hari ni X50 saya mengalami masalah bateri... 2 hari lepas, tingkap belakang kiri tak berfungsi... bila baca review dari group X50, dinyatakan tanda-tanda masalah bateri... pagi tadi guna remote, tak boleh... guna manual untuk buka pintu sahaja... telefon Proton Customer Call Hotline 1-800-888-398, dalam masa 1 jam 30 minit, towing datang...
pemandu gunakan elektronik jumper, kereta boleh start...
apa lagi, naik la lori towing ke Lon G Service Centre...
terus berurusan di kaunter untuk proses selanjutnya... saya kongsi memo di bawah kepada Encik Ahmad Kusyairi, ketua bahagian bengkel melalui 010-7936900...
mungkin kerana Lon G tak sedar mengenai memo ni, mekanik kendalikan caj bateri selama 2 jam dan semak kondisi bateri...
lepas 2 jam, saya dengar apa yang mekanik beritahu, antaranya:
- kena tinggal kereta, caj 8 jam lagi untuk pastikan kondisi bateri...
- tak boleh tukar baru jika bateri masih elok, bermakna bawah bacaan, baru boleh proses...
- ada kemungkinan dari aircond (mungkin bateri masih jalan, bila tutup enjin); tingkap belakang (mungkin ada masalah); dan dashcam (tak cabut dari panel rokok bila tak guna - jawapan saya sentiasa cabut sebelum off dan pasang selepas start kereta)...
- bateri remote lemah...
saya cakap kenapa tetiba tak boleh ON? sekiranya berlaku sekali lagi, takkan kena towing dan tunggu proses macam ni? jika berlaku kerap dalam tempoh waranti, kan buang masa, buang tenaga kerja, tukar baru senang cerita, tak perlu pening kepala fikir itu ini... kemudian saya tunjuk sekali lagi memo... mekanik cakap Lon G tak diberitahu pasal ni, siap tanya dari mana dapat memo ni... saya senang ja, suruh Lon G hubungi HQ untuk mengesahkan memo ni, takkan saya kena hubungi pulak... akhir sekali, saya diberitahu terus tukar bateri baru, memang memo tu sahih...
gambar atas adalah bateri lama, untuk rekod saya... kesimpulannya, bila memo tak diambil serius, kadangkala terlepas maklumat penting... tak perlu buang masa... bateri dah tukar baru (tanpa bayaran) kerana masih lagi dalam waranti, cuma bayar RM6 untuk bateri remote sahaja - CR2032 3V...
apapun servis di Lon G memang terbaik... sekadar ingatan, waranti bateri Camel ni valid setahun atau 20,000 km...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan