rekod dilanggar motosikal dari belakang disimpan di sini... kejadian berlaku di Jalan Reko, simpang 3 ke Taman Perindustrian Kajang, bersebelahan Bangi Square Food Court... pukul 7:17 petang... signal ke kanan dah bagi, motor laju dari belakang memotong double line... nak dijadikan asbab ketentuan Allah SWT... kereta sememangnya pasang video cam depan belakang...
yang menaiki motor sememangnya bekerja sebagai pomen kat Bengkel Semesta 2, berdekatan dengan tempat kejadian... bos dia iaitu Tuan Azham bersetuju untuk baiki kesan calar di kereta... persepakatan diambil untuk diselesaikan tanpa membuat laporan polis... Insya Allah, hari Selasa depan akan ke sana seperti yang dijanjikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan