Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Mei 2023

Jamuan Fakulti

hari ni buat potluck untuk sambutan hari jadi, rakan sekerja yang kena tukar department dan juga aktiviti mengemas ofis... saya tak bawa apa-apapun, cuma bawa perut sahaja hehehe

Suria Mahabat Paradigm

hari ni buat pertukaran matawang ke Korean Won... sememangnya laku matawang ni, mungkin ramai yang bercuti kat sana...



29 Mei 2023

EPL 2022/2023

 UEFA Champions League Group Stage

Man City, Arsenal, Man United, Newcastle

Europa League Group Stage

Liverpool, Brighton 

Europa Conference League Qualifiers

Aston Villa

Relegation

Leicester City, Leeds United, Southampton


Southampton 4 - 4 Liverpool

 Southampton - Ward 19', Sulemana 28' 47', Armstrong 64'

Liverpool - Jota 10' 73', Firmino 14', Gakpo 72'

25 Mei 2023

Urutan

hari ni berkesempatan ke Terapi Urut Melayu USJ... buat temujanji pukul 1:30, tukang urut baru, nama Iskandar, asal Melaka... dah berumahtangga, menetap di Saujana Putra... hari ni cuba Urut Lena Cergas selama 100 minit (1 jam 40 minit), pakej RM180... 

Bengkel Kepimpinan Pengawas

para pengawas SRITI Kawasan Kuala Selangor telah menyertai Bengkel Kepimpinan Pengawas selama 1 hari pada 25 Mei 2023...

pogram seliaan Unit Cakna Disiplin di bawah Bahagian Hal Ehwal Murid menganjurkan bengkel ini bertujuan:-

1️⃣ membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan...

2️⃣ meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan...

3️⃣ melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan role model oleh murid-murid lain...

semoga semua yang terlibat dapat memahami tanggungjawab umum sebagai pengawas dan menjiwai amanah seorang khalifah...





23 Mei 2023

Program Pelancaran Target UPKK PSRA

program ini bertujuan sebagai persediaan awal kepada murid tahun 5 & 6 yang merupakan calon peperiksaan UPKK & PSRA...

diharapkan dengan pelaksanaan program ini, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada calon-calon UPKK & PSRA dalam usaha untuk mendaptkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK & PSRA...


21 Mei 2023

Kejohanan Catur MRSM Serting

Azim terpilih mewakili SMADATA untuk Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan bagi kategori U15, bertempat di Dewan Gemilang, MRSM Serting... satu pengalaman baru bagi Azim...




ini adalah ranking daripada 440 peserta, cuma khusus buat wakil SMADATA sahaja...

  • Alif Hakimi U17 - 67
  • Ahmad Adha U17 - 76
  • Syed Azim Danial U15 - 90
  • Nur Alieya Zahiera U15 - 98
  • Muhammad Iman Danish U17 - 133
  • Muhammad Danish Sukri U17 - 187
  • Nur Aisyah U17 - 192
  • Muhammad Fuad Irsyadi U17 - 198
  • Naufal U15 - 203
  • Muhammad Adam Danish U15 - 206
  • Huuriyyah A'Izzah U15 - 226
  • Muhammad Afif Danial U15 - 238
  • Alia Wafa U15 - 338
  • Aisyah Nadiah U15 - 343
  • Mia Fizana U15 - 365
  • Syaza Fariha U15 - 369
  • Siti Nurwani  U15 - 415
tahniah buat semua pelajar SMADATA... 

Special Anfield Farewell

 Firmino... Milner... Keita... Chamberlain...



Liverpool 1 - 1 Aston Villa

 Liverpool - Firmino 89'

Aston Villa - 27'

19 Mei 2023

POCO ke SAMSUNG

kejadian berlaku hari Khamis 18hb masa nak balik kerja... sekali hp POCO jatuh ke lantai... angkat ja, screen dah terajai, maksudnya dah tak boleh guna... redha je la... bermula saat tu dah tak guna hp... hari ni terus upgrade plan Celcom Mega 98 untuk 2 tahun kontrak (60GB tahun pertama, 50GB tahun kedua), dapat hp Samsung Galaxy A34 5G (bateri 5000 mAh, 256GB)... cuma bayar RM199 sahaja... nombor kekal, tukar simkad baru, trus transfer data backup dari gmail... yang best, 24 jam tanpa hp, ingat balik zaman tak ada hp... tenang ja, tak ada gangguan hehehe...

16 Mei 2023

Hari Raya & Guru SRITI

hari ni merupakan sambutan hari guru dan juga raya di SRITI... memang tak bawa potluck, cuma bagi sumbangan dalam bentuk wang kepada guru kelas... murid-murid darjah 6 kena buat persembahan - nyanyian secara berkumpulan khas untuk guru...

apa jua sekalipun, yang penting murid-murid bergembira beraya bersama guru-guru dan rakan-rakan...


Pertandingan Fotografi Aidilfitri




Abyana memenangi tempat pertama bagi kategori darjah 6...

Leicester City 0 - 3 Liverpool

 Liverpool - Jones 33' 36', Arnold 71'

12 Mei 2023

Penolong Ketua Pengawas 2023/24

Abyana dicalonkan untuk jawatan Penolong Ketua Pengawas... satu pendekatan yang bagus, pengalaman dalam pemilihan secara pilihanraya...


guru membantu dari segi penyampaian teks berkempen... semua teks sama, cuma perbezaan dari pencapaian masing-masing...




semoga pembelajaran di luar bilik darjah ni bermakna buat murid-murid terutama kemahiran memilih pemimpin... 





211 bilangan layak mengundi, 192 (90.99%) keluar mengundi... tahniah Muhammad Darwish (majoriti 54 undi) sebagai Ketua Pengawas dan Abyana (majoriti 66 undi) sebagai Penolong Ketua Pengawas...