Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

28 Apr 2019

Kerinduanku

arwah MAK dulu memang rajin puasa Rejab - Syaban - Ramadhan - Puasa 6 Syawal... Allahyarhamah pernah Ramadhan di Makkah... Ya Allah, seronok hati ini bila dapat bertemu kelibat arwah MAK di hadapan Kaabah sebelum ke Arafah... keseronokan hingga menitiskan air mata... bau badan arwah MAK menghilangkan kerinduan... walaupun sekejap, diri ini merasakan cukup lama sangat melihat arwah MAK... "MAK, Munir nak amalkan sepertimana yang MAK buat dulu"... itulah niat setelah kelibat arwah MAK hilang dari mata... Ya Allah, Engkau telah perkenankan permintaan hambaMu ini untuk bertemu arwah MAK walaupun sedetik... seronok sangat hati ini, dapat berkhidmat dengan WALID & bertemu arwah MAK di rumahMu... terima kasih Ya Allah kerana Memilih hambaMu ini menjadi tetamuMu... Allahu Akbar...

 
Al-Fatihah Allahyarhamah Che Mariam Binti Ahmad (1943-2003)

BMI 22.9

hari ni punya cerita... 70 kg... BMI 22.9 Normal... kipidap...

 

27 Apr 2019

Avengers

ber Avengers lah hari ni di MBO Cinema (Space U8)...

 


26 Apr 2019

Ujian dari Allah SWT

ujian dari Allah SWT hari ni... kereta di depan berhenti mengejut, elak kereta lane kanan masuk ke kiri, sebab ada kemalangan kereta di hadapan... yang naik motor ni, terpaksa elak kereta yang berhenti... nak tak nak, terpaksa buang motor... Alhamdulillah kecederaan tak serius, cuma luka & lebam ja... motor boleh start, terus balik rumah... better elak kereta, daripada hentam belakang kereta... apapun, geng motor juga yang bagus, tolong angkatkan motor, siap kawal lalu lintas lagi... yang kereta berhenti tu, hilang dari radar... apapun redha je lah, mudah-mudahan kesakitan yang dideritai dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu... Allahu Akbar...

 

25 Apr 2019

Praktikal Solat Jenazah

Azim Danial menjadi Imam untuk praktikal Solat Jenazah... syukran, satu pembelajaran yang bagus...

 

Ilmu Warisan Melayu

kita sepatutnya berbangga dengan ilmu warisan tanahair iaitu Urutan Melayu... cuma di tanahair sendiri, umpama satu kerjaya yang tiada pengiktirafan dari segi akademik... apa boleh buat? jika ada banyak itu ini dalam memartabatkannya, kita kembangkannya di negara lain... biarkan katak-katak berada dalam tempurung... lama-lama bila dah diiktiraf seluruh dunia, baru la katak sedar, lama sangat dok dalam tempurung ni... itulah ceritanya di tanahairku...

 



24 Apr 2019

Menabung Ayaq

inilah namanya menabung ayaq waktu darurat (ayaq tak dak 3 hari)... rata-rata pakat borong baldi besaq, bukan main suka penjuai... modai bawah RM10, boleh buat banyak bungkuih ayaq... pukui 9 pagi, depa dah katup ayaq... tunggu Jumaat malam kui 10 baru depa bukak...


18 Apr 2019

Setara Myra

'SETARA - MYRA'...... aduhai, itulah yang dikejar selama ni... keputusan di tangan panel melalui laporan audit... saya harap yang dapat keputusan bagus, pastikan 100% graduan berjaya... tapi bila yang dapat keputusan rendah berjaya melahirkan graduan berjaya, saya rasa ada benda yang cukup pelik dalam penilaian... persoalannya, wajib ka benda ni? nak tau sahaja...

14 Apr 2019

Politik Pekerjaan

'mereka' tak akan nampak aktiviti yang memberi impak besar kepada pelanggan... 'mereka' cuma nampak aktiviti yang semata-mata nak capai KPI sahaja... itulah namanya bermuka-muka, ingin menonjolkan diri 'mereka' kepada pihak atasan... 'mereka' inilah punca segala masalah tetapi 'mereka' dianggap superhero di mata pihak atasan... tapi kesian, pihak atasan mudah tertipu dengan helah 'mereka'... itulah namanya POLITIK pekerjaan... sungguh KEJAM....

13 Apr 2019

Jom Steamboat

malam ni buat majlis steamboat bersama keluarga terdekat...









11 Apr 2019

End Trip

good job to my Event Concept and Project Management's students... completed a Day EduTrip to TEMERLOH Pahang... 


3rd Check Point

final checkpoint at Kampung Orang Asli Paya Mengkuang - thanks to the venue host - Tok Batin, Ketua Kampung, JHEOA and all Orang Asal communities from Temerloh...










2nd Check Point

second checkpoint at Kampung Bukit Pak Silap - thanks to the venue host: Tuan Maklis & Family...... activities - rewang and lunch... menu - Tempoyak Ikan Patin, Sambal Ayam, Gulai Nangka, Acar, Sambal Hitam, Sambal Belacan, Ikan Masin & Ulaman...











1st Check Point

first checkpoint at Sangkar Sungai Temerloh, Kampung Bangau Tanjung... activities - butchery & sangkar...

 



meeting with Tok Empat, Tuan Samad






The Local Escape Educational Trip

The Local Escape Educational Trip to TEMERLOH Pahang on 11 April 2019 - Discovering the Culture... organized by my Event Concept & Project Management's students... 


10 Apr 2019

Traditional Malay Massage

Traditional Malay Massage by Syed Mahdi Barakbah... organized by Event Concept and Project Management's students on 10 April 2019 at Level 9 UNITAR Kelana Jaya from 9.00 am till 12.00 pm... good job to my Event Concept and Project Management's students... completed Industry Expert Series 'Malay Massage' by Tuan Syed Mahdi Barakbah...