Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Sep 2018

Cameron Valley

berhenti sejenak menikmati KEINDAHAN ALAM...

 






Kampung Warisan Tanah Tinggi

bersantai bersama rombongan SEMALAM DI CAMERON HIGHLAND...

 

 


26 Sep 2018

Oat + Brown Rice

stok kat ofis... bekas air 650 ml sentiasa bersama, campur 2 paket ni, masukkan air... tutup bekas, GONCANG... sedap, kenyang & jimat...


Akupuntur

urut sudah... bekam sudah... sekarang cuba Akupuntur pulak... salah satu cabang perubatan... tunjuk bahagian muka udahla... kat tangan & kaki pun ada... bila dah cucuk jarum kat point, tunggu la selama 30 minit... berehat sambil berzikir & berdoa kepada Allah SWT...

 

25 Sep 2018

Lukisan Azim

inilah hasil lukisan anakanda Azim Danial Barakbah... bermula dengan tekap... ada bakat melukis rupanya...





11 Sep 2018

Azim 9 Tahun

Sanah Helwah buat Azim Danial Barakbah (9 tahun) & Aqil Redha Al-Attas (12 tahun)... moga diberi keberkatan hidup dunia akhirat...

 





 

K-Street Subang Jaya

sarapan tengahari (makanan Korea) bersama 'birthday boy'...









9 Sep 2018

Haji Zainal - Rumput

ni adalah Haji Zainal... memang ambik khidmat beliau untuk potong rumput... cukup teliti, kemas... sekali pakej dengan rumah jiran... Alhamdulillah, dah lapang laman luar rumah... siapa yang memerlukan khidmat beliau di Bandar Puncak Alam  Selangor, boleh hubungi 0133501091...


8 Sep 2018

Walimatulurus Cucu Ami Yasin

hadir walimatulurus cucu Ami Yasin kat Royale Palace Shah Alam kul 1.30 petang... tahniah buat pengantin Syarifah Alia & Fitri Aniq... sekali kena tegur, Sir Syed Munir ka? rupanya adik kepada pengantin adalah student UNITAR... Diploma in Tourism Management dan sekarang Bachelor in Tourism Management... rupanya saya ni pangkat Ami la pulak... baru tau... Sayed Ali Aizudin Syed Ahmad Fauzi... sekali jumpa dengan sepupu, Syed Umar Barakbah...



7 Sep 2018

Bersama Keluarga

Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan isteri anak-anak pukul 4 petang di KLIA... syukur, rindu sangat-sangat kat mereka... cuma Yahoo Messenger ja sepanjang saya di Madinah & Mekah... masa untuk berehat & bedak-bedak saguhati buat semua...

Di Alor Setar

kami semua selamat tiba di KLIA pada pukul 10 malam... transit 3 jam & menaiki pesawat ke Alor Setar bersama Jamaah di kawasan utara... Alhamdulillah kami selamat sampai pukul 2 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar... kami berkumpul di sana untuk sesi perpisahan, sebelum pulang ke rumah masing-masing... setiap jamaah diberikan 5 liter Air Zam-Zam... saya cuma ambil untuk Walid & Umi sahaja... saya akan ambil di KLIA petang nanti...

sampai rumah, tidur sekejap... lepas solat Subuh, sambung lagi tidur... Alhamdulillah selesai perjalanan Haji saya bersama Walid & Umi bagi tahun 2018... hari ni tak solat Jumaat, cuma solat Zohor sahaja kerana nak check in pesawat ke KLIA pukul 2 petang... terima kasih Pah, sebab jemput & hantar... masa untuk bertemu isteri & anak-anak...

6 Sep 2018

Keberangkatan Ke Malaysia Melalui Jeddah

Alhamdulillah kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada pukul 12 tengah malam... pendaftaran akan dibuka pada pukul 6:30 pagi... jadi kami berehat di ruangan yang disediakan... solat Subuh berjamaah di surau berdekatan... semua jamaah pakat keletihan... saya berjaga, kekalkan untuk tidak tidur... sebab dalam penerbangan nanti, saya akan tidur... 

semasa pendaftaran, kami semua dapat 1 naskah Al-Quran dari Kerajaan Arab Saudi... syukur yang amat sangat... inilah pertama kali saya mendapat naskah Al-Quran di sini... semua jamaah selesai melepasi urusan Imigresen... kami naik pesawat MH8319 pada pukul 8 pagi... dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 malam... 


5 Sep 2018

Tawaf Wada'

Tawaf Wada' (selamat tinggal) wajib dikerjakan oleh jamaah Haji atau Umrah, begitu juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati & memuliakan Baitullah... berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya & dikenakan Dam... namun ada pengecualian bagi:

  • perempuan yang kedatangan haid atau nifas...
  • perempuan yang didatangi darah istihadhah (darah penyakit) pada lazimnya dia haid...
  • orang luka yang mengeluarkan banyak darah...
  • orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat hadas besar...
  • orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta bendanya... 
  • orang yang takut ditinggalkan kawan...
  • orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang seumpamanya...
  • orang yang dipaksa meninggalkan tawaf....
  • orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya...
  • orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur...

Tawaf Wada’ dikerjakan hanya setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan Kota Makkah... setelah mengerjakan Tawaf Wada’, seseorang itu tidak lagi dibolehkan balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu, membuang air kecil atau besar, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat masa yang diambil tidak terlalu lama...

Alhamdulillah, kami selesai mengerjakan Tawaf Wada' setelah selesai solat Isya di Masjidil Haram... keluar air mata kerana akan meninggalkan Baitullah... terus bergerak ke Maktab, ambil beg dari dalam bilik, selesaikan urusan Check Out, kemudian terus menaiki bas yang disediakan...


3 Sep 2018

Pengumpulan Bagasi

kami dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji, pengumpulan bagasi pada tengah malam ni... kami perlu siapkan bagasi & mengumpulkannya di lobi hotel... Alhamdulilah, dah beli barang-barang untuk dibawa balik ke Malaysia secara berperingkat dari 3 hari lepas... semua barangan dibeli di Jaafaria Souq (Pasar Jaafaria)... lokasi dengan Maktab kami dekat sangat... kat sini boleh tawar-menawar... tu yang seronok sangat-sangat sebab saya memang paling suka bab ni, mungkin kerana saya dapat skil dari arwah Mak... 




selesai sudah semuanya, termasuk kemaskini bagasi... barang-barang lain cuma masuk dalam beg galas sahaja...