my Home-Made LUNCH for today...
dari 80an sampai sekarang, kalah menang seri, dah tak kisah sebab kelab ni memang legend bagi saya... mana2 kelab memang tak boleh tarik minat saya sebab saya adalah peminat setia KEDAH & LIVERPOOL... tak kisah la kelab lain banyak dapat Piala, saya tetap dengan falsafah BIAR JASA JADI KENANGAN & YNWA...
ramuan 3 jenis akar kayu 1) Akar Tongkat Ali Gajah Beranak 2) Ranjang Besi Akar Pawang 3) Akar Gamat Ranjang Tembaga (beli kat Orang Asli RR Sungai Perak)... segenggam, rebus sampai mendidih... terbaik, minum masa panas, baru berkesan untuk buang angin dalam badan & lain-lain masalah dalaman dalam badan...
bersama Royston Cheah, Director of Learning & Development
dapat juga bergambar dengan alumni Vatel, Tania Bakti, Director of Human Resources, Aloft Hotels KL Sentral...
baju chef warna hitam ni alumni ITTAR PJ dulu, Junior Sous Chef Mohd Haffizi Abdul Ghani... yang baju chef warna putih, Executive Sous Chef Hamid Buyong... dua2 dari Aloft Hotels KL Sentral...
ikut keturunan belah arwah Mak... hari ni, Alhamdulillah dipertemukan Abang Nasir (boleh hubungi 011-13322820), khas untuk urutan buang angin... teknik urutan melalui tekanan point... huh, pertama kali kena teknik macam ni, bersilat la jawabnya... merangkak ala tentera lagi... semua tu untuk menahan sakit, sampai berpeluh la... tapi yang hairannya, bila urat dah masuk, dah lancar, angin dah pecah, tekan kat tempat sama, dah tak sakit... kira hari ni, cuma Gear 1 la... baru lagi kan... sekarang dah lega sikit... sehari dua ni memang akan keluar angin la jawabnya... antara makanan yang perlu dielakkan adalah kekacang, roti, ada kafein, minuman bergas & lain-lain (boleh Google)... itulah Alkisahnya... tips kesihatan badan, simpan la tepi duit gaji untuk berurut badan, urut la sebulan sekali... bila urat simpul, macam-macam la masalah timbul...
FCT Hospitality Industrial Talk for January 2018 Semester completed... Thanks to Chef Naem... Thanks to FCT Management and students... Thanks to FIM... Good job to my Seminar in Industry Perspective students...
hari ni makan ja, dari breakfast kat Saujana Utama, lunch kat Asam Pedas Pak Man, Ujung Pasir Melaka, hi-tea kat Udang Sotong Ikan Goreng Tepung Pantai Klebang... walaupun nampak banyak, tapi cara makan slow & steady...
umum ja tarikh mengundi, besok tu tiket ETS KL Sentral ke Alor Setar dah habis untuk 9hb Mei 2018 bagi 6.45 pagi & 9.44 pagi... cuma 8hb yang ada kul 6.45 pagi... kalo pegi dah penuh, balik mesti penuh la... kapal terbang biasa la, harga melambung naik... betul-betul ambik kesempatan... 5 tahun sekali kan, ni la masanya kaut keuntungan berlipat kali ganda... tak ada maknanya nak fikir rakyat mampu atau tidak... turun harga, no way man... this is business... we want more money... speaking London tu, sebab masuk fulus banyak... duit diutamakan... tu saja nak bagitau... untuk ingatan semua... kan bagus kalo disediakan banyak penerbangan dengan harga yang murah, khas untuk hari mengundi, bukannya selalu, 5 tahun sekali ja kan... ETS faham la sebab tak banyak keretapi laju tu terhad... tapi kalo ada banyak keretapi, tak salah kiranya tambah lagi waktu perjalanan setiap jam... 5 tahun sekali kan... apa nak buat, depa tak mau fikir... lepas ni kena tukar alamat kat IC, mengundi kat Punca Alam je la...
minta maaf la ya... saya ni tak aktif dalam mana-mana parti... bermakna saya langsung tak jadi ahli dalam mana-mana parti... saya akan baca manifesto bagi parti yang akan bertanding, bandingkan dengan manifesto yang sebelum ini, selidik latar belakang individu yang bertanding, baru lah saya pangkah... sebab saya sahaja yang tau pilihan saya... bab memburukkan individu mahupun parti, saya malas nak tau...
selama 1 penggal menjadi Penguasa, kini menjadi Pengemis untuk selama sebulan... bermanifesto... memberi harapan jika diberi peluang menjadi Penguasa... masa sebulan ni la kita dapat tengok betapa ikhlasnya mereka, sentiasa bersama rakyat... satu tindakan yang akan menjamin mereka menjadi Penguasa untuk tempoh 1 penggal... sebagai rakyat yang bijak, tengok balik manifesto yang lepas... adakah terlaksana atau tidak? lupakan Parti, tengok adakah janji yang sebelum ni dilaksanakan atau tidak, bukan untuk kita, tapi untuk semua rakyat... jadilah pengundi yang bijak... kerana Pengemis inilah sekarang sedang bertungkus-lumus untuk menagih undi kita...
mari amalkan doa yang Nabi Muhammad SAW amalkan di waktu Subuh... Semoga Allah SWT kurniakan cahaya petunjukNya kepada sesiapa yang mengamalkan doa ini setiap pagi...
selesai sudah trip kami, di mana kami selamat berlabuh di Port Klang pada pukul 10 pagi... kenangan pelajar Bachelor in Hotel Management UNITAR... video setakat hari kedua... Trip 5H4M Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang - Port Klang...