Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

27 Ogo 2018

Penilaian Ibadah Haji

hari ni ada penilaian ibadah haji oleh petugas Tabung Haji... ini bagi memastikan bahawa rukun Haji selesai dilaksanakan... begitu juga dam yang dikenakan sekiranya ada pelanggaran melaksanakan ibadah Haji... 

Alhamdulillah, setelah disemak, ibadah Haji saya, Walid & Umi selesai dilaksanakan dengan sempurna... tiada dam yang dikenakan... ada juga permasalahan ketika melontar di hari Tasyriq... masa Nafar Awal, kami melaksanakan melontar di Jamrah selepas solat Subuh sebelum tempat melontar... hukumnya sah untuk hari itu, iaitu hari yang kami akan beredar dari Mina... tapi ada jamaah yang melontar sebelum waktu Subuh atau berada di kawasan selepas 3 Jamrah sebelum Subuh, maka hukum lontarannya tak dikira & wajib dikenakan dam iaitu seekor kambing... ni bagi kes yang dah pun beredar dari Mina...

bagus sesi ni, boleh la kita tau tentang apa jua kesilapan yang dilakukan masa melaksanakan ibadah Haji... rutin saya seperti biasa, sepanjang berada di Mekah, solat fardhu berjamaah semestinya di Masjidil Haram... 

 

23 Ogo 2018

Selesai Ibadah Haji

kami sampai di Maktab pada pukul 12 tengahari... untuk hari ni hingga esok, makanan disediakan oleh petugas Kerajaan Arab Saudi, bagi memastikan semua petugas Tabung Haji selesai melaksanakan lontaran Jamrah pada esok harinya iaitu hari ketiga Tasyriq... 

rutin biasa dilaksanakan, iaitu solat fardhu di Masjidil Haram berjamaah... malam, kami selesaikan rukun Haji... Alhamdullillah selesai sudah ibadah kami pada tahun ni... syukur pada Allah SWT...

22 Ogo 2018

Nafar Awal

kami tiba di Mina pada 21 Ogos 2018 (10 Zulhijjah) pukul 10 pagi... hari ni adalah hari pertama sambutan Aidiladha... keadaan trafik memang sesak... khemah di Mina terhad untuk 15 orang bagi 1 petak... kena pandai-pandai susun... bila dah selesai susunan, saya terus berjumpa petugas Tabung Haji untuk mendapatkan ubat titis mata... stok habis, jadi saya terpaksa ke klinik kesihatan Kerajaan Arab Saudi, jalan kaki dari khemah dalam 10 minit sahaja... 

kebetulan petugas di situ adalah anak tempatan kita, beliau dah lama menjadi doktor di sini... masalah komunikasi di sini selesai... dah dapat ubat titis... ni memang khas untuk ribut pasir... Alhamdulillah, titisan pertama, mata dah kembali pulih... sehari ja saya titis, dah pulih sepenuhnya...

kumpulan kami akan mengikuti lontaran pertama selepas Maghrib... bermakna kami masih berihram dari mula perjalanan ke Arafah hingga sekarang... saya akan melontar mewakili Walid & Umi, atas faktor kesihatan... syaratnya kena lontar bagi diri sendiri dulu, baru lontar bagi pihak yang diwakilkan, buat ketiga-tiga jamrah... 

jauh juga la perjalanan melontar ni, tapi Alhamdulillah, bila berjalan beramai-ramai, tak terasa jauhnya... selesai sudah lontaran pertama di hari pertama kami di Mina... kami dah boleh lepaskan ihram, memakai pakaian biasa... segala pantang larang berihram dah tak ada lagi...

petugas Tabung Haji memaklumkan bahawa kumpulan kami perlu melakukan Nafar Awal, di mana kami akan keluar awal bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah (23 Ogos 2018) sebelum terbenam matahari (masuk waktu Solat Maghrib)... ini adalah kerana kami akan pulang ke tanah air dengan penerbangan awal... berikut adalah syarat bagi Nafar Awal:

  • hendaklah meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah...
  • telah menyempurnakan segala lontaran pada ketiga tiga Jamrah pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah...
  • telah Mabit dalam 2 malam (malam 11 & 12 Zulhijjah) dengan sempurna...
  • hendaklah berniat Nafar Awwal sebelum meninggalkan Mina... berniat boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan keluar ingin meninggalkan Mina...
  • tidak berazam untuk kembali bermalam di Mina pada musim Haji kali ini...


hari ni dah selesai lontaran pada hari pertama Tasyriq... esok kami akan menyelesaikan lontaran kedua pada hari kedua Tasyriq, kemudian akan bergerak ke hotel kami di Al Badaya... hari ni merupakan hari bertuah... pertama dapat berjumpa sekali lagi dengan bekas pelajar saya Haji Mohd Idzham bersama isterinya ketika melontar Jamrah... kedua dapat berjumpa dengan sahabat lama, sama sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar KEDAH... Haji Anuar Abu Bakar & Hajjah Yus Yussoff... kami memang batch SKTU'89... Alhamdulillah, dapat sama-sama bertemu di Maktab 76 di Mina... ni kira perjumpaan alumni kami sempena Raya Aidiladha... 

21 Ogo 2018

Mabit di Mudzalifah

Alhamdulillah bas kami sampai di kawasan khas untuk Jemaah Malaysia di Mudzalifah pada pukul 6:30 petang... Muzdalifah adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina & Arafah di Arab Saudi... kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masyair Haram)... umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah (menurut Imam Syafie) & Hanabilah boleh dari setengah akhir malam pada hari Nahr sampai waktu terbit matahari hari Nahr...

makanan malam di bawa dari Arafah... di sini disediakan air minuman... berlantaikan pasir, kami sujud kepada-Mu... kami tidur di atas pasir... suasana malam cukup meriah dengan jamaah yang berjalan kaki menuju ke Mina setelah bermabit... di sini, ramai berebut-rebut menaiki bas ke Mina... memandangkan Walid dah berumur, saya suruh Walid rehat ja... dah terbit matahari baru menaiki bas ke Mina... cuma pada malam ni, mata saya dah kering... kena sentiasa letak air... ubat tak ada di sini, kena ambil di Mina... saya dah kena jangkitan sakit mata akibat ribut pasir... jadi saya ambil kesempatan, berehat... 

kami solat berjamaah di sini... pukul 7 pagi, kami semua beratur untuk menaiki bas yang disediakan oleh petugas Tabung Haji... mata masih lagi kering... masih lagi dalam kawalan... yang penting Walid selesa, walaupun kami melalui dugaan dari Allah SWT...

20 Ogo 2018

Ziarah Habib Ashraf Hamid Al-Khered di Arafah

bas kami akan bertolak dari Arafah selepas Asar ke Mudzalifah, tempat di mana kami akan bermalam di sana... tiada khemah, cuma bertikar atas padang pasir... jadi saya mengambil kesempatan ziarah Habib Hj Ashraf Hamid Al-Khered, suami kepada sepupu isteri saya... Alhamdulillah dapat bertemu di Arafah, di khemah Wira Saujana Maktab 83... lokasi tak jau dengan khemah saya, cuma melintas jalan besar sahaja... sesiapa yang nak berurusan bagi Pakej Umrah Haji, boleh la berurusan dengan Habib melalui Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd...

 


selesai sahaja ziarah, saya akan terus ke khemah, kemaskan barang & khemah kami... pengalaman yang tidak dapat dilupakan di padang Arafah... penghawa dingin pertama di pasang di khemah... dugaan ribut pasir...


Wukuf di Arafah

hari ni merupakan puncak Haji iaitu wukuf di Arafah, merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam AS & Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah SWT & terpedaya oleh tipu daya Iblis... mereka telah dipisahkan di dunia ini & mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, yaitu di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah... di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah SWT... akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT... maka, padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan & di sinilah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah SWT semoga permintaan kita diterima... dilaksanakan pada selepas gelincir matahari (masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum Subuh pada 10 Zulhijjah)... 

khutbah Arafah disampaikan oleh YB Menteri Agama iaitu Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa di khemah yang berdekatan khemah kami... kami semua mendengar khutbah melalui pembesar suara yang dipasang di setiap khemah...


saya telah berdoa untuk diri sendiri, isteri saya, anak-anak saya, keluarga saya, beserta kiriman doa dari semua yang hantar kepada saya (ditulis dalam diari khas untuk doa wukuf)... Alhamdulillah, saya berjaya khatam Al-Quran tengahari...

Ribut Pasir di Arafah

ini adalah dugaan bagi jamaah Haji tahun ini - Ribut Pasir - selama 2 jam lebih... khemah kami Alhamdulillah tiada masalah, kerana kerajaan Arab Saudi menggunakan teknologi terkini untuk menangani masalah ribut... cuma khemah petugas Arab Saudi, zink & lain-lain di luar khemah habis terbang... akhirnya Kerajaan Arab Saudi memutuskan supaya elektrik ditutup, kami kegelapam ketika ribut... aircond akan digunakan semula esok pagi selepas solat Subuh, kerana petugas terpaksa membaiki masalah yang berlaku akibat ribut... sepanjang ribut, saya kekalkan momentum membaca Al-Quran & berzikir... lepas ja ribut pasir selesai tengah malam, saya lepak luar ja, sebab di dalam khemah panas... berhamparkan tikar, saya & Walid tidur di atas pasir, terbuka di bawah awan... memang di luar sejuk... satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... Allahu Akbar...

 

19 Ogo 2018

Penempatan di Arafah

Alhamdulillah, kami sampai di Arafah pada pukul 12:30 tengahari... dugaan kami di dalam bas, di mana laluan masuk banyak ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi... bas kami yang awal bergerak & yang terakhir sampai di khemah Arafah Malaysia... apa sekalipun, itu namanya dugaan dari Allah SWT... kali ini, makanan disediakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi... petugas makanan Malaysia direhatkan untuk mereka semua fokus menjalani ibadah Haji... 

tahun ni, khemah Arafah Malaysia pertama kali disediakan penghawa dingin... bermakna di dalam khemah semestinya sejuk... kami ditempatkan di Blok H... kami diberi petak, di mana 1 petak muat untuk 20 jamaah... kena pandai-pandai susun, semestinya tempat tidur Walid diberi keutamaan keselesaan bagi saya...

 


ini adalah pili air panas disediakan di setiap Maktab... senang la nak buat air teh atau kopi panas... yang paling terkenal di sini adalah Maggi... cepat dimasak begitu saja... saya memang bawa serunding, campur sekali Maggi, mantap...


makanan yang disediakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi... memang makanan Arab ni kering-kering belaka... jadi serunding & sambal la penambah selera... apa sekalipun, buah-buahan memang sentiasa dibekalkan... air mineral pun mencukupi...

tandas juga disediakan di sini... cuma tak boleh lama di dalam tandas ketika waktu puncak... setiap tandas akan diletakkan simbol lelaki atau perempuan... selalunya perkarangan tandas perempuan ditutup di sekelilingnya... 

saya mengambil kesempatan pada hari ni di Arafah untuk membaca Al-Quran, saya target untuk khatam pada esok harinya, sebelum berangkat ke Mudzalifah... saya lebih suka duduk di luar khemah, sebab di dalam khemah sejuk... 

Berangkat ke Arafah

Alhamdulillah, selama berada di Mekah, dapat melaksanakan solat berjamaah di Masjidil Haram & dapat khatam Al-Quran 2 kali di Masjidil Haram... setiap malam, dari mulanya sampai di Madinah hingga di Mekah, saya akan hubungi isteri melalui Yahoo Messenger, dapat bercakap dengan isteri & anak-anak bagi melepaskan kerinduan mereka... beg kecil dah pun dilengkapi peralatan untuk kami berada di Arafah & Mina... Ya Allah, kami menyahut seruan-Mu bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini... bermula lah detik kami berihram Haji, segala ketetapan ihram wajib dipatuhi, jika dilanggar, kami akan dikenakan dam...


18 Ogo 2018

Persediaan Untuk Ke Arafah

kami tidak digalakkan untuk ke Masjidil Haram dalam masa 3 hari ni, jadi solat Jumaat dilaksanakan di Surau... kami akan bergerak ke Arafah pada esok hari... bas dijangka akan bertolak selepas pukul 7 pagi... kami akan berihram Haji dari Maktab... sesi taklimat Haji (Arafah - Mudzalifah - Mina - Tawaf - Saie) dikendalikan oleh petugas Tabung Haji sepanjang 3 hari ni... Alhamdulillah dapat khatam Al-Quran dalam masa 3 hari ni...





15 Ogo 2018

Mekah #15 Haji Mirza Asadullah

Alhamdulillah... meeting with my former Bachelor of Hospitality Management (BHM)'s student Haji Mirza Asadullah, a Cost Controller at Marriott Hotel Makkah... I am proud of you... a very nice hospitality welcome, thanks for the drink... may Allah Blessed you and family... this year will be his Hajj for 7 times... 


14 Ogo 2018

Mekah #16 Haji Mohd Idzham

ini adalah Haji Mohd Idzham, bekas pelajar saya jurusan Bachelor of Hospitality Management... nama glamour Da'am... Alhamdulillah dapat bertemu di sini... gambar di ambil di Zwar Albait Burj, Maktab 79 di Zon B... tahniah Da'am, dapat mengerjakan ibadah Haji pada usia yang muda bersama isteri... moga sukses dunia akhirat...

 

 

13 Ogo 2018

Mekah #15 Haji Zainal

gelaran kt UNITAR adalah Ayahanda, tak lain tak bukan Haji Zainal Abidin, mantan Timbalan Dekan FHTM/FCT... ni kira kali kedua beliau menunaikan Haji, pertama kali masa berkhidmat di zaman ITTAR (projek kerjasama bersama Tabung Haji)... kali ni bersama isteri beliau... gambar di ambil di dalam bilik no 0653 Abraj Janadriyah... Maktab ni merupakan hotel pengurusan utama Tabung Haji di Mekah, terletak di Zon A... Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Ayahanda, moga berjaya Dunia Akhirat... Aameen...

 

 

12 Ogo 2018

Mekah #14

hari ni saya cuma fokus lawatan khas untuk Maktab yang berada di Zon A iaitu kawasan Shuib Amir & Zon B iaitu kawasan Ajyad sahaja... cuma berjalan kaki ke sana... 

Zon A



Zon B



11 Ogo 2018

Mekah #13

kami akan berangkat pada hari Ahad pagi... bermakna kami akan solat Jumaat di Surau nanti... pihak Tabung Haji menasihatkan jamaah supaya berehat sebelum berlepas ke Arafah, memastikan kesihatan baik... jadi jamaah tidak digalakkan menunaikan solat fardhu di Masjidil Haram... boleh berjamaah di Surau... antara sebab utama adalah bilangan jamaah sekarang ni di Mekah makin bertambah... 

jadi saya membuat perancangan untuk menziarah masjid-masjid berdekatan, melawati Maktab lain, menziarahi Haji Zainal & alumni saya Haji Mohd Idzham... begitu juga alumni saya Haji Mirza yang kini bekerja di Marriott Hotel Mekah... temujanji dah pun dibuat... 

apapun hari ni, fokus saya adalah untuk menziarahi masjid-masjid berdekatan dengan Zon A... mendirikan solat sunat tahiyatul masjid di sana...






9 Ogo 2018

Mekah #11

jamaah makin bertambah hari ke hari... beramai-ramai menuju ke satu tujuan iaitu Masjidil Haram... jika nak masuk perkarangan Masjidil Haram, kena datang awal... jika lambat, gate akan ditutup... seronok tengok suasana di sini, mereka solat di mana jua secara berjamaah... setiap orang sentiasa mempunyai sejadah... bila masuk waktu, mereka tinggalkan hal duniawi, terus mengerjakan solat fardhu... hari ni saya dapat merasakan menunaikan solat di jalanan bersama mereka... satu pengalaman yang amat bermakna sekali...




8 Ogo 2018

Mekah #10

hari ni berpeluang mengunjungi rumah kelahiran Rasulullah SAW memang berdekatan dengan Masjidil Haram... ia dijadikan sebagai perpustakaan... namun tidak dibenarkan sama sekali mendirikan solat di sini, dikhuatiri akan menjadi Bida'ah oleh Kerajaan Arab Saudi...




7 Ogo 2018