Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Jan 2023

Unifi WiFi OUT

tengah set up laptop kat atas, untuk kelas malam nanti... sekali tak ada WiFi... dalam pukul 6:20 petang... terus telefon UNIFI Careline 03-21063001 la jawabnya... pegawai perkhidmatan terus buka tiket komplen, akan dimaklumkan melalui SMS untuk temujanji... 

memandangkan besok adalah Hari Wilayah, cuti di Kuala Lumpur, rasanya temujanji akan diberi pada hari Khamis... terpaksa buat kelas malam online kat rumah KLong... 

bermulalah era di rumah tanpa WiFi...

29 Jan 2023

Kopi Gayo



 

Rabbana

 


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ 

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...


رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah...


رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya...


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami...


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan-lebihan dalam urusan kami...


 رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ

Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil)...


رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ

Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah diri kepada-Mu)...


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim...


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ

Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman...