Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

27 Jun 2022

Naja Belanja Western

ni kira belated birthday, makan petang ditaja oleh isteri tercinta kat KL East Mall...

26 Jun 2022

Hantar Azim ke SMADATA

dah tiba masanya untuk Azim Danial balik ke SMADATA... lepas ni terus gerak balik Puncak Alam...



Hadiah Birthday

hari ni sambut kecil-kecilan sahaja di Simpang Durian... Naja siap bagi hadiah topi tu... alahai gaya orang muda la jawabnya... thanks Sayang, Love You...

24 Jun 2022

Perbincangan Liverpool Musim Baru

bersama Syed Zulbakri membincangkan musim baru Liverpool... kami memang YNWA hehehe

19 Jun 2022

Di Sini Mulanya - 2024

seperti yang dinyatakan tahun 2024 merupakan reunion besar batch kami... Kudos buat sahabat yang mencipta video ni...


 

18 Jun 2022

Alumni KSAH 94

Alhamdulillah, inilah julung kali batch 94 mengendalikan majlis Alumni di Paddock Lounge, Bukit Kiara Equestrian Country Club, Kuala Lumpur... walaupun ada yang tak hadir atas sebab-sebab tertentu, namun jumlah kehadiran adalah satu permulaan yang bagus... tahniah buat pengendali majlis...




majlis dimulai dengan nyanyian lagu keramat kami iaitu KSAH Alma Mater... mujur lah masih ingat lagi lirik, walaupun dah 28 tahun tak nyanyi...







tiba masanya untuk tontonan montaj dari pengendali majlis... mengimbau kenangan masa dulu...





masa untuk menikmati buffet yang disediakan... bayaran dikenakan sebanyak RM70 seorang, saya tak kisah pun, yang penting dapat bertemu rakan-rakan semua...



sekali nama disebut, rupanya dapat hadiah cabutan bertuah... 



makan pun tak la banyak sangat, sebab borak punya pasal... habis keluar cerita dulu-dulu... dapat berjumpa rakan sekelas dari Tingkatan 1 hingga 5 di Kolej Sultan Abdul Hamid... 




akhir majlis, kami bergambar mengikut persatuan & rumah... bermula dengan Sea Scout...




diikuti dengan rumah Gurney iaitu rumah Hijau...



penutup tirai majlis adalah gambar beramai-ramai... terbaik!!!


tahun 2024 adalah istimewa buat kami kerana diberi penghormatan mengendalikan reunion di Kolej Sultan Abdul Hamid... giliran 30 tahun... panjang umur, Insya Allah akan bertemu kembali...

4 Jun 2022

Top Gun: Mavericks

selepas lebih 30 tahun berkhidmat sebagai salah seorang penerbang terkemuka Tentera Laut, Pete "Maverick" Mitchell (Tom Cruise) adalah tempat dia berada, menolak sampul surat sebagai juruterbang ujian yang berani dan mengelak peningkatan dalam pangkat yang akan menjatuhkannya...

beliau melatih 'Detachment' graduan untuk tugasan khas, namun Maverick mesti berdepan dengan masa lalu dan ketakutannya paling mendalam, yang memuncak dalam misi menuntut pengorbanan muktamad daripada mereka yang memilih untuk menerbangkan pesawat...