Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Jul 2018

Mekah #1

baju-baju semua akan dicuci di sini... sabun disediakan, cuma tali ja kena beli di kedai... penyangkut & penyepit juga saya beli di sini... sarapan pagi tidak disediakan oleh Tabung Haji, cuma sarapan tengahari & malam sahaja... untuk sarapan pagi tak ada masalah, banyak tempat boleh dibeli... di Maktab pun ada (dijual oleh mahasiswa Malaysia & warga Pattani yang menetap di Mekah) ... sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Maktab pun banyak dijual... sarapan Arab, Pakistan, semua ada... kami akan bungkus & makan beramai-ramai di bilik...





29 Jul 2018

Jadual di Mekah - Maktab 76

semasa di Madinah, kami digelar sebagai kumpulan KT09 yang membawa maksud penerbangan Kapal Terbang yang ke 9 dari Malaysia... apabila sampai di Mekah, baru lah kami digelar sebagai kumpulan Maktab 76... untuk maktab ni adalah lokasi hotel & dicampurkan dengan kumpulan KT yang berbeza... 

masa kami sampai, bilik masih banyak yang kosong... seperti biasa, lift tak la penuh... tapi tak apa, kali ni bilik kami di tingkat 2, tak seperti di Madinah dulu, tingkat 7...  bermakna turun 2 anak tangga sahaja ke Surau... lagi 1 anak tangga ke ruangan kantin... turun lagi 3 anak tangga akan ke lobi, bermakna antara 3 anak tangga tu, disediakan dobi & tempat sidai baju... 2 tingkat muslimah, 1 tingkat muslimin... cara penyusunan bilik, yang awal akan penuhkan tingkat 1, diikuti tingkat yang berikutnya... 

bermula hari ini hingga lah sebelum berangkat ke Arafah, rutin biasa solat fardhu berjamaah di Masjidil Haram... waktu Subuh, Zohor & Asar, pergi balik... ini adalah kerana untuk ambil makanan tengahari & malam untuk Walid & Umi... kemudian untuk Maghrib hingga Isya, baru balik maktab... 

setiap langkah ke sana pergi balik, besar ganjarannya... 1.2 km x 8... bermakna sehari saya berjalan sejauh 9.6 km... betul-betul fit... kat Malaysia, jarang nak dapat konsisten macam ni... 

malam ni, petugas Tabung Haji akan mengelolakan taklimat pengurusan mengenai Maktab 76, diikuti ceramah bertajuk sejaran Mekah... akhirnya kami akan diberi penilaian mengenai Umrah yang dilaksanakan, adakah mengikut rukun atau tidak... bagus Tabung Haji ni...

 

 

Umrah

Alhamdulillah, selesai mengerjakan ibadah Umrah pada tahun ini... selepas ni cuma niat Haji Tamatuk... bayaran dam seekor kambing dah pun diselesaikan sebelum bertolak dari Malaysia lagi... cuma yang seronok menunaikan ibadah umrah waktu sekarang adalah tak ramai sangat jamaah di sini... jadi tak la padat sangat... tenang sangat hati ini bila melihat Kaabah secara dekat... Allahu Akbar... menitis air mata kegembiraan... terima kasih Allah kerana memilihku menjadi tetamuMu pada tahun ini...



Lokasi Jamaah di Mekah

ini adalah lokasi penginapan jamaah di Mekah... kami ditempatkan di Zon A iaitu di Masat Al-Badaya... sekiranya berjalan kaki ke Masjidil Haram, lebih kurang 1.2 kilometer... di musim Haji, takkan terasa jauh sebab akan berjalan beramai-ramai ke tujuan yang sama...

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Maktab 76 kami iaitu Masat Al-Badaya tengah malam... kami tidur seketika di bilik masing-masing... Solat Subuh dilaksanakan di Surau berjamaah... taklimat Tawaf & Umrah dikendalikan oleh petugas Tabung Haji selepas solat Subuh... selepas sarapan pagi, baru kami ke Masjidil Haram beramai-ramai untuk mengerjakan Umrah...





28 Jul 2018

Miqat di Bir Ali

di sini lah kami bermiqat, secara rasmi kami berada dalam ihram, segala pantang larang dikenakan dam jika langgar... solat jamak akhir iaitu Isya Maghrib akan dilaksanakan di hentian untuk makan malam nanti... 



Ihram Umrah

hari ni trim rambut, guna nombor 2... bila selesai Saie, sekadar ambil syarat gunting 3 helai rambut... mandi, potong kuku, niat memakai ihram, berwudhu, solat Asar di hotel... bas dah pun ada depan hotel pukul 4:30 petang... selamat tinggal Masjid Nabawi... bersyukur sangat-sangat kerana dapat menunaikan ibadah berjamaah berdekatan dengan bersemadinya Rasulullah SAW... moga dapat kembali lagi ke sini pada masa hadapan... sedih tu memang sedih la, sebab kawasan Masjid Nabawi ni tenang sangat... Allahu Akbar...






Sebelum Ihram

hari ni merupakan hari terakhir di Madinah... ambil kesempatan sekali lagi ke Raudhah... cuma kali ni dah sesak, ramai jamaah di sini... tak boleh berhenti lama-lama, nanti kena halau polis sini... lepas solat Zohor, bergambar dengan penjual kurma & makanan di sana... memang hari-hari, setiap kali waktu, saya akan makan kurma, buah tin & kacang yang diletakkan di ruangan halal (boleh ambik makan tanpa bayar)... tapi dalam masa yang sama, saya tolong promosi barangan kedai ni... ramai la jamaah ke situ... terus-terang, semua penjual di sini ramah belaka... 




27 Jul 2018

Pengumpulan Bagasi

rutin tetap berjalan seperti biasa... awal pagi dah beli jubah untuk isteri, terus simpan dalam bagasi... yang seronok hari ni adalah Jumaat kedua kami di Madinah... boleh melaksanakan 2 kali solat Jumaat di Masjid Nabawi... Allahu Akbar... bagasi dah pun selesai tagging pukul 2 petang, cuma letak di luar bilik ja... nanti petugas akan pindahkan bagasi ke kenderaan... memandangkan esok dah pun bergerak ke Mekah, saya ambil kesempatan berjalan ke kawasan luar perkarangan hotel... kena ikut laluan bawah tanah... Alhamdulillah, dapat juga ke kawasan pekan Madinah... pergi seorang ja, saja jalan-jalan kat sana... beli sekali shaver, untuk esok pagi... malam pulak, pekena Kebab kat sana... mantap... 





26 Jul 2018

Taklimat Keberangkatan & Ceramah

hotel hari ni dah sesak... kadang-kadang naik tangga turun naik untuk fitness... memandangkan seorang hotelier, saya guna lif pekerja, berdekatan dengan tempat POS Laju untuk bungkusan ke Malaysia... apa sekalipun, solat berjamaah mesti di Masjid Nabawi... malam ni akan diadakan taklimat keberangkatan ke Mekah dan juga ceramah mengenai rukun Umrah... ni kira revision ja... 




25 Jul 2018

Madinah #3

waktu Subuh memang akan sampai awal... cuaca sejuk, seronok tengok awan... bila nak terbit matahari, akan terbuka la payung kat kawasan luar... hari ni ronda-ronda sekeliling Masjidil Haram... setakat hari ni, kawasan Raudhah memang boleh dok lama-lama, berjalan depan Raudhah pun tak sesak lagi... boleh la berhenti, boleh la solat dekat dengan pintu utama... tapi dah nampak macam makin bertambah jamaah Haji... dapat la jumpa dengan rombongan Haji dari Korea... 




24 Jul 2018

Madinah #2

aktiviti macam biasa... nak minum Air Zam-Zam kat Masjid Nabawi tak ada masalah, memang disediakan dalam balang khas... selalu bawa bekas air, isi ja... jemaah makin bertambah hari ni, tapi masih tak ramai lagi... hari ni jumpa kawan Abang Mahdi, dia pun kenal sangat Walid... menambah kenalan dengan jamaah lain yang baru daftar di hotel...




23 Jul 2018

Madinah #1

aktiviti macam biasa, beribadah... makanan macam biasa, akan ambil dari ruangan B1 hotel untuk Sarapan Pagi, Sarapan Tengahari & Sarapan Malam... hari ni berkesempatan bertemu dengan orang sana, muka macam pelawak Param... tu namanya muka 7 muka serupa di dunia... 




22 Jul 2018

Ziarah Tempat Sejarah

hari ni, kami ikut perjalanan ziarah yang dikelolakan oleh Tabung Haji... ada pakej ziarah pada hari lain sepanjang berada di Madinah, tapi yang tu kena buat pembayaran asing... memandangkan Walid tak berapa larat nak jalan, jadi kami cuma ikut yang dalam senarai sahaja... boleh la banyakkan ibadah di Masjid Nabawi...

Kebun Kurma Majeed memang seronok, sebab boleh cuba pelbagai jenis kurma, dari yang murah ke yang mahal... kat sini senang ja, jika disebut halal, bermakna boleh makan tanpa bayar... puas la... cuma beli untuk dimakan kat Madinah ja... nanti beli borong kat Mekah...


Masjid Quba ni antara yang wajib ziarah di Madinah... Alhamdulillah dapat menunaikan solat di sini... dapat zikir & baca Al-Quran kat sini...


Bukit Uhud ni setakat tengok dari jauh ja... bukan apa, dalam bas, banyak golongan veteran... jadi semua pakat tengok dari dalam bas... cuaca memang panas la... boleh jalan ke sana, tapi fikirkan balik, buat haji, mungkin lain kali ja ke tempat-tempat sejarah... tak pa, hari-hari laluan masuk kami di Masjid Nabawi, boleh nampak jelas Bukit Uhud ni...