Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Dis 2023

Majlis Kuliah YSJ

hari ni, buat sekali arus maulud, tahlil, kuliah dan sambutan hari jadi.. majlis bermula pukul 10:30 pagi... 


















30 Dis 2023

Majlis Pernikahan Nina & Akeem

mendapat jemputan dari Syed Fadilah seisi keluarga sempena majlis pernikahan adik bongsu mereka iaitu Sharifah Fadilatul A'ina Binti Syed Alias dengan pasangannya Mohd Asrul Hakimi Bin Abdul Latif di Wednesday Hall, Kamalinda Events & Weddings, Level UG Utropolis, Marketplace, Jalan Kontraktor U1/U14 Seksyen U1, Shah Alam... majlis bermula pukul 8 malam, Alhamdulillah sekali lafaz, pasangan sah menjadi suami isteri...







28 Dis 2023

Farewell Chef Asma

esok hari terakhir Chef Asma di UNITAR... hari ni buat farewell kat DOME Subang Parade bermula 12 tengahari... 
 





Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat, serta diberikan keizinan di hari yang berbahagia ini, dapatlah kami berhimpun bersempena Pergimu Disanjung Jasamu Dikenang kepada Chef Asma pada kali ini...

Ya Allah, kurniakanlah kepada Chef Asma yang kami raikan ini, agar dilimpahkan rahmatMu, diberikan kesihatan dan kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan... jadikanlah segala amal bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan selama ini sebagai satu ibadat yang mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadaMu...

Bagi kami yang masih berkhidmat ini, kurniakanlah kami taufiq dan hidayat, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dan eratkan tali persaudaraan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan bantu membantu antara kami, peliharalah akhlak kami, halalkan rezeki kami dan terimalah khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadat yang mendapat kemajuan dan kejayaan dari masa ke semasa...

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati... Ya Allah Ya Tuhan kami, andainya dulu pertemuan kami demi kebaikan, maka Engkau jadikanlah perpisahan ini sebagai satu jalan kebajikan... tetap dan satukanlah rongga murni hati kami ini ke arah keredhaan Mu meskipun kami berjauhan namun tetap segar diingatan...

24 Dis 2023

Majlis Walimatulurus Azzatul & Aiman

selesai ja majlis Safriman & Sharfika, terus ke majlis anak perempuan Syed Zulkarnain Bin Syed Tamrin dan Sharifah Naspuviyah Binti Syed Agel iaitu Sharifah Azzatul Husna dan Aiman Bin Azeri di Calandra D'Astaka, Bukit Jelutong...


Majlis Walimatulurus Safriman & Sharfika

mula kenal Safriman masa awal masuk kerja di UNITAR... kira orang lama la... dia antara batch pensyarah yang berkhidmat masa musim haji (kolaborasi UNITAR- Tabung Haji)... sambil berkhidmat sambil mengerjakan Haji... lama berkawan dengan Sharfika (gelaran Cika) dari FBT ke UNITAR College... hari ni mendapat undangan majlis mereka... terkejut pulak, Azrin jadi MC, Ustaz Imran baca Doa... biasala Azrin dan Cika ni kira BFF semenjak dalam fakulti yang sama... tahniah...




23 Dis 2023

Majlis Walimatulurus Syed Haris & Hafiza

bertolak dari rumah lepas solat Maghrib... anak Syed Hafizan (Epit)... tahniah Epit dapat menantu...



22 Dis 2023

Surau Al Falah Taman Jaya

dulunya tapak surau ni, tempat saya main rounders dengan jiran-jiran (zaman kanak-kanak)... didirikan surau, sini la tempat saya mengaji, belajar ilmu agama, solat berjemaah, saya bermula melaungkan azan, juga bermula menjadi imam... aktiviti malam jua melastik cicak... Alhamdulillah dapat solat berjemaah, bacaan sujud sejadah, kebiasaan dari dulu lagi setiap Subuh hari Jumaat...



21 Dis 2023

KPI 2023

mula dapat whatsapp dari PL 2 hari lepas... hari ni dapat dari DD... lepas ja dinner, terus siapkan KPI... dulu dah hantar separuh tahun, cuma tambah hingga bulan 12... selesai email ke PL dan DD untuk tindakan selanjutnya... apapun saya tetap dengan pendirian saya - I Never TRUST KPI... KPI tu cuma sebagai syarat ja samada pengurusan nak simpan kita atau nak keluarkan kita... kaki-kaki kipas, pilihan pengurusan akan mendapat keuntungan dari konsep KPI ni... memandangkan bekerja dengan orang, KPI ni sekadar hantar ja... 


Restoran Anjung Kuala Kedah

hari ni bawa Walid makan malam di Anjung Kuala Kedah... keluar awal dari rumah, dapat la menikmati juadah bila matahari terbenam, cantik pemandangan... kami pilih set menu sahaja... Ikan Siakap Stim, Ikan Siakap 3 Rasa, Sotong Celup Tepung, Udang Thai Pedas, Sayur Campur, Telur Dadar, Tomyam Ayam - set untuk 6 orang makan... harga berpatutan, makanan pun sedap 👍






Laksa Mama Bangunan Ukir

tengahari pekena laksa, bihun sup kat sini... pi tuisyen masa tingkatan 5 dulu, memang singgah kat Bangunan Ukir ni pekena laksa dan ice kacang... belajar kat ITTAR, memang port kami la... laksa atau bihun sup... hari ni, kali kedua bawa isteri & anak-anak kat sini... rasa masih macam dulu, mantap...