Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

8 Jun 2018

Be Healthy

penyakit yang diturunkan, pasti ada sebabnya... pasti juga ada penawarnya... Allah SWT sayang kat kita... dulu, pemakanan tak jaga, merokok lagi... bila sampai masa, badan dah tak boleh terima lagi tekanan, maka sikit-sikit datang penyakit... ikut akal logik, pembentukan sesuatu penyakit mengambil masa yang agak lama, semestinya penyembuhan pun mengambil masa yang lama jika dikawal dengan sendirinya... pengambilan ubat cuma untuk kembali ke normal tetapi ia perlu diambil berterusan jika kita tak menjaga pemakanan kita... memang penyakit yang dideritai dapat mengurangkan dosa-dosa kecil kita, tapi kita perlu ambil iktibar untuk memulihkan kembali anggota badan (dalaman mahupun luaran), kerana ia merupakan enjin utama kita untuk bergerak... semuanya terletak pada mentaliti kita sendiri... nak berubah atau tidak... jika rasa malas, ambil la ubat... jika rajin, ubah cara pemakanan kita, rajin bersenam, banyakkan minum air mineral, banyakkan beribadah kepada Allah SWT & banyakkan berdoa kepadaNya... be healthy!!! kasihani la anggota badan kita... umpama macam berada di organisasi, jika berlaku kegagalan dalam sesuatu bahagian, pasti akan memberi impak kepada organisasi tersebut... baiki bahagian yang gagal sahaja, tak perlu la nak baiki bahagian yang lain, nanti lain pulak jadinya... sesuatu tindakan perlu dilaksanakan dengan bijaksana untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan