kami tiba di Mina pada 21 Ogos 2018 (10 Zulhijjah) pukul 10 pagi... hari ni adalah hari pertama sambutan Aidiladha... keadaan trafik memang sesak... khemah di Mina terhad untuk 15 orang bagi 1 petak... kena pandai-pandai susun... bila dah selesai susunan, saya terus berjumpa petugas Tabung Haji untuk mendapatkan ubat titis mata... stok habis, jadi saya terpaksa ke klinik kesihatan Kerajaan Arab Saudi, jalan kaki dari khemah dalam 10 minit sahaja...
kebetulan petugas di situ adalah anak tempatan kita, beliau dah lama menjadi doktor di sini... masalah komunikasi di sini selesai... dah dapat ubat titis... ni memang khas untuk ribut pasir... Alhamdulillah, titisan pertama, mata dah kembali pulih... sehari ja saya titis, dah pulih sepenuhnya...
kumpulan kami akan mengikuti lontaran pertama selepas Maghrib... bermakna kami masih berihram dari mula perjalanan ke Arafah hingga sekarang... saya akan melontar mewakili Walid & Umi, atas faktor kesihatan... syaratnya kena lontar bagi diri sendiri dulu, baru lontar bagi pihak yang diwakilkan, buat ketiga-tiga jamrah...
jauh juga la perjalanan melontar ni, tapi Alhamdulillah, bila berjalan beramai-ramai, tak terasa jauhnya... selesai sudah lontaran pertama di hari pertama kami di Mina... kami dah boleh lepaskan ihram, memakai pakaian biasa... segala pantang larang berihram dah tak ada lagi...
petugas Tabung Haji memaklumkan bahawa kumpulan kami perlu melakukan Nafar Awal, di mana kami akan keluar awal bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah (23 Ogos 2018) sebelum terbenam matahari (masuk waktu Solat Maghrib)... ini adalah kerana kami akan pulang ke tanah air dengan penerbangan awal... berikut adalah syarat bagi Nafar Awal:
- hendaklah meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah...
- telah menyempurnakan segala lontaran pada ketiga tiga Jamrah pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah...
- telah Mabit dalam 2 malam (malam 11 & 12 Zulhijjah) dengan sempurna...
- hendaklah berniat Nafar Awwal sebelum meninggalkan Mina... berniat boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan keluar ingin meninggalkan Mina...
- tidak berazam untuk kembali bermalam di Mina pada musim Haji kali ini...
hari ni dah selesai lontaran pada hari pertama Tasyriq... esok kami akan menyelesaikan lontaran kedua pada hari kedua Tasyriq, kemudian akan bergerak ke hotel kami di Al Badaya... hari ni merupakan hari bertuah... pertama dapat berjumpa sekali lagi dengan bekas pelajar saya Haji Mohd Idzham bersama isterinya ketika melontar Jamrah... kedua dapat berjumpa dengan sahabat lama, sama sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar KEDAH... Haji Anuar Abu Bakar & Hajjah Yus Yussoff... kami memang batch SKTU'89... Alhamdulillah, dapat sama-sama bertemu di Maktab 76 di Mina... ni kira perjumpaan alumni kami sempena Raya Aidiladha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan