Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

15 Dis 2023

Rezeki Allah SWT

aku gelisah, memikirkan cukupkah aku berbelanja hingga akhir bulan ni... Allah SWT menguji daku dengan pelbagai perkara yang terpaksa aku bayar... namun aku tetap bersyukur dengan Kurniaan-Nya dengan memberi daku nyawa untuk meneruskan hidup ini... mendapat perkhabaran yang cukup menggembirakan isteriku atas rezeki yang diperoleh... aku bersyukur kepada-Mu ya Allah... itu adalah rezeki isteriku, tiada hak bagiku untuk meminta walaupun aku dalam kesempitan... ini adalah haram bagi daku meminta, sedangkan wajib bagi daku memberi... 


aku memohon kepada-Mu ya Allah dan aku berserah sepenuhnya kepada-Mu atas apa jua ujian-Mu terhadap daku... aku tidak membelanjakan untuk diriku, tetapi aku akan membelanjakan kepada keluargaku... aku tidak mahu meminta kepada ayahku, biarlah aku mengharunginya... hari demi hari, fikiranku runsing... 

namun Allah jua Pemberi rezeki... aku memperolehi rezeki, walaupun tidak banyak, namun cukup untuk aku berbelanja hingga hujung bulan ni... bukan itu sahaja, keputusan PSRA anakku tahap Mumtaz iaitu cemerlang... Allahu Akbar 🤲 aku bersyukur kepada-Mu... dikhabarkan jua gaji masuk awal hari ni... tetapi aku takkan usik duit gaji yang akan digunakan untuk pembayaran bulanan daku... 

Allah SWT tetap memberi daku nyawa untuk aku meneruskan sisa hidupku di dunia ini... memang benar, kita mesti mencari wang untuk kehidupan di zaman sekarang, namun kita juga kena mencari Allah SWT dengan melaksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya... zaman sekarang adalah zaman tipu daya, zaman fitnah... moga aku sekeluarga dilindungi-Nya...

hari ni ke servis Proton di LonG Puncak Alam, masalah power window belakang tak berfungsi... temujanji dibuat Rabu lepas... Alhamdulillah rezeki dari Allah jua, cuma reset software sahaja... tiada apa-apa pembayaran dikenakan... dinyatakan oleh foreman, jika berlaku masalah power window, ada 2 sahaja kemungkinan iaitu software atau tanda bateri lemah... bateri kereta masih bagus... terima kasih Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan