Cardiac
- Munir Baragbah
- Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah
12 Okt 2024
Qasr Al Ansar Golden Tulip
memang selesa menetap di hotel ni... cuma melintasi 3 blok bangunan terus ke pintu 330... cuma makanan ja kira OK la sebab Chef di sini dari Indonesia untuk menyediakan sarapan buat Malaysia dan Indonesia...
Kami Berdua
sekejap ja masa berlalu... mungkin sebab masih lagi bekerja, tak boleh lama-lama... Insya Allah kami akan datang lagi bersama Azim dan Abyana 🤲
Wada Nabawi
hari ni kami akan meninggalkan Masjidil Nabawi, meninggalkan Rasulullah SAW... Insya Allah, ketemu kembali di masa hadapan...
Karak Express
lepas solat Isya', terus bungkus makanan di Karak Express...
terus bawa ke level M di hotel... tambah sedikit lauk dari hotel... selesai ja, terus keluar jalan-jalan berdua dengan isteri...
11 Okt 2024
Bukit Uhud
bukit Uhud merupakan tempat berlakunya perang Uhud di antara tentera Islam Madinah dan tentera kafir Mekah... tentera Islam mengalami kekalahan kerana pasukan yang berkubu di bukit Uhud melanggar arahan Rasulullah SAW supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing... mengakibatkan 70 pejuang Islam mati syahid pada Syawal tahun ketiga hijrah termasuk bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah Abdul Mutalib...
Kebun Kurma Majed
jika berada di Madinah, lawatan ke kebun kurma sememangnya ada dalam senarai aturcara... terdapat banyak kebun kurma berdekatan Masjid Kuba... cuma Malaysia memang akan sentiasa menuju ke kebun kurma Majed...
Masjid Quba
merupakan masjid pertama dan tertua yang dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah... sejarah pembinaan Masjid Quba’ adalah amat penting bagi umat Islam kerana ia berkait dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah...
Langgan:
Catatan (Atom)