Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Jun 2018

Kursus Perdana Haji #1

hari ni merupakan hari pertama pihak Tabung Haji menganjurkan Kursus Perdana Haji bagi tahun ni... memandangkan saya mendaftar di Kelana Jaya, jadi saya akan mengikuti kursus ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam... Walid & Umi akan mengikuti di negeri Kedah...

 

hari ni kami dikehendaki memakai ihram & melaksanakan praktikal ibadah Haji... mujur dah belajar awal-awal macam mana nak pakai ihram dengan cara yang betul... terima kasih buat sahabat sekerja saya, Saiful dari International Student Department UNITAR, dia lah yang bagi saya guna ihram dia, untuk mendapat berkat, mudah-mudahan dia akan mendapat panggilan Haji kelak... 


Alhamdulillah, bertemu sahabat lama dari Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Anuar Abu Bakar... dia dapat panggilan Haji bersama isteri... saya pula bersama Walid & Umi...

saya telahpun mendapat tagging bersama golongan Maktab 87... bermakna saya akan berada bersama kumpulan ni hingga tamat kursus... 



kini giliran kami untuk praktikal tawaf & saie... seronok juga bergerak secara kumpulan, mengelilingi replika Kaabah yang disediakan oleh Tabung Haji...


sarapan disediakan oleh para peserta yang hadir... gerai pun dibuka, lepak-lepak & makan di sana... sememangnya kursus ini merupakan kursus yang bagus sekali untuk bakal jamaah Haji...


29 Jun 2018

Renungan Bersama

kerjaya Makan Gaji ni pasti ada pengakhiran... samada berhenti, diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan... keselesaan tidak akan berlaku buat selama-lamanya kerana fasa pengakhiran akan dialami... semuanya tidak kekal kerana fitrah kita adalah sementara... ketentuan perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah SWT... sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa... yang paling penting, di dalam dunia kerjaya, pastikan gaji kita mendapat keberkatan... saya pun takkan sentiasa selama-lamanya di UNITAR kerana saya akan menemui pengakhirannya kelak... yang kekal adalah perjalanan saya menemui-Nya... jangan sedih jika kita tidak lagi bersama dunia kerana ia adalah untuk sementara sahaja... rezeki adalah dariNya... gaji dengan manusia cuma untuk tempoh masa yang terhad tapi gaji dengan Allah, membawa ke Syurga... wallahualam...

28 Jun 2018

Demam... Selsema... Kahak...

bermula dengan kahak... kemudian hingus... tak sedap badan... seram2 sejuk... lemah badan... tak ada selera makan... jumpa doktor tadi, dapat la ubat 3 serangkai - Demam, Selsema, Kahak... doktor suruh berehat, cepat sembuh, boleh bekerja... dapat la MC untuk hari ni... kena ikut saranan doktor untuk berehat...

26 Jun 2018

41 Tahun

isteri buat kejutan pagi-pagi menyambut kelahiran saya... memang tau hari ni birthday, cuma tak sangka ada sambutan pagi-pagi sebelum sarapan pagi... 




hari ni nak berjalan-jalan beraya beramai-ramai... salah satu adalah di rumah Bi Hamidah di Ulu Kelang... kebetulan birthday saya sama dengan Bi Hamidah... sekali arus menyambut kat sini pulak... kira 2-In-1 la jawabnya...



25 Jun 2018

Fokus

di mana kena siapkan 2 set untuk 1 kertas soalan peperiksaan... nak siapkan 1 set, memang memerlukan pemikiran yang kreatif... berapakah bilangan kertas soalan peperiksaan untuk semester ni? biarla rahsia... apapun, peratusan siap dah mencapai 80%... pelan-pelan kayuh... fokus...

24 Jun 2018

Jalan-Jalan

hadir majlis keluarga isteri... nak ke tempat seterusnya tapi MRR2 jammed (dikhabarkan air naik), lastly belok ke Melawati Mall layan Incredibles 2...

 




20 Jun 2018

Azim Tewas Juga

masa untuk berehat... sakan btoi Azim beraya... air ais, air gas, ais krim, asap mercun... tu pakej lengkap namanya...




15 Jun 2018

Aidilfitri 2018

Solat Aidilfitri di Masjid Jamek Simpang Durian... Azim bersama sepupu bertakbir di pagi Aidilfitri... Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar...


tema kami pada tahun ni di Jelebu, Negeri Sembilan... Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Muslimin & Muslimat...




selesai beraya, kali ni kami melayan perlawanan bolasepak antara negara Egypt (M Salah) vs Uruguay (Suarez)...

14 Jun 2018

Akhir Ramadhan

hari ni adalah hari akhir Ramadhan bagi tahun 2018... membantu menyediakan bahan-bahan untuk memasak... akan berkumandang takbir Raya malam ni... Salam Aidilfitri...


8 Jun 2018

Berbuka Puasa di SDCC

hari berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre (SDCC) bersama keluarga... terus-terang makanan kat sini memang terbaik... selalu sangat makan kat sini...



Be Healthy

penyakit yang diturunkan, pasti ada sebabnya... pasti juga ada penawarnya... Allah SWT sayang kat kita... dulu, pemakanan tak jaga, merokok lagi... bila sampai masa, badan dah tak boleh terima lagi tekanan, maka sikit-sikit datang penyakit... ikut akal logik, pembentukan sesuatu penyakit mengambil masa yang agak lama, semestinya penyembuhan pun mengambil masa yang lama jika dikawal dengan sendirinya... pengambilan ubat cuma untuk kembali ke normal tetapi ia perlu diambil berterusan jika kita tak menjaga pemakanan kita... memang penyakit yang dideritai dapat mengurangkan dosa-dosa kecil kita, tapi kita perlu ambil iktibar untuk memulihkan kembali anggota badan (dalaman mahupun luaran), kerana ia merupakan enjin utama kita untuk bergerak... semuanya terletak pada mentaliti kita sendiri... nak berubah atau tidak... jika rasa malas, ambil la ubat... jika rajin, ubah cara pemakanan kita, rajin bersenam, banyakkan minum air mineral, banyakkan beribadah kepada Allah SWT & banyakkan berdoa kepadaNya... be healthy!!! kasihani la anggota badan kita... umpama macam berada di organisasi, jika berlaku kegagalan dalam sesuatu bahagian, pasti akan memberi impak kepada organisasi tersebut... baiki bahagian yang gagal sahaja, tak perlu la nak baiki bahagian yang lain, nanti lain pulak jadinya... sesuatu tindakan perlu dilaksanakan dengan bijaksana untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat...

6 Jun 2018

Nila Setitik

bila sesuatu berlaku secara mendadak, memang memberi kesan kepada sekeliling... cuma kerana tidak mencapai sasaran, umpama NILA SETITIK, habis semua kena tempias... kini, yang masih ada dalam persekitaran, terpaksa menanggung kesannya... maka berlakulah PERSEMPADANAN SEMULA... adakah sasaran akan tercapai? adakah ia akan bangkit semula? semuanya bergantung kepada pihak yang tugas hakikinya mencapai sasaran... jika pihak itu masih lagi gagal & dikekalkan, maka jawapannya adalah sasaran KEJATUHAN buat selama-lamanya... wallahualam...

1 Jun 2018

Katakan Tidak Pada Rokok

intipati yang menarik hari ni di Majlis Ilmu UNITAR adalah berkenaan mengubah diri di bulan Ramadhan untuk menjadi yang lebih baik... yang menarik minat saya adalah berkenaan MEROKOK... sedia maklum, di Selangor, hukumnya Haram... namun ada di negeri lain hukumnya Makruh... apa sekalipun, terletak pada IMAN seseorang... mudah-mudahan kita dapat transformasikan diri untuk berhenti merokok... bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang sekeliling yang tidak merokok... dulu memang saya PEROKOK... Alhamdulillah, saya dapat transformasikan untuk tidak merokok bermula September 2009, di bulan Ramadhan...