Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Jun 2017

Alor Setar ke BPA

Alhamdulillah perjalanan lancar... tak jammed, purely smooth... Subuh di R&R Sg Perak, berehat sejenak di R&R Tapah...

29 Jun 2017

Beraya di Rumah Siti Baizura

Geng SKTU '89 kat rumah Siti Baizura Bakar... tak ramai yang hadir... ramai dah pakat balik, ada yang beraya kat tempat lain... Alhamdulillah dapat jugak berkumpul, jumpa geng-geng zaman Sekolah Kebangsaan Taman Uda...



Laksa Warisan

nak makan kat Laksa Kak Ani Hutan Kampung tapi hari ni buka untuk bungkuih ja... pi la kat sebelah Laksa Warisan Hutan Kampung... satgi bungkuih bawa balik yang Laksa Kak Ani tu 2 Kilo (RM12 sekilo)... dulu-dulu memang beli kat Laksa Gelam (dah tutup), Laksa Telok Kechai... lani pi Hutan Kampung je la... dekat skit...

Sarapan Pagi di PKNK

beli sarapan pagi kat PKNK... harga nasi lemak bungkuih RM1 satu, roti canai RM1 satu, kuih 3 RM1... hujan pagi gerimis di Alor Setar...


28 Jun 2017

Walimatulurus Muhammad Alkaf

meraikan walimatulurus antara Muhammad Alkaf bersama pasangannya Hamamah Al Atas kat Lorong Dato' Keramat Alor Setar...

Ami E dan Aunty Aishah Datang Melawat

Ami Fakhri (Ami E) datang dengan Aunty Aishah beraya dengan Walid...  


Alunan Biola lagu Timang Burung


Alunan Piano lagu Gemala

Boy Datang Beraya



Nasi Royale

hari ni bersarapan pagi di Nasi Royale kat Pekan Alor Setar...




26 Jun 2017

Birthday Surprise

sekali ada kejutan hari jadi pulak, master mind semestinya isteri tercinta... siap kek YNWA lagi hehehe... terima kasih semua... genap 40 tahun ya...



Rumah Terbuka Simpang Durian

dah menjadi tradisi di sini akan buat rumah terbuka pada hari raya kedua... jamuan wajib adalah Soto Ayam... kali ni special sikit, ada masak lomak ikan baung...


24 Jun 2017

Ayam dan Baung

ini adalah persiapan untuk masakan hari raya Aidilfitri... ambil 10 ekor ayam kampung hidup, terus bawa ke Pasar Simpang Durian untuk proses penyembelihan untuk dibuat rendang...


raya kedua dicadangkan untuk buat masak lomak ikan baung... 


inilah namanya rezeki Ramadhan untuk dijamu kelak... 16 ekor ikan baung campur 3 ekor ikan patin dari Sungai Kemahal...

16 Jun 2017

Bubur Lambuk

Bubur Lambuk resipi Chef Dzulkiflee Yahya dari Fakulti Kulinari dan Pelancongan UNITAR diedarkan pada hari ni dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang di lokasi yang disenaraikan... CFO UNITAR, Bursar, Timbalan Dekan Fakulti Kulinari dan Pelancongan bersama para pensyarah dan pelajar, dan juga staff KLMUC akan berada di lokasi Stesen LRT Kelana Jaya...



Majlis Khatam Al-Quran

 

13 Jun 2017

Bersama Anak

cuba perhatikan kehadiran jamaah di masjid atau surau, majoriti umur 4 series ke atas sahaja... mana perginya golongan muda dan belia? masjid atau surau, bukan sahaja tempat untuk bersolat sahaja tetapi ruang untuk menimba ilmu, hidup bermasyarakat... biasakan anak kecil mengunjungi masjid atau surau bersama ayahnya... dia nak main ka, jangan dilarang, cuma ditegur cara elok... biasala budak kecil, proses membesar... bila dah biasa dari kecil bersama ayahnya ke masjid atau surau, Insya Allah akan menarik minatnya sebagai golongan muda mengimarahkan masjid atau surau... kesimpulannya, nak pastikan golongan muda dan belia menjadi jamaah masjid atau surau, adalah menjadi tanggungjawab seorang ayah membawanya, mendekatkan diri dengan masjid atau surau... jom kita mulakan dari sekarang... mudah-mudahan kita memperolehi ganjaran yang besar dariNya... yang paling penting, niat tu, jangan buat semata-mata nak orang puji, takut riak, buatlah kerana Allah SWT... wallahualam...

9 Jun 2017

Bicara Agama

Alhamdulillah selesai Bicara Agama bertajuk 'Andai Ini Ramadhan Terakhirku' oleh Al-Fadhil Ustaz Suhaimi, Pencetus Ummah musim kedua... tingkatkan amalan di bulan Ramadhan, orang cakap ALL OUT la, untuk Ramadhan tahun ini, seolah-olah yang terakhir bagi kita... moga ia menjadi pemangkin semangat bagi kita untuk memperbaiki diri kita beramalan secara konsisten di bulan-bulan yang lain... suatu perkongsian ilmu yang amat berguna dari Al-Fadhil Ustaz Suhaimi...


8 Jun 2017

Ujian Kesihatan

Alhamdulillah hari ni dapat buat ujian kesihatan di UNITAR... dapat juga la tahu untuk hari ni, kalsium kurang, lemak visceral (kelilingi organ) tinggi, kurang vitamin A, tinggi toxin, PH darah acid... yang lain semuanya normal - lemak badan, kandungan air dalam badan, kalori BMR, jantung, hempedu, asid uric, gula dalam darah, limpa, kolesterol dan prostat... tapi yang memeranjatkan bila keputusan metabolisma macam berumur 29 tahun 😆 biar betul???

3 Jun 2017

Moreh

moreh dengan biras dan ipar lepas selesai tarawikh bersama... tak jadi nak pekena cendol durian kat Taman Industri Bolton viral sebab panjang sangat beraturnya...