Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Apr 2021

Pemansuhan UPSR

di kala Kementerian mengumumkan UPSR dimansuhkan... tiada lagi satu kemestian nak share & bercerita anak dapat keputusan hebat2 bermula tahun lepas... cuma tukar cara - anak dapat sambung belajar ke tempat yang hebat2 pulak... apapun anak saya, Azim Danial Barakbah senyum gembira sebab tak perlu ambik UPSR tahun ni 🙂😅😁

24 Apr 2021

Air Mata Iftarku

selalunya drama kita ni, mesti ada jalan cerita di tempat makan... jalan ceritanya bermula dengan dialog: "Nak tanya, pekerja kat sini semuanya tengah bersedih ka? bukan apa, banyak sangat air mata kat makanan ni... setakat 1 makanan boleh la terima, ni hampir semua la dik... jangan la sedih sangat ya, tau la tak boleh rentas negeri, tak boleh balik kampung beraya, hidup mesti ceria, baru la makanan sedap"... jawapannya, "Nanti saya akan bagitau Chef"... lain kali, bagitau la terus Manager, baru la betul... boleh la borak-borak supaya makanan menjadi bertambah sedap... bukan apa, ayat nanti tu, takut terlupa... ha jenuh, nanti hari-hari makanan berair mata... begitu la antara sedutan cerita yang bertajuk MATA AIR IFTAR KU 😁 tak perlu nak search cerita ni, sebab dari mata air dah bertukar ke air mata... THE END

23 Apr 2021

Tanah

dikesempatan solat beralas tanah, baru la kita sedar yang kita ni adalah dari tanah, kelak kita akan disemadikan di dalam tanah... Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana 🤲

 

22 Apr 2021

2-In-1

NORMA BARU mengajar serentak iaitu secara bersemuka & dalam talian (bagi pelajar yang berada di luar negara)...


12 Apr 2021

Salam Mubarak 2021

kenapa kita sentiasa merasa duit tak cukup? asbabnya adalah dari salah satu sumber yang tidak berkat... semoga Ramadhan tahun ini, membuka hati kita untuk tidak mengambil sumber yang tiada keberkatan 🤲


8 Apr 2021

Keajaiban

ku akui adalah perokok tegar di suatu ketika... mungkin doa dari arwah Mak dulu-dulu... masa mula kahwin, tak merokok depan isteri, sebab isteri tak suka... satu keajaiban, bila lahir ja anak sulung & azan kat telinga, keluar nak merokok... kotak baru ja beli... bila buka ja, sekali bau rokok memang busuk (sepertimana orang tak merokok tak suka baunya), terus buang semua rokok dalam tong sampah... 

Alhamdulillah, sampai sekarang, tak ada langsung keinginan nak merokok... walaupun lepak dengan geng merokok, dah tak kisah pun... satu keajaiban 🤲 saya sailang orang cakap merokok ni ketagih, sebenarnya atas diri sendiri, samada nak merokok atau tak nak...