenangi peringkat ASEAN, kerana tiada penyertaan dari negara ASEAN untuk Kategori Junior... mereka akan hadir ke UNITAR pada 1 November ini untuk mengambil hadiah...


buffet makanan tengahari adalah Ulaman Sambal Belacan, Ayam Masak Lomak, Daging Goreng Kunyit, Terung Berlado dan jus Lemon Barli... bajet RM20 untuk 60 orang...




apa sekalipun, sebelum bermulanya sarapan, semua makanan wajib dirasai oleh jawatankuasa F&B untuk memastikan kualiti terjamin...



Alhamdulillah, selesai sudah sesi pagi... akhiri program sesi pagi dengan bergambar beramai-ramai...



9 Okt 2023

Permulaan PSRA

hari ni bermulanya Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) untuk Abyana... 




8 Okt 2023

Brighton 2 - 2 Liverpool

Brighton - Adingra 20', Dunk 78'

Liverpool - Salah 40' 46' (P)

6 Okt 2023

Liverpool 2 - 0 Union Saint-Gilloise

 Liverpool 2 - Gravenberch 44', Jota 92'