apa yang boleh disimpulkan dari tajuk hari ni adalah mengenai pengorbanan Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat dalam menghadapi Perang Badar... ia berlaku di bulan Ramadhan, cinta mereka kepada perjuangan Islam dengan penuh keimanan... ingatlah, dari peristiwa ini la kita berada sekarang, iaitu berpegang kepada ajaran Islam... ambillah iktibar untuk kuatkan keimanan kita, dalam menghadapi apa jua rintangan, dengan penuh kasih dan sayang kita kepada Rasulullah SAW, yang akan memimpin kita kelak ke laluan syurga... 🤲
Cardiac
- Munir Baragbah
- Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah
29 Mac 2023
Medan Badar - Puasa, Cinta dan Iman
UNITAR Staff Club (USC) hari ni mengelolakan tazkirah Ramadhan bertajuk Medan Badar - Puasa, Cinta dan Iman... penceramah adalah Habib Muhiyiddin Al-Attas, graduan Ijazah Filosofi dari University of Otago, New Zealand... tesisnya bertajuk Syed Muhammad Naquib Al-Attas Conception of the West... kini belajar di Dar Al-Mustafa, Tarim Hadramaut, Yaman... lepas raya ni, Insya Allah akan habiskan 2 tahun lagi di sana... terima kasih kepada Habib Ali Al-Attas kerana memperkenalkan Habib Muhiyiddin untuk menyampaikan tazkirah di UNITAR...
19 Mac 2023
Azim ke Asrama
hari ni hantar Azim ke SMADATA... tahun lepas di tingkat 1, tahun ni naik 1 tingkat hehehe... kali ni, asrama campur aduk semua tingkatan...
asrama lelaki biasala, takkan dapat cantik dan kemas seperti mana asrama perempuan... selesaikan pembayaran, kemudian ke asrama Azim...
selamat belajar ya Azim... tahun ni dah Tingkatan 2... moga berjaya dunia akhirat 🤲
Santan oh Santan
kalau tuan pergi ke laut, pesan saya di ketam jantan, kalau tuan menjadi pulut, saya menjadi kepala santan...
pulut manis santan kelapa, buah kelapa sudah dikukur, mulut manis tangan meraba, sudah meraba dibawa tidur...
gula kelapa dari Melaka, santan ditambah warna berubah, bertegur sapa tanpa prasangka, rasa muhibbah kukuh tak rebah...
18 Mac 2023
Walimatulurus Anak Kak Wan Heri
dapat jemputan dari Kak Wan Heri, anak arwah Penghulu Wan Hassan Padang Tengku Pahang... Alhamdulillah dapat berjumpa Wan Danny, Wan Nazar, Bonda Chu, Bonda Chik, Wan Rozita (Adik Besaq) dan kaum kerabat Padang Tengku...
terpaksa balik pukul 9:30 malam sebab nak kena balik ke Simpang Durian N9... esok kena hantar Azim masuk asrama SMADATA...
Majlis Pertunangan Farah Nurhani
hari ni berlangsungnya majlis pertunangan anak saudara iaitu Sharifah Farah Nurhani Barakbah dengan Muhammad Asyraf di Alamy Event Hall, Space U8, Shah Alam...
bacaan doa awal majlis dipimpin oleh Syed Adeen Jamil Bin Dato' Syed Faisal Al-Attas pada pukul 10:40 pagi... perbincangan bermula dimana Abang Mahdi menjadi wakil jurucakap, duduk bersebelahan dengan Abang Mohar... saya di belakang Abang Mohar, sebaris dengan Dato' Syed Faisal dan Syed Fadil...
Alhamdulillah, majlis mencapai kata sepakat, ditetapkan tahun ni, tarikh akad 23 September, kenduri 24 September di Subang Jaya... kenduri pihak lelaki pada 21 Oktober di Melaka... segala perubahan akan diperbincangkan...
17 Mac 2023
MADANI Fest 2023
perkarangan tapak karnival Stadium Melawati Shah Alam merupakan tapak penganjuran MADANI Fest 2023... ia bermula hari ini hingga Ahad...
tak sangka pulak hari ni ada Maulid Akbar, apa lagi, kami join la skali lepas selesai menjamu selera di gerai-gerai jualan makanan pilihan kami...
Jalan TAR
seperti biasa, parking kereta kat Jalan Campbell KL, hari ni RM10 sekali masuk... terus ke lorong tapak jualan Jalan TAR... lawa lukisan di dinding bangunan, ambik kesempatan bergambar kat situ, kenangan anak-anak...
misi mencari tudung Mak, kasut Abyana dan songkok Azim... Alhamdulillah selesai hari ni... tempat berikutnya adalah MADANI Fest 2023...
16 Mac 2023
Hari Bersama Mama
hari ni, Mama cuti, bawak anak-anak berjalan-jalan dengan Syazi... yang bekerja macam saya ni, tak dapat la nak join sekali... cuti sekolah dah nak habis, inilah masanya mereka bergembira sebelum masuk ke sekolah nanti...
14 Mac 2023
Riadah di Padang
ingatka dah boleh join padang besar, rupanya masih belum lagi layak hehehe...
akhirnya Azim & Hakimi cari padang kecil, main dengan budak-budak ja...
Langgan:
Catatan (Atom)