Alhamdulillah kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada pukul 12 tengah malam... pendaftaran akan dibuka pada pukul 6:30 pagi... jadi kami berehat di ruangan yang disediakan... solat Subuh berjamaah di surau berdekatan... semua jamaah pakat keletihan... saya berjaga, kekalkan untuk tidak tidur... sebab dalam penerbangan nanti, saya akan tidur...
semasa pendaftaran, kami semua dapat 1 naskah Al-Quran dari Kerajaan Arab Saudi... syukur yang amat sangat... inilah pertama kali saya mendapat naskah Al-Quran di sini... semua jamaah selesai melepasi urusan Imigresen... kami naik pesawat MH8319 pada pukul 8 pagi... dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 malam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan