Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

22 Nov 2020

Soorarai Pottru

Nedumaaran Rajangam a.k.a Maara (Suriya) adalah anak muda yang mahu kampungnya mendapat semua kemudahan penting... ayahnya memberi inspirasi kepadanya dengan memperjuangkan hak orang dengan cara yang tidak ganas menyelesaikan masalah... walaupun sebahagiannya berhasil, Maara merasakan bahawa jalan lembut ayahnya tidak akan membantu lebih jauh...

Maara menyertai Akademi Penerbangan India... selepas tamat latihan penerbangan, Maara memutuskan untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan murah untuk menolong orang ramai supaya semua orang boleh terbang... perjalanannya tidak mudah setelah menghadapi situasi buruk dalam hidupnya... dia harus melawan Biggies, Paresh dan Balaiah - orang besar dalam industri penerbangan...

apa rintangan yang dihadapinya? bagaimana dia mendapat sejumlah besar sebagai pelaburan untuk perniagaannya? adakah Maara berjaya mencapai impiannya?




6 Nov 2020

Red YNWA

namanya Red... terima kasih Nur Juliana Azhari, sebab bagi kucing ni kat kami... comel sangat2... kenapa Red? sebab kami ni YNWA...



16 Okt 2020

Lembutkan Urat Tegang

mendapat surat kebenaran sekatan jalan raya bagi tujuan perubatan... hari ni buka balutan, bermulanya sesi paling menyakitkan iaitu fisio... abang sendiri urutkan urat-urat yang lama tak ada pergerakan selama 6 minggu...


Abyana 9 Tahun

15 Okt 2020

Surah Al-Takwir

hafazan Abyana pada hari ni... Surah Al-Takwir: 1-29...


10 Okt 2020

House of Kambing

ni namanya House of Kambing... kat MAEPS Serdang... alang-alang kat sini, semua kambing belaka... apapun, lemon mesti kena order... boleh dikatakan kambing grill out (3 nasi + 1 kg kambing), sup kambing, susu kambing blended & susu kambing botol mmg sedap... terbaik 👍


4 Okt 2020

Motorola

inilah handphone pertama dimiliki... dah tak ingat tahun berapa... beli duit simpanan gaji... masa tu prepaid Maxis... bateri original besar skit... memang berat la... kat kedai jual bateri nipis, terus simpan bateri original tu... kalo nak call, selalu guna public phone ja... maklumlah prepaid... kena pandai-pandai timing... charger unik, boleh skali handphone atau bateri ja... memang standby 2 bateri nipis... mau habis bateri, tukar ja bateri 1 lagi... once upon a time... siapa biasa guna, memang geng 😁


1 Okt 2020

Slow & Steady

slow & steady - bersesuaian dengan umur sekarang... cabaran menjadi seorang yang penyabar... pernah di marah semata-mata untuk menyoal di mana surau, diamkan diri, jauhkan diri, Alhamdulillah ada orang lain yang memberi tahu arah ke surau... morale of the story, tak perlu panjangkan cerita... pendek cerita, cari kaedah yang lain untuk penyelesaian...


25 Sep 2020

Ampunilah Dosaku

tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri...


16 Sep 2020

Otak

kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita... sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya... kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita & idea kita... apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas & perhiasan...


12 Sep 2020

Akhirnya

Alhamdulillah, dapat juga tengok hasil dari pembedahan... memang mengerikan, bab jahit tu... tak dapat nak bayangkan untuk sesi berikutnya iaitu penyembuhan... 



11 Sep 2020

Selesai Pembedahan

Alhamdulillah selesai pembedahan jari kelingking kanan selama 2 jam dari pukul 3 petang hingga 5 petang oleh Dr Loke Yean Hwe di Sime Darby Medical Centre Ara Damansara.... plat besi sokongan yang patah tu... bermalam la jawabnya... doakan moga cepat sembuh ya... terima kasih 🤲 tak dapat sambut birthday Azim, cuma wish ja... memandangkan musim Covid-19 ni, tak boleh ditemani oleh sesiapa...


Azim 11 Tahun

9 Sep 2020

Kasyidi BHM

bertemu bekas pelajar BHM - Ahmad Kasyidi Ismail di dalam LRT menuju ke Gombak... dah 8 tahun dia selesai bergraduan di UNITAR...


4 Sep 2020

Gopeng Glamping Park

arrangement by Haji Schazwan Sharupidin via his 1P Oneparadize... my former students, he is the Man 👍









Isteri... Suami...

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya


3 Sep 2020

Dusun Bonda

Lot 2121 (2996), Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor, Malaysia

Email: dusunbonda.reservation@gmail.com

Tel: +60 12-6633 667 (WhatsApp Only)

 










1 Sep 2020

Homeopati

ubat dari Homeopati MPHM untuk penyembuhan dalaman... Insya Allah diberikan kesembuhan dengan izin Allah SWT...

1. Symphytum 30
2. Calc Phos 8x
3. Ruta Graveolens 30




28 Ogo 2020

Jom Praktis

jom buat senaman ni... senang & boleh dipraktikkan... tak salah mencuba untuk kebaikan...


27 Ogo 2020

Patah Jari Kelingking Kanan

apa jua musibah, kita kena terimanya, kerana itu adalah ketentuan-Nya... kejadian berlaku ketika pulang dari kerja di Kelana Jaya, pada 5.45 petang... dilanggar motor yang masuk lawan arus... bila x-ray, patah jari kanan kelingking... terpaksa rujuk ke bahagian kecemasan Hospital Sungai Buloh... dapat la cuti sakit sampai 9 September... cuma satu ja pesanan, bagi yang bawa motor, sebaiknya janganlah masuk laluan lawan arus ya... saya maafkan yang langgar tu, moga menjadi iktibar kepada dia... apapun untuk diri ini, be strong...


21 Ogo 2020

WeddingsBy Puteri

konsep yang diadaptasi oleh WeddingsBy Puteri, bertemakan rimba untuk majlis perkahwinan Mohsein Al Yahya & Sharifah Nurul Ain di Simpang Durian Jelebu 22 Ogos 2020... handarrrr (ayat kegemaran Amri Bin Ahmad)...


17 Ogo 2020

Kini... Lampau...

sekarang dah pun kita ketahui akan keberkesanan teknologi terkini... semua DALAM TALIAN dari segi pembayaran, pendaftaran, pembelajaran, mesyuarat, temuduga dan sebagainya... ada juga yang menggunakan teknologi, tapi dilaksanakan bersama tanpa teknologi... kita dah pun di era Wawasan 2020... tidak perlu pandang belakang lagi... apa sekalipun, dosa lampau, jangan pulak lupa pandang belakang... bertaubat kepada Allah SWT, ambil iktibar, jadikan kesalahan lampau, pemangkin untuk ke arah kebaikan... kita makin berumur, bukan makin muda... buatla apa sekalipun teknologi untuk muda, tapi umur tetap meningkat, ajal hanya Allah SWT Maha Mengetahui... wallahualam...

12 Ogo 2020

Playsafe

sekarang ni, pekerja kena playsafe untuk tidak dibuang oleh majikan... pernahkah terfikir untuk playsafe agar tidak dibuang ke neraka? jagalah solat ya... jika pernah tertinggal tu, qadha la sekadar mampu...

4 Jul 2020

27 Jun 2020

VVD

wow! mesti LIVERPOOL juga ya... YNWA...

 

26 Jun 2020

Jibby East Taman Melati

 







YNWA

kelas ONLINE hari ni berlatarbelakangkan Liverpool... baju pun Liverpool... inilah tarikhnya, 26.06.2020... terima kasih kepada yang memberi ucapan hari lahir... YNWA...

 

26.06.2020 The Best Ever Moment

 

14 Jun 2020

Ala-Ala Raya 2020

Alhamdulillah dapat juga merentas walaupun dah melebihi minggu ketiga Syawal... apapun masih lagi dalam tempoh raya...




10 Jun 2020

Viralvirus

masing-masing pakat takut dengaq Coronavirus... tapi bab dengaq viralvirus (hat tak elok la), bukan main sambung sebaq... hat ni memang tak boleh nak jadikan kes baru menurun, lagi naik ada la... lama tak dengaq ayat dari cerita Hindustan dulu... Syabas Betey 🤭

7 Jun 2020

Gusti Ahli Politik

sapa pernah layan wrestling dari zaman 80s, memang lejen... ada ahli gusti yang zaman kegemilangan dulu-dulu dah mati, ada yang masih hidup... ahli gusti lawan sebab belt, nak juara, ikut kategori... ada yang main kotoq... ada yang ambik kesempatan bila yang kuat menjadi lemah... ada yang tolong, lepas tu belasah balik... ada yang batu api, tunggu peluang untuk menang... semua tu dah dirancang oleh pengurusan wrestling... penonton semua bersorak, beremosi dengan lakonan ahli gusti... lakonan memang menjadi, nampak realiti... sampai sekarang wrestling masih ada dengan ahli gusti yang baru, dengan membawa manifesto tersendiri, untuk memperolehi pengikut mereka... ni cerita pasal wrestling, tapi sebenaqnya kira sama la cara dengan politik la ni... rakyat, tok sah la dok emosi sangat... rakyat umpama penonton wrestling: masuk kena bayaq, tapi dok luaq gelanggang ja... nak bawa sepanduk, nak kutuk, nak maki, ada ahli gusti kisah 😁 renung-renungkan ya, tok sah dok fanatik sangat... kalo betoi nak jaguh, masuk la politik... pi lawan ikut cara politik... selamat menonton permainan gusti ahli politik ya... be cool...

6 Jun 2020

Jus Lega

saya buat sendiri (tidak dijual, untuk kegunaan sendiri)... puas hati sebab hasil tangan sendiri & tahu ketulenan bahan-bahannya...