Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Mei 2019

AES ke Utara

tudia aih... ada 5 AES sepanjang perjalanan ke Aloq Staq hari ni... hebat depa ni... disangkakan tak mau benda ni, rupanya makin bertambah... mau pecut, confirm 5 x RM300 la jawabnya... depa habaq demi keselamatan, ikut had laju, tak pa la... yang penting kamera tu kat had laju 110 km/jam ya... tok sah la dok pasang kat had laju 90 km/jam ke bawah ya... tu bukan lagi nama highway, tapi kena tukaq nama lowway... hahaha selamat memandu buat geng Kedah yang balik ke Jelapang Padi...







27 Mei 2019

Private No

ni nak habaq mai la... bila dapat call kluaq Private Number, minta maaf la ya, saya tak jawab... sama jugak hat call pasai kredit kad, pi tawaq pakej itu ini, minta maaf la ya, saya terpaksa truih terang, tak berminat... dok tanya pasai pa, jawapannya senang ja, maaf saya ada hai lain nak buat... bukan apa, hat Private Number tu, hangpa call la no Private Number lain ya... tu baru btoi Private namanya... ni dok call hat kami yang tak Private ni, pasai pa? tok sah dok menyebai no... nak call juga, pi tukaq jadi tak Private dulu hahaha cenggiiiini nyaaa...

14 Mei 2019

Penghantaran Stok

pukul 6 petang tadi, ambik Biskut Jajan Family Corner... 16 kotak semuanya... mujur la waktu bekerja bulan Ramadhan sampai kul 4.30 petang... balik naik motor, sampai rumah, tukar kereta... lepas Tarawikh, susun kotak dalam rumah pulak...





10 Mei 2019

Tiada Alasan

Allahu Akbar... apakah alasan bagi yang serba lengkap tubuh badan untuk meninggalkan solat? sedarlah ya, sebab kat kubur nnti, semua anggota badan dah tidak berfungsi lagi... dimandikan, dikafankan, disolatkan, diusung & dimasukkan ke liang lahad bergantung kepada kekuatan manusia lain... jangan berlagak kepada Allah SWT dengan meninggalkan solat 5 waktu... bila dah ditarik nyawa, masa tu baru nampak hukuman atas perbuatan kita semasa hidup... Ya Allah, Ampunkan dosa kami sebelum ini... Bukalah hati kami untuk memperbaiki kesalahan, kealpaan kami terhadapMu... Aameen...


8 Mei 2019

Kenangan di Masjid Atta'awun

gambar kenangan di Masjid Atta'awun Puncak Bogor selepas selesai Thesis Master di UUM... Teja & Kucai via KLM KL-Jakarta-KL... gambar zaman 📷 kodak ya... belum lagi wujud kamera handphone hahaha...


Magikal Anfield

Barcelona memandang rendah kelab Inggeris bila berjaya mengalahkan kelab paling bergaya Manchester United di Old Trafford & Nou Camp... Barcelona bernasib BAIK...


separuh akhir dengan kelab yang low profile LIVERPOOL... sekali lagi Barcelona membuat jaringan yang sama di Nou Camp... bila tengok, di Old Trafford boleh menang, apa la sangat di Anfield... tambahan pula Salah & Firminho tak da dalam senarai pemain... langkah bergaya di Anfield, dengan penuh harapan akan ke Final... itu namanya Over Confident... 


namun, Barcelona bernasib malang... kelebihan 3 gol, dengan barisan terkuat Messi, Suarez, Coutinho... kecundang di Anfield... bukan 1 tapi 4... bersabar ya Barcelona, anggap sebagai teladan, kelab Inggeris bukan kelab senang diratah ya...
 

itulah serba sedikit ulasan saya pada hari ni hehehe YNWA

 

3 Mei 2019

Role Model

dapat whatsapp dari Naja... Allahu Akbar, banyak lagi perlu diperbaiki untuk mewujudkan syurga dalam rumahtangga... suami & ayah adalah ROLE MODEL sesebuah keluarga... bercahaya maka bersinar la... bergelap maka muram la... terima kasih isteriku atas petikan ni... Insya Allah, menjadi tanda aras untuk membentuk syurga dalam rumahtangga...


Jom Rapatkan Ukhwah

dunia cuma satu persinggahan, bila-bila sahaja akan dipanggilNya... kerja la sehebat mana sekalipun, memperolehi KPI yang bagus, mendapat bonus berlipat kali ganda, sekali ditarikNya, dah tak ada makna lagi semua kemewahan yang diperolehi... majlis macam ni tak memerlukan masa yang panjang, tapi memperolehi keberkatanNya... harap setiap organisasi dapat menjalankan majlis-majlis sebegini... wallahualam...