Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

26 Sep 2024

UNITAR x JUARA Travel

Alhamdulillah selesai sudah sesi penyerahan bantuan sebanyak SAR1,500 ke JUARA Travel bertemakan Feeding Hearts, Nourishing Souls in Saudi Arabia... bantuan ni melalui penerbangan Umrah pada 4hb hingga 13hb Oktober 2024, di mana sumbangan dikenali sebagai Projek Sabil akan dikendalikan di Mekah pada tarikh yang ditentukan selepas solat Asar di hadapan hotel penginapan sepanjang jalan Ajyad... projek USR UNITAR ini adalah melalui program Logistik di Fakulti Perniagaan...

wakil dari JUARA Travel dihadiri oleh 1) Tuan Mohamad Faiz Abd Hakim, Pengurus Pemasaran; 2) Hajjah Rohaizah Khalil, Pengurus Cawangan Puchong; 3) Hajjah Yasmin Hashim, Pegawai Pemasaran; dan 4) Encik Abdul Hakim Tamezer, Pegawai... 

bermula dengan sesi perbincangan di Meeting Room 2 FOB tingkat 8 bersama Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Program dan pensyarah kanan terlibat... 

sesi bergambar serahan wang tunai & cek replika dikendalikan di tingkat 3 kampus UNITAR... 








21 Sep 2024

Walimatulurus Hud & Athirah di Glenmarie

hari ni majlis menyambut menantu pula... ramai juga saudara-mara datang... 











17 Sep 2024

September Bleu

Bachelor of Management (BOM)

I am just CL, RC KB only, 2 subjects namely as BAGB3183 Administrative Office Management and BAGB3213 Managerial Risk Management... 

Bachelor of Business Administration (BBA)

I am a CL for 2 subjects namely as BAGB4034 Training and Development (Conventional and Online) and BAGB2033 Corporate Social Policy (Conventional)...

I am a Tutor for 2 subjects namely as BAGB2023 International Business and MPU3323/BAGB3023 Entrepreneurship, both Online...

1 more subject ESSF0224 Introduction to Management carried as Independent Study...

15 Sep 2024

Luncheon

keluarga Athirah jemput makan tengahari di rumah mereka hari ni... lokasi di Jalan Pinang 51, Taman Daya, Johor... lauk-pauk istimewa, ada ikan patin tempoyak... ikan bawa dari Sungai Pahang... ada petai sambal tumis... ada masak lemak ayam... ulaman... memang sedap... 


14 Sep 2024

Haziq Shell Out

keluar awal, sampai awal... kebetulan AEON dekat, jadi kami pusing-pusing kat sini... saja buang masa...



selesai ja, kami terus ke alam ni kami Haziq Shell Out... Abang Mohar ja yang tak ada, penat katanya... sekali boleh pulak jumpa geng SAHOCA sama batch 94, Cikgu Muhammad Fikry... kebetulan dia baru ja selesai permainan ragbi... 



Walimatulurus Hud & Athirah di Johor

hari ni merupakan majlis walimatulurus Hud & Athirah di Moment Cloud House, Johor... kebanyakan keluarga Athirah berkait dengan keluarga Naja...






6 Sep 2024

Motivasi di SMK Taman Yarl

hari ni saya bersama Nurul Huda Rabe'ah, dari Sales UNITAR (Sekolah Menengah) untuk sesi motivasi bagi pelajar tingkatan 5 di SMK Taman Yarl, Jalan Awan Larat, Taman Yarl, Kuala Lumpur... saya memberikan penekanan mengenai 2 teknik ulangkaji terbaik untuk mereka menghadapi SPM nanti, diselitkan juga motivasi sebagai pelajar yang akan memberikan kejayaan untuk ibu bapa mereka... sesi motivasi sejam saya bermula pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari, manakala Nurul Huda memberikan penerangan mengenai UNITAR hingga pukul 12:20 tengahari...







4 Sep 2024

Majlis Makan-Makan FOB

kebiasaan bagi FOB mengadakan jamuan makan-makan sempena bermulanya semester September... antara intipati majlis semestinya kata aluan, doa selamat (dah jadi tugas hakiki), memperkenalkan staff baru, menghargai staff yang ditukarkan ke bahagian lain, dan semestinya meraikan hari jadi staf bagi bulan Jun, Julai, Ogos dan September...