cuba perhatikan kehadiran jamaah di masjid atau surau, majoriti umur 4 series ke atas sahaja... mana perginya golongan muda dan belia? masjid atau surau, bukan sahaja tempat untuk bersolat sahaja tetapi ruang untuk menimba ilmu, hidup bermasyarakat... biasakan anak kecil mengunjungi masjid atau surau bersama ayahnya... dia nak main ka, jangan dilarang, cuma ditegur cara elok... biasala budak kecil, proses membesar... bila dah biasa dari kecil bersama ayahnya ke masjid atau surau, Insya Allah akan menarik minatnya sebagai golongan muda mengimarahkan masjid atau surau... kesimpulannya, nak pastikan golongan muda dan belia menjadi jamaah masjid atau surau, adalah menjadi tanggungjawab seorang ayah membawanya, mendekatkan diri dengan masjid atau surau... jom kita mulakan dari sekarang... mudah-mudahan kita memperolehi ganjaran yang besar dariNya... yang paling penting, niat tu, jangan buat semata-mata nak orang puji, takut riak, buatlah kerana Allah SWT... wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan