Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

22 Jul 2018

Ziarah Tempat Sejarah

hari ni, kami ikut perjalanan ziarah yang dikelolakan oleh Tabung Haji... ada pakej ziarah pada hari lain sepanjang berada di Madinah, tapi yang tu kena buat pembayaran asing... memandangkan Walid tak berapa larat nak jalan, jadi kami cuma ikut yang dalam senarai sahaja... boleh la banyakkan ibadah di Masjid Nabawi...

Kebun Kurma Majeed memang seronok, sebab boleh cuba pelbagai jenis kurma, dari yang murah ke yang mahal... kat sini senang ja, jika disebut halal, bermakna boleh makan tanpa bayar... puas la... cuma beli untuk dimakan kat Madinah ja... nanti beli borong kat Mekah...


Masjid Quba ni antara yang wajib ziarah di Madinah... Alhamdulillah dapat menunaikan solat di sini... dapat zikir & baca Al-Quran kat sini...


Bukit Uhud ni setakat tengok dari jauh ja... bukan apa, dalam bas, banyak golongan veteran... jadi semua pakat tengok dari dalam bas... cuaca memang panas la... boleh jalan ke sana, tapi fikirkan balik, buat haji, mungkin lain kali ja ke tempat-tempat sejarah... tak pa, hari-hari laluan masuk kami di Masjid Nabawi, boleh nampak jelas Bukit Uhud ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan