Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Sep 2023

Majlis Temu Mesra SMADATA

Alhamdulillah selesai sudah bertemu dengan guru kelas mengenai prestasi Azim... gerak balik pukul 5 petang, singgah sebentar AEON Mall Nilai untuk sarapan malam di sana...



sekali jumpa pulak sahabat lama, Tuan Afizam yang sekarang ni berada di Suruhanjaya Pilihanraya Pusat... 


gerak dari AEON pukul 8 malam... Alhamdulillah jalanraya OK, tak jammed... anak seperti biasa, tidur sepanjang perjalanan...singgah sebentar di Petronas berdekatan rumah untuk solat... satu perkara yang tidak akan dilupakan hehehe... Azim terus ke surau, sujud tidur... 


mulanya saya tak perasan, sebab saya terus ke tandas... masuk ja surau, tengok Azim sujud... saya pun solat... selesai ja solat, Azim masih lagi sujud... rupanya dia tidur... kami bangunkan dia, suruh ambik wudhu dan solat... mengantuk betul dia hehehe...

28 Sep 2023

Laluan LTdL 2023

kenangan bergambar untuk pelajar tingkatan 2 sempena laluan berbasikal Le Tour de Langkawi 2023 di jalan utama berdekatan SMADATA...


24 Sep 2023

Walimatulurus Farah & Asyraf

majlis hari ni bertempat di Magica Tropicana Aman Hall... 
















23 Sep 2023

Malam Berinai Farah & Asyraf

selesai ja majlis Akad Nikah, terus balik rumah... Abyana ada tuisyen tambahan... rehat seketika... Pah bawa jalan-jalan dengan anak bujang, tak ke malam berinai... bertolak dari rumah lepas Maghrib... tempat yang sama... malam ni Pah dan anak bujang tidur di Puncak Alam...




Majlis Akad Nikah Farah & Asyraf

hari ni berlangsungnya majlis Akad Nikah buat anak saudara Syarifah Farah Nurhani dan pasangannya Muhammad Asyraf yang berlangsung di Astana Event Space, One City, Subang Jaya... 

 










21 Sep 2023

X50 Servis 20,000 km

serah kunci pukul 2:20 petang... pukul 2:50 petang, ada la foreman masuk kaunter, siap cakap ada lagi kereta ya, datang la awal lain kali... padahal saya datang awal, cuma 1 kaunter ja buka... urusan kaunter 40 minit, bukan salah saya... masuk servis pukul 3:00 petang... selesai servis pukul 4:30 petang... ambik kunci pukul 5:00 petang...

hari ni tak ada pun ambil gambar kereta diservis, fokus siapkan kerja ofis kat situ...


17 Sep 2023

Nasihat dari Tok Nyang

bersama dengan Tok Nyang untuk Azim dan Abyana... sekali menerima nasihat khas buat cicit...


13 Sep 2023

Tugasan Sains Abyana

Abyana ditugaskan untuk menghasilkan pameran bertajuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan dari Ancaman Kepupusan di mana Beruang Panda dan Bunga Rafflesia menjadi pilihan dari ancaman kepupusan...




9 Sep 2023

Abyana Nebulizer

terkandas juga Abyana hari ni... dada ketat katanya... terus bawa ke klinik, ambil Nebulizer... 

Gotong-Royong Madani SMADATA

SMADATA menganjurkan gotong-royong Madani di peringkat sekolah di surau baru SMADATA... program bermula pada pukul 8:30 pagi...

8 Sep 2023

Sepetang Bersama 2 Bukhari

hari ini diadakan aktiviti mural di kelas masing-masing sempena sambutan Hari Malaysia.. 


4 Sep 2023

Sesi Talaqqi & Tasmik 2 Bukhari

inilah aktiviti harian di SMADATA- Talaqqi dan Tasmik...




2 Sep 2023

Grobok Salai

nak ke tempat ni, dengan menggunakan Lebuhraya PLUS, kena menyusur keluar Pedas Linggi... lepas ja tol, ke kanan... juadah kat sini memang mantap... 







1 Sep 2023

Jonker Walk

lokasi hotel dengan Jonker Walk dekat sangat... kami cuma berjalan kaki sahaja, menyusuri laluan pesisiran muara sungai...