kami semua selamat tiba di KLIA pada pukul 10 malam... transit 3 jam & menaiki pesawat ke Alor Setar bersama Jamaah di kawasan utara... Alhamdulillah kami selamat sampai pukul 2 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar... kami berkumpul di sana untuk sesi perpisahan, sebelum pulang ke rumah masing-masing... setiap jamaah diberikan 5 liter Air Zam-Zam... saya cuma ambil untuk Walid & Umi sahaja... saya akan ambil di KLIA petang nanti...
sampai rumah, tidur sekejap... lepas solat Subuh, sambung lagi tidur... Alhamdulillah selesai perjalanan Haji saya bersama Walid & Umi bagi tahun 2018... hari ni tak solat Jumaat, cuma solat Zohor sahaja kerana nak check in pesawat ke KLIA pukul 2 petang... terima kasih Pah, sebab jemput & hantar... masa untuk bertemu isteri & anak-anak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan