Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

1 Dis 2018

Stye

aduhai, saya dah kena... bermula gatal, berair, sekarang sakit... mungkin saya kena dalam kategori stye... lama juga la nak sembuh... Apakah ia? jawapannya...
 

ketumbit adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman & bukanlah sebab mengintai atau mengendap... menurut laman web kesihatan WebMD, terdapat 2 jenis ketumbit yang biasa terjadi iaitu:
 

Stye: jangkitan kuman yang berpunca pada akar bulu mata (folikel)... ketumbit jenis ini berlaku di pinggir kelopak mata... jika ia terdapat di dalam kelopak mata, ia digelar hordeolum & ia berpunca daripada jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelopak mata... ketumbit jenis ini adalah agak menyakitkan, tetapi ia cepat sembuh dalam masa seminggu...
 

Chalazion: timbulnya sejenis benjolan pada kelopak mata... biasanya ia lebih besar berbanding ‘stye’ tetapi ia tak menyakitkan... ia adalah keradangan yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar... dalam sesetengah kes, ‘stye’ boleh menjadi ‘chalazion’... ketumbit jenis ini boleh berlanjutan hingga sebulan atau lebih...
 

Apabila seseorang mengalami ketumbit, ia akan turut diiringi dengan gejala lain seperti mata berair, gatal, sensitif & bengkak atau kemerahan pada kelopak mata... Namun anda tak perlu risau kerana ia tak merbahaya & tak mudah berjangkit...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan