Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

6 Sep 2025

Pulau Thoi Son

kami menaiki semula bot ke pulau berikutnya yang juga dikenali sebagai Chon Lan atau Pulau Unicorn... pulau subur ini dengan terusan yang bersilang dan langskap yang berwarna-warni, memberikan gabungan unik keindahan semula jadi, keindahan budaya dan hidangan makanan... 

tempat pertama kami adalah menaiki sampan menerusi pokok nipah... setiap sampan cuma boleh diisi 4 penumpang sahaja, semestinya kami berempat, dikendalikan oleh 2 penyayang yang merupakan pasangan suami isteri... inilah sumber pendapatan penduduk di sini...








tempat kedua adalah di tempat menjual madu... kami dihidangkan dengan air madu kelulut dicampur teh dan limau nipis, di mana pembiakan cuma di dalam pulau sahaja... dinyatakan royale jelly bagus... biasala, mana-mana tempat pasti akan berkata demikian... 

tempat ketiga adalah tempat menjual buah-buahan... kami dihiburkan dengan nyanyian bahasa tempatan dan juga bahasa pengunjung sambil menikmati teh dan potongan buah naga, jambu, ciku dan nanas... 



di sini juga merupakan tempat membeli-belah barangan tempatan... teknik jualan di sini, harga murah, hakikatnya mahal... siapa yang kena makan umpan, mesti berbelanja...


dari sini kami menaiki buggy ke restoran untuk sarapan tengahari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan