Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

26 Sep 2022

Thiruchitrambalam

Thiruchitrambalam Jr. a.k.a. Pazham (Dhanush) ialah seorang penghantar makanan tinggal bersama bapanya Neelakandan (Prakash Raj) seorang Inspektor yang tegas dan datuknya Sr. Thiruchitrambalam (Bharathiraja)... 

ibu dan adiknya meninggal dunia dalam kemalangan kerana kecuaian ayahnya... justeru itu, Pazham tidak bercakap dengan ayahnya selama 10 tahun... keselesaannya ialah Shobana (Nithya Menen) iaitu kawan baiknya sejak kecil yang selalu berkongsi masalah dengannya dan Shobana mencintai Pazham tetapi tidak diketahuinya...

suatu hari, Pazham bertolak ke kampung ibunya untuk majlis perkahwinan, dimana dia bertemu Ranjani (Priya Bhavani Shankar)... dia menyintai Ranjani, tetapi ia gagal dan dia mula mencintai Anusha (Raashi Khanna) iaitu cinta pertamanya sejak zaman persekolahan...

adakah Anusha dan Pazham akan menjadi pasangan yang baik? bagaimana pula dengan Shobana yang mencintai Pazham?



24 Sep 2022

Sesi Temuramah Persatuan Sejarah Pulau Pinang

hari ni, pihak Persatuan Sejarah Pulau Pinang ke rumah Walid bagi sesi temuramah mengenai Tok Habib, Tun Syed Sheh Barakbah... 






14 Sep 2022

Pertandingan Lagu Patriotik

hari ni Azim dan rakan-rakan membuat persembahan lagu Patriotik di SMADATA...



11 Sep 2022

10 Sep 2022

Pantai Teluk Mak Nik

terletak di Chukai Terengganu, tempat untuk beriadah... sewaan hammock RM5, boleh bersantai mendengar lagu dari XPDC - Hidup Bersama...




Belajar Berenang

berada di kedalaman 1.5 meter, sememangnya Azim & Abyana tak mencecah kaki ke dasar... inilah masanya untuk belajar apungkan diri... Alhamdulillah, dapat juga apungkan diri, cuma keyakinan tu belum 100 peratus... satu permulaan yang bagus...



9 Sep 2022

Suasana Malam di Pantai

selesai makan malam, terus lepak kat pantai... menikmati udara, angin memang sejuk... 






Oasis Beach Bar Awana Kijal

malam ni makan di restaurant tepi laut sempena menyambut awal birthday Azim hari Ahad ni... 










Sata Otak-Otak

beli sata dan otak-otak kat area Kampung Geliga Besar, Chukai (tak jauh dengan sempadan Cherating)... layan makan kat pantai depan Resorts World Kijal ni... hari ni, banyak kedai di negeri Terengganu tutup... 


1972 Tun Syed Sheh Barakbah

keluar dalam NST online hari ni, sempena Queen Elizabeth melawat Pulau Pinang pada tahun 1972...


Ping Pong






8 Sep 2022

Riadah di Pantai

selesai ja mandi-manda, terus bergerak di pantai... lepak santai di sini hingga sunset...











Riadah Kolam Renang

kolam renang memang fokus utama anak-anak... saiz besar, paling dalam 1.5 meter... 



Percutian Keluarga

hari ni bermulanya percutian kami sekeluarga ke Pantai Timur... seperti biasa, Red akan dihantar ke tempat penjagaan di awal pagi... kami gerak dari Puncak Alam pada pukul 11 pagi... ikut laluan Karak - Kuantan - Beserah - Cherating - Chukai - Resorts World Kijal...


makan tengahari di Kuantan, lepas tu beli baju kadet polis untuk Azim kat Outpost Uniform Kuantan... 

Alhamdulillah sampai Resort pada pukul 4 petang... saja ikut jalan tepi pantai... no bilik 813, pemandangan laut... 











yang penting, dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak...