Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

5 Okt 2024

Sejarah Masjid di Taif

kami cuma melintasi 3 masjid yang mempunyai sejarahnya tersendiri... jalan memang sempit, jadi bas tak turunkan kami, cuma berhenti sekejap sambil diberi keterangan dari mutawif...


tempat pertama adalah Masjid Alkou'... masjid ini merupakan tempat Rasulullah SAW berlindung ketika melarikan diri ketika dikejar bani Thaqif... masjid ini mendapat nama siku disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah SAW berteleku dengan sikunya disini...


tempat kedua adalah Masjid Qantara... masjid ini menjadi salah satu lokasi yang memiliki pertalian sejarah dengan kerajaan Turki Ottoman... masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Al-Madhoun...


tempat ketiga adalah Masjid Addas... setelah penolakan dan balingan batu oleh orang Taif, Rasulullah SAW meneruskan perjalanan dan telah berlindung di sebuah ladang milik anak lelaki Rabi'ah iaitu Syaibah dan Utbah... mereka menyuruh hamba mereka seorang Nasrani dari Iraq bernama Addas untuk memberi anggur kepada Rasulullah SAW... Baginda mengucapkan "Bismillah..." sebelum memakan anggur yang diberikan... ucapan itu telah menarik perhatian Addas dan seterusnya beliau memeluk Islam... peristiwa ini membakar kembali semangat Rasulullah SAW untuk berdakwah kepada penduduk Taif...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan