sepanjang perjalanan dari Mekah, berhenti di hentian rehat, makan dan solat Asar... sampai ja hotel Qasr Al Ansar Golden Tulip semalam, terus ke bilik 1312... beramai-ramai ke Masjid Nabawi, berjemaah Jamak Takhir Isya - Maghrib... sedikit penyampaian dari Ustaz Hafiz mengenai sejarah masjid dan taklimat Raudhah... balik hotel, terus berehat dan tidur... jamuan makan pagi, tengahari dan malam disediakan di tingkat M...
Jamaah Wanita - Lepas Subuh
Raudhah di Masjid Nabawi adalah tempat mulia yang dicintai Allah SWT... Raudhah terletak di antara makam Rasulullah SAW dan mimbar tempat Rasulullah SAW berkhutbah semasa hidup baginda... dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda, “dari Abdullah bin Zaid Al-Mazini, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: tempat di antara rumahku (makam) dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga. (HR. Bukhari)”... dalam penjelasan lain, para ulama menyebutkan dua makna dari Raudhah:
Pertama, Raudhah adalah suatu tempat mulia yang dicintai Allah dan akan dipindah ke syurga...
Kedua, Raudhah adalah salah satu tempat jika orang beribadah di tempat tersebut akan mengantarkannya masuk syurga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan