Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

28 Mac 2024

Beratur

Alhamdulillah, ustazah kongsi gambar Abyana beratur untuk mengambil juadah berbuka hari ni...


25 Mac 2024

Prestasi PBD Bahasa Inggeris

hari ni Ustazah kongsi kan aktiviti kelas Bahasa Inggeris untuk 1 Bukhari...


Jadual Harian Asrama

Waktu Persekolahan

0430 : bangun tidur, mandi dan bersiap

0545 : berkumpul di surau

0600 : solat Subuh, bacaan Al-Mathurat

0630 : sarapan

0700 : sesi persekolahan

1600 : prep

1630 : solat Asar, bacaan Al-Mathurat

1700 : minum petang

1715 : riadah 

1830 : makan malam

1900 : Al-Quran, solat Maghrib

2045 : solat Isya, bacaan Al-Manzil

2100 : prep

2230 : minum malam

2245 : liqa' malam, bacaan Al-Mulk

2300 : lampu dipadamkan

* makan tengahari dan solat Zohor di dalam waktu persekolahan


Sabtu

0515 : qiyamullail

0600 : solat Subuh, bacaan Al-Mathurat 

0630 : sarapan

0730 : riadah

0830 : mandi, solat Dhuha

1000 : prep

1230 : makan tengahari 

1330 : solat Zohor

1400 : outing (ikut giliran)

1630 : solat Asar, bacaan Al-Mathurat 

1715 : minum petang 

1730 : riadah

1830 : makan malam

1915 : solat Maghrib, bacaan Al-Manzil

2045 : solat Isya

2130 : minum malam

2300 : lampu dipadamkan


Ahad

0515 : qiyamullail

0600 : solat Subuh, bacaan Al-Mathurat 

0630 : sarapan

0745 : solat Dhuha 

0800 : gotong-royong 

1100 : pemantauan 

1230 : makan tengahari

1330 : solat Zohor 

1630 : solat Asar, bacaan Al-Mathurat 

1715 : minum petang

1830 : makan malam

1900 : kelas malam tahdir

2130 : prep malam

2230 : minum malam

2245 : liqa' malam, bacaan Al-Mulk 

2300 : lampu dipadamkan

* solat Maghrib dan Isya di dalam waktu kelas malam tahdir


24 Mac 2024

Balik Bermalam

Abyana sibuk dengan orientasi selama 5 hari... hari Jumaat merupakan hari balik bermalam bersama keluarga masing-masing, terutama pelajar Tingkatan 1, untuk melepaskan rindu...


Azim dah biasa tinggal di asrama, tak la homesick masa dia Tingkatan 1 dulu... tengok Abyana tu, seronok sangat bila jumpa walid dan mama dia... biasala, anak manja... yang menjalankan tugas memujuk semestinya mama dia la... 3 hari dapat bersama, hari ni masa untuk pulang ke asrama... Insya Allah, Abyana kuat ya... lama-kelamaan dah biasa macam Azim...

21 Mac 2024

Minggu Orientasi

minggu ni penuh dengan aktiviti-aktiviti bagi pelajar baru... gambar diambil oleh guru kelas, untuk dikongsi bersama ibu bapa...





18 Mac 2024

Pendaftaran Abyana ke Asrama

hari ni Abyana secara rasminya mendaftarkan dirinya di SMADATA, mengikuti jejak Azim yang kini di Tingkatan 3... 






Abyana ditempatkan di Dorm G (Saiditina Zainab) bersama 2 rakan baru iaitu Siti Auni Nabihah dan Siti Norkashifah... untuk Asrama Puteri (ASPURI), seorang disediakan 2 loker... no loker Abyana adalah 106... moga Abyana dan Azim berjaya sebagai tahfizah tahfiz, cemerlang dunia akhirat...