Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Mei 2018

Just Keep The Rhythm

dulu memang tak ada hal makan banyak... berat badan standard 78-80 kg... kalo beli seluar, mesti saiz pinggang 36-38 cm... bila dah capai 4 series, dah kena ubah... menjaga diet, bersenam, minum air kosong 2-3 liter sehari... supplement Lecithin, Fish Oil Omega, Garlic, Spectrum Multivitamin... banyakkan sayuran, kurangkan nasi, kurangkan makanan berminyak... mula tu memang susah nak sesuaikan, lama-lama dah jadi kebiasaan... Alhamdulillah, sekarang berat badan 70-72 kg (capai BMI normal), saiz pinggang 33 cm... lemak2 masih ada lagi, tapi dah berkurangan... badan pun terasa ringan... sekarang dah tak boleh makan banyak sebab perut dah full, tak boleh nak masuk dah... sebab tu, dah malas nak join mana-mana buffet... kalo pegi pun, just makan skit-skit ja... apa sekalipun, kena ada keazaman untuk berubah... bermula tu memang penuh dugaan, tapi bila dah ada momentum, akan bertukar menjadi keseronokan...

28 Mei 2018

ETS Alor Setar - Kuala Lumpur

hari ni dah balik ke Kuala Lumpur... yang penting dapat balik berpuasa di Alor Setar dengan Walid... ETS ni bagus... lagi bagus kalo ada WIFI Percuma... baru berbaloi dengan harga tiket...

27 Mei 2018

Pembelajaran Kes

apakah perasaan anda, setelah menjadi Ketua, anda dapati Ketua sebelum ini meninggalkan hutang atau beban yang besar? nak buat apa yang dirancang, terpaksa ditangguhkan sebab nak kena cari pendekatan untuk langsaikan hutang atau beban yang ada... huh!!! berat betul tanggungjawab yang terpaksa dipikul... pihak yang menyokong Ketua sebelum ni, asyik memberi tekanan terhadap anda... satu pembelajaran kes yang sesuai untuk pelajar, membuka minda mereka untuk mencari penyelesaian dalam menghadapi situasi sebegini... situasi ini boleh berlaku dalam pelbagai aspek... kita melatih pelajar untuk mencari penyelesaian, bukannya untuk menghafal teori-teori yang sedia ada... dari situ, kita akan memperolehi pelajar yang berdaya saing...

26 Mei 2018

ETS Kuala Lumpur - Alor Setar

nak pi Kiev, jauh sangat... akhirnya ber Ramadhan di Aloq Staq... naik ETS, tak yah dok pikiaq jalan jammed... boleh rehat... KL-AS cuma 5 jam... next station Sungai Petani... dah nak sampai... YNWA...


25 Mei 2018

Nafsu

intipati yang menarik dari Majlis Ilmu tadi kat Surau UNITAR, mengenai Nafsu... kita dok hairan, bulan Ramadhan, syaitan kena ikat, tapi kita dok juga buat dosa... rupanya syaitan dah brainwash nafsu yang sentiasa berada dalam badan kita, untuk berbuat dosa... syaitan dari jauh cuma tepuk tangan sahaja... oleh itu, kawal lah nafsu, jangan biarkan nafsu mengawal kita...

24 Mei 2018

'Pakar'

banyak sangat sekarang ni menjadi 'pakar' dalam merungkai, menyelesaikan masalah negara... biarla mereka dengan ideologi mereka, biarla mereka dengan kajian mereka... dah mereka cukup rajin dalam bab-bab macam ni... kita yang baca, just sekadar baca je la... tak perlu nak percaya sangat... sebab kita pun tak tahu samada apa yang 'pakar' tadi cakap betul ke tak... terlalu banyak version... hebat 'pakar' ni berhujah... just tumpukan Ibadah Bulan Ramadhan... hat ni sebaik-baik Pakar dalam segala pakar yang ada...

kalo sembang-sembang tu, dengar je la... tak perlu nak sampai bergaduh... tu cuma berseloroh namanya... borak-borak namanya... no heart feeling... kalo tau individu tu jenis sensitif, kita tak yah nak lawan... kalo individu tu tua dari kita, dengar je la, tanda hormat... benda ni bukannya naik ke Parlimen pun... just take it easy... tapi individu yang boleh bawa melawak, yang tu ok... boleh melawak sekali...

17 Mei 2018

Puasa

puasa menahan diri dari makan & yang membatalkan puasa bermula Subuh hingga Maghrib... Allah SWT menyuruh hambaNya untuk diuji selama sebulan di bulan Ramadhan... hebatnya Ramadhan, kita akan sentiasa bangun untuk Sahur & mengingati waktu Maghrib untuk berbuka... kalau hari biasa, Subuh lambat, Maghrib tak ingat bila waktunya... selain itu, hikmah berpuasa adalah untuk melatih kita BE PUNCTUAL... makan lepas selesai azan Subuh, batal... masuk waktu Maghrib, terus makan, jangan lengah-lengahkan... masa Sahur merupakan waktu mustajab berdoa... banyakkan membaca Al-Quran... rebutlah peluang ini...

16 Mei 2018

Solat Sunat Tarawikh

ia cuma berlaku di bulan Ramadhan... jangan sia-siakan peluang yang ada... laksanakan secara berjamaah... begitu juga solat Sunat Witir... cuma bulan Ramadhan ja lakukan berjamaah, betapa besarnya pahala... bulan biasa, Witir boleh buat sendiri, tak perlu berjamaah... peluang datang tak selalu... tak semestinya kita akan menemui Ramadhan tahun hadapan... inilah masanya perbanyakkan amalan terutama Tarawikh & Witir berjamaah...

13 Mei 2018

Naa Peru Surya Naa Illu India

Surya (Allu Arjun) adalah seorang pegawai tentera yang bersemangat yang akan digantung kerana sikapnya gagal mengawal kemarahan... 

dia diberi ultimatum bahawa jika dia memerlukan pekerjaannya kembali, dia harus mendapatkan sijil dari ahli psikologi terbesar di India iaitu Prof Rama Krishna (Arjun Sarja)... 

tetapi yang menjadi kelainan di sini ialah psikologi itu tidak lain adalah ayah Surya sendiri yang dia tinggalkan bertahun-tahun lamanya kerana masalah peribadi... ayahnya memberi syarat kepada Surya bahawa dia harus mengubah sikapnya dalam masa 21 hari...

bagaimanakah Surya yang agresif menghadapi ayahnya serta menguruskan masalah kemarahannya? adakah dia akan memenangi syarat itu dan meneruskan cita-citanya untuk menjaga sempadan? apakah yang akan berlaku seterusnya?



12 Mei 2018

Melayan Anak-Anak Ceria

 

Teman Walid

hari ni Abyana temankan Walid dia kat Hall 4... kena bertugas sebagai Chief Invigilator dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari... Abg dia Azim temankan Tok Abah & sepupunya Fatah...


11 Mei 2018

Integriti

ada rakyat dari jauh, beratur panjang, semata-mata untuk memilih calon mereka... rakyat gembira bila calonnya menang... calon itu (MP) dah dapat kuasa dari rakyat... cuma yang memalukan apabila calon itu menggunakan kuasanya untuk bergabung dengan parti tertentu bagi membentuk Kerajaan Negeri... rakyat yang memilihnya dah tak boleh buat apa dah... itulah POLITIK... menagih undi, bermanifesto gitu gini... dah menang, U-turn... lepas ni, bila dia tagih undi lagi, tok sah pilih dah... terus BANNED calon ni... sebab calon itu tak ada integriti!!!

10 Mei 2018

Perdana Menteri Malaysia ke 7

setelah sekian lama menunggu bagi insan yang berumur 93 tahun, dengan rasminya Tun Dr Mahathir Mohamad diisytiharkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7... sejarah kini dah tercipta...