saya memang dari dulu mengajar sampai sekarang di UNITAR, masih lagi mengekalkan pendekatan Educational Trip kepada para pelajar saya... adakala saya buka kepada pelajar lain... paling penting, pelajar dapat mengetahui apa yang dilaksanakan oleh industri pada masa kini... jika ada yang mempertikaikannya, saya tetap dengan cara saya...
pernah sekali panel MQA menyoalkan kenapa buat jauh-jauh, padahal boleh pergi yang dekat... jawapan saya, lagi jauh, lagi banyak pendedahan... jika ada peluang ke Antartika pun saya bawa supaya pelajar boleh tau kaedah-kaedah di tempat lain...
Alhamdulillah dari tahun 2008, saya & Amri dah banyak mengendalikan pendekatan ni... ramai pelajar yang ikut pendekatan kami sudahpun berkerjaya... harapan kami, moga pensyarah atau tenaga pengajar lain, boleh melaksanakannya untuk pendedahan pelajar di alam kerjaya... ada bajet, tak ada bajet, ia tetap berjalan... apa yang kami lakukan, mendapatkan harga yang mampu bagi pelajar... benda ni satu sahaja, nawaitu mestilah untuk pembelajaran, Insya Allah akan dipermudahkan....
Cardiac
- Munir Baragbah
- Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah
21 Jun 2019
Pendekatan EduTrip
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan