Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

23 Apr 2023

Alor Setar ke Simpang Durian

lepas sahaja solat Subuh berjamaah dengan Walid Umi, terus ja bersiap untuk perjalanan ke Simpang Durian Jelebu... isi minyak di Caltex Jalan Sultanah, bermula tol Alor Setar Utara pada pukul 7 pagi... berehat sebentar di RR Gunung Semanggol untuk sarapan pagi... Alhamdulillah selamat sampai di BPA pukul 12:30 tengahari... jalanraya hari ni lancar, cuma laluan ke utara sahaja mengalami kesesakan... 

berehat sebentar di rumah, tukar baju, start enjin kereta dan motor, pukul 1 terus gerak ke Simpang Durian, ikut laluan Elite... cuma kesesakan bermula dari Bukit Tangga menurun, ini adalah kerana dari 2 lorong menjadi 1 ke laluan kampung menuju Kelawang... 20 minit juga la sangkut... mujur la di pekan Kelawang, pihak Rela dan PDRM membantu... 

laluan Kelawang - Simpang Pertam dah ok, cuma kelajuan boleh ke maksima 70 sahaja... kereta banyak... sekali ada la kereta kat belakang ni WVC5985 asyik cucuk belakang ja... saya tak kisah, kalo nak potong, saya akan perlahankan kereta, biarkan dia potong, tapi kereta ni teragak-agak pula nak potong... sekali, kereta belakang dia WJT1091 potong la kiri... dah sedar yang belakang ni nak potong, kereta belakang ni tak bagi laluan... kan dah berlaku kemalangan... satu hal pulak nak keluar duit untuk baiki kereta... niat nak berhari raya, kan dah jadi masalah...


saya tak berhenti pun, teruskan perjalanan ke Simpang Durian... morale of the story - buang ego ketika di jalanraya.... tak rugi pun kalo mengalah... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan