Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

28 Dis 2023

Farewell Chef Asma

esok hari terakhir Chef Asma di UNITAR... hari ni buat farewell kat DOME Subang Parade bermula 12 tengahari... 
 





Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat, serta diberikan keizinan di hari yang berbahagia ini, dapatlah kami berhimpun bersempena Pergimu Disanjung Jasamu Dikenang kepada Chef Asma pada kali ini...

Ya Allah, kurniakanlah kepada Chef Asma yang kami raikan ini, agar dilimpahkan rahmatMu, diberikan kesihatan dan kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan... jadikanlah segala amal bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan selama ini sebagai satu ibadat yang mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadaMu...

Bagi kami yang masih berkhidmat ini, kurniakanlah kami taufiq dan hidayat, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dan eratkan tali persaudaraan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan bantu membantu antara kami, peliharalah akhlak kami, halalkan rezeki kami dan terimalah khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadat yang mendapat kemajuan dan kejayaan dari masa ke semasa...

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati... Ya Allah Ya Tuhan kami, andainya dulu pertemuan kami demi kebaikan, maka Engkau jadikanlah perpisahan ini sebagai satu jalan kebajikan... tetap dan satukanlah rongga murni hati kami ini ke arah keredhaan Mu meskipun kami berjauhan namun tetap segar diingatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan