Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

18 Apr 2022

Aloq Staq Jammed

hari ni banyak berehat ja di rumah... ambik peluang berborak dengan Walid... tengahari keluar sekejap ke Aman Central... jalan-jalan...

Abyana ni suka sangat bergambar sebenarnya... memandangkan Azim kat asrama, bermakna bermanja dengan anak dara ni la jawabnya... lepas tu ke Mr DIY, beli barang keperluan kat rumah Walid... balik rumah kul 2 petang, berehat... borak-borak dengan Walid...

petang keluar cari makan... semestinya cucur udang PKNK... harga tu biasa la, semua pakat naik belaka... tapi harga Kedah la, tak semahal kat KL tu... apa boleh buat, harga diluar kawalan... semalam tempah nasi Arab kat Chef Amar... dia dulu Chef kat Restoran Arabian Delight... sekarang dia buka gerai ja, dekat dengan MyDin Alor Setar... 

kami ambik 4 Mendy Ayam, 1 Mendy Kambing, 1 Arab Shawarma Biasa & 1 Arab Shawarma Special... nasi Mendy memang mantap... cuma Shawarma ja, terlalu banyak sos, dah macam roti John la pulak hehehe tak ada original Arab lagi...

seperti biasa, malam ni berjamaah Tarawikh & Witir dengan Walid & Umi... Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah kerana diberi kesempatan berpuasa & beribadah di sini... esok 7:30 pagi dah nak balik Selangor...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan