Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Okt 2022

Smart 4 Tinted X50

hari ni pasang tinted di Showroom Proton Lon G Puncak Alam... pakej UV Rejection 99% dan Infra-Red Rejection 60% harga RM800... waranti 5 tahun dari Coolshield Solar & Safety, Kelana Jaya...











Smarttint Group Sdn Bhd (1273599-K)
No 1 Jln SS5B/4 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor

Tel: 03-78779469
www.coolshield.com.my

27 Okt 2022

Ajax 0 - 3 Liverpool

 Champions League - Group A


26 Okt 2022

Azim Balik Asrama

hari ni Azim naik motor dengan Walid dia ke ofis... walaupun dah sarapan pagi di rumah, kat area ofis pun sarapan lagi - Fariz Maju Kelana Jaya - roti canai hehehe

berehat di ofis, Walid pulak dengan kerja-kerja di ofis... pukul 11:45 pagi, terus gerak ke Kampung Medan... sarapan tengahari di gerai hadapan tempat selalu hantar Azim naik bas... 

Azim pekena nasi goreng kampung cili api, Walid pulak Bakso... air kelapa muda... ayam penyet set pun beli juga, untuk Azim makan bila sampai asrama nanti... 

sekali, hujan lebat... hari ni, disediakan van, sebab bas bertolak dari Kajang... van akan bertemu di hentian Nilai, pertukaran naik bas ke SMADATA... 

hari ni merupakan hari cabaran, van terlupa nak ambik Azim hehehe... punya la tunggu lama kat gerai ni... jadi van patah balik, terus jumpa ke Petronas Kampung Medan...

selesai sudah hantar Azim naik van di Petronas... balik ke ofis kena pakai baju hujan... yang penting Azim tak basah... 

24 Okt 2022

Rumah Terbuka Deepavali

hari ni berkesempatan ke rumah terbuka sambutan Deepavali oleh bekas mahasiswa Degree dan Master UNITAR, Herindran di Kuala Selangor... setiap tahun beliau ajak, cuma tahun ni sahaja dapat hadir... darah guru besar dari mendiang datuk dan ibu beliau... makanan sedap 👍👍👍


23 Okt 2022

Hafazan An-Nisa: 27-33



X50 Premium

Alhamdulillah, hari ni dapat kereta X50 Premium warna merah dari David... kereta ni khas utk jalan-jalan samada dekat mahupun jauh... moga kereta ni tak ada bawa masalah, sentiasa dalam kondisi yang baik 🤲




22 Okt 2022

Nottingham Forest 1 - 0 Liverpool

 


The School for Good and Evil

dua orang kawan baik Sophie (Sophia Anne Caruso) dan Agatha (Sofia Wylie) diculik dan dibawa ke 'Sekolah Kebaikan dan Kejahatan'... 

selepas nasib mereka diterbalikkan, kedua-duanya cuba memikirkan cara untuk pulang ke rumah... dengan berbuat demikian, persahabatan mereka diuji...




Walimatulurus Mahsuri & Haqkeem

hadir ke majlis walimatulurus anak jiran, majlis di Pusat Komuniti Bukit Damansara...





21 Okt 2022

Acar Buah Warisan

hari ni beli Acar Buah Warisan dari Chef Asma, harga RM25 sebekas (450 gram)... memang sedap, betul-betul resipi dari Utara... 




20 Okt 2022

Sayonara Ertiga

4 tahun Ertiga bersama kami sekeluarga... tarikh pendaftaran pada 25 Julai 2018, masa tu saya berada di tanah suci mengerjakan ibadah Haji tahun 2018... mileage dah 160237 km, tapi masih lagi dalam waranti 10 tahun atau 250,000 km... buat inspection di Carsome Puncak Alam pada hari Sabtu, 15 Oktober... hari ni penyerahan kereta ke Carsome di BSN cawangan Saujana Utama... 









Liverpool 1 - 0 West Ham

 


14 Okt 2022

Berakhirnya Di Sini

hari ni merupakan hari terakhir sesi Pematuhan MQA bagi program Diploma in Hotel Management... panel cukup terkejut bila dimaklumkan bahawa program Diploma in Hotel Management, Diploma in Tourism Management, Bachelor of Hospitality Management, Bachelor in Hotel Management dan Bachelor in Tourism Management akan ditutup buat selama-lamanya oleh pihak pengurusan UNITAR... 

program disebutkan adalah tidak relevan lagi dari pandangan mata pihak pengurusan UNITAR... maka berakhirlah program yang cukup dikenali ramai... kami tidak boleh lagi nak mempertahankannya... apa jua maklum balas dari panel MQA, keputusan tetap sama - ditutup...

hari ni, kami susun semula dokumen program di bilik dokumen, sebagai kenangan buat selama-lamanya...



13 Okt 2022

Rangers 1 - 7 Liverpool

 Champions League - Group A


12 Okt 2022

Cuci Kusyen Ertiga

hari ni ambil cuti untuk cucian kusyen Ertiga melalui perkhidmatan OPSCUCI... Alhamdulilah cucian memuaskan... RM170 + RM30 (datang ke rumah)... terbaik...





memandangkan hari ni cuaca tak berapa panas, terpaksalah guna cara unik, untuk pastikan kusyen benar-benar kering...

5 Okt 2022

Liverpool 2 - 0 Rangers

 Champions League - Group A


3 Okt 2022

Ubah Lokasi

hari ni, saya ubah lokasi meja di pejabat (antara Misyer dan Rashdeen)... memang dah lama nak duduk di situ, sebab mudah nak buat kelas online... akhirnya...

Iriz 1.3 Standard CVT

hari ni, Naja ambil kereta baru Iriz warna merah di Proton Lon G Bandar Puncak Alam (khas untuk pergi balik kerja)... Ertiga yang ada sekarang akan dijual...