Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

14 Dis 2022

Bengkel Pemasaran Dengan Aplikasi Canva

seperti biasa, saya ditugaskan untuk membaca doa pembukaan pada hari ini...


hari ini, saya menyampaikan doa seperti di bawah:

Ya Allah, kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat...

jadikanlah Bengkel Pemasaran Dengan Aplikasi Canva ini menjadi wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami... ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara... sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkan kasih sayang di kalangan kami, limpahkan cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara...

sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen and iltizam kami dengan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara... kami memohon agar satukan dan perteguhkan hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu... kami memohohon kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kami di dunia dan akhirat...

suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah...

ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi... ya Allah, jauhkanlah kami dari segala bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan