Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

24 Apr 2022

K.G.F: Chapter 2

Rocky (Yash) diangkat menjadi pemimpin baru lombong Kolar Gold Fields dan memanggil sekutu Suryavardhan (Ramesh Indira) untuk mesyuarat pertama mereka...

seperti bermain catur, Rocky bermain dengan caranya dan musuhnya dengan rancangan mereka... demi membina kekuatan, Rocky harus membina tenteranya sendiri...

berita Adheera (Sanjay Dutt) yang masih hidup dan ingin menakluki K.G.F sampai kepada pengetahuan Rocky... Rocky menyiapkan tenteranya di beberapa lokasi di lombong bagi mengekang pencerobohan Adheera... 

Rocky bukan saja perlu berdepan dengan Adheera dan bala tenteranya, malah Rocky harus menentang kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri Ramika Sen (Raveena Tandon) yang memburunya sebagai penjenayah nombor satu negara yang paling dikehendaki...

apakah yang akan Rocky lakukan untuk mengekalkan rentaknya?




23 Apr 2022

Vaksin Tahunan Red

hari ni hantar Red untuk vaksin tahunan bercampur ubat cacing dan ubat kutu di tempat biasa, tak lain tak bukan Nadia Klinik Saujana Utama...


22 Apr 2022

Rawatan Homeopathi 1

hari ni berkesempatan bertemu Dr Avanish Shukla, pengamal homeopathi di Global Homeopathy Centre, No 14, Jalan USJ 11/3J, 47620 Subang Jaya, Selangor... tapi kena buat temujanji terlebih dahulu...


tujuan utama adalah untuk mendapatkan rawatan bagi 3 serangkai iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi & kolesterol... ini adalah kerana saya ada keturunan bagi penyakit ni... teknik homeopathi adalah dengan mendapatkan segala maklumat kesihata, pemakanan, aktiviti jasmani & rohani dan sebagainya... jadi Dr Avanish telah memberikan ubat untuk dimakan bagi tempoh sebulan, di mana pertemuan selanjutnya, saya akan buat full blood test bagi mendapatkan bacaan tepat bagi semua organ dalaman... ada 4 jenis ubat diberi:

1. Ubat Kencing Manis - dititis 30 kali dalam segelas air, diminum pagi sebelum makan...
2. Ubat Kolesterol - dititis 20 kali dalam segelas air, diminum selepas makan malam...
3. Ubat Keturunan - 6 biji pada hari ni dan setiap hari Ahad... aturan, 2 biji... 15 minit makan lagi 2 biji... 15 minit makan baki 2 biji... makan waktu malam...
4. Ubat Mata - 1 titis mata kanan & 1 titis mata kiri sebelum tidur...

rawatan diberi adalah untuk memperbaiki masalah organ dalaman dahulu... cukup sebulan depan, akan terus dilihat dari ujian darah... kemudian diteruskan rawatan... saya sebenarnya mahukan rawatan susulan, tak kira la tempoh 3 bulan, 6 bulan atau setahun... yang penting masalah dalaman badan dapat dipulihkan... 

20 Apr 2022

Chief Invigilator

my duty as a Chief Invigilator for BAAB1014 Business Accounting, from 2:30 pm to 5:30 pm at Auditorium 1 UNITAR...


Suatu Institusi Latihan

hari ni berkesempatan bersama penceramah iaitu Ustaz Masrol Mohd Rasid dari Lembaga Zakat Selangor...

18 Apr 2022

Aloq Staq Jammed

hari ni banyak berehat ja di rumah... ambik peluang berborak dengan Walid... tengahari keluar sekejap ke Aman Central... jalan-jalan...

Abyana ni suka sangat bergambar sebenarnya... memandangkan Azim kat asrama, bermakna bermanja dengan anak dara ni la jawabnya... lepas tu ke Mr DIY, beli barang keperluan kat rumah Walid... balik rumah kul 2 petang, berehat... borak-borak dengan Walid...

petang keluar cari makan... semestinya cucur udang PKNK... harga tu biasa la, semua pakat naik belaka... tapi harga Kedah la, tak semahal kat KL tu... apa boleh buat, harga diluar kawalan... semalam tempah nasi Arab kat Chef Amar... dia dulu Chef kat Restoran Arabian Delight... sekarang dia buka gerai ja, dekat dengan MyDin Alor Setar... 

kami ambik 4 Mendy Ayam, 1 Mendy Kambing, 1 Arab Shawarma Biasa & 1 Arab Shawarma Special... nasi Mendy memang mantap... cuma Shawarma ja, terlalu banyak sos, dah macam roti John la pulak hehehe tak ada original Arab lagi...

seperti biasa, malam ni berjamaah Tarawikh & Witir dengan Walid & Umi... Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah kerana diberi kesempatan berpuasa & beribadah di sini... esok 7:30 pagi dah nak balik Selangor...

17 Apr 2022

Balik Aloq Staq

hari ni berkesempatan balik Aloq Staq, berpuasa dengan Walid & Umi... lepas solat Subuh, tidoq sejam... bersiap bagai, gerak pukul 8:30 pagi... apapun sebelum buka puasa kelmarin dah buat test Covid-19 dulu, Alhamdulillah negatif...


sepanjang perjalanan tak ada jammed langsung... cuma berhenti kat RR Gunung Semanggol ja...



kali ni cuma bawa Abyana ja sebab Azim sekarang di asrama... bawa kereta pun secara santai, ikut had laju semasa... sampai Aloq Staq, singgah kuboq arwah Mak dulu... memang rutin, balik sini, wajib jumpa Mak dulu...




tahun ni genaplah 19 tahun arwah Mak di sana... setiap kali bulan Ramadhan, selalu dapat bau Mak... rasa tenang ja hati... singgah sat Pekan Rabu, beli ole-ole, lepaih tu truih ke rumah Walid... borak-borak petang dengan Walid...

Aloq Staq memang jammed, beli juadah berbuka pukul 5:30, terpaksa ikut jalan taman... syukur sangat-sangat, dapat berbuka puasa, imamkan tarawikh & witir bersama Walid, Umi, Naja & Abyana... buat 8+3 ja hari ni... lepaih tu keluaq pi Bazar Syawal Stadium Aloq Staq... saja jalan-jalan... ramainya manusia...




malas nak lepak lama-lama kat situ, lepaih tu truih ke Taman Koperasi pekena koteow kerang... sini memang padu... dekat ja dengan rumah Walid... koteow Iman, tak berapa sangat, sebab berminyak... mungkin orang lain suka... koteow Joned masih sedap, cuma tempat makan dia tak berapa nak best sangat... 


pukul 10:30 malam dah balik, bukan apa, Abyana ni jenis tidur awal... masa untuk berehat... syok aih, dapat balik Aloq Staq... 

16 Apr 2022

Hardcopy to Softcopy

for starting could be difficult, take times to get through to this changes... example: exam scripts, print, mark & keep it in the document room (hardcopy)... exam scripts, mark, zip files, keep in the server (softcopy)... then teaching files... in future, all documents for teaching will be in softcopy... same goes to Human Resources department, do not ask to submit the same certificate again & again... just make it from hardcopy to softcopy... employees only update the latest certificate... the most importantly, please ensure that server is secured...

RM Webinar: Chapter 2 Literature Review (Continue)

 






15 Apr 2022

Pengawas SRITI 2022

Abyana sekali lagi dilantik menjadi pengawas bagi tahun 2022... majlis watikah perlantikan pengawas dilaksanakan pada sesi pagi...

13 Apr 2022

7 Apr 2022

MQA Cyberjaya

hari ni, saya, Amri, Prof Hassan & Prof Rohaya ke MQA di Cyberjaya untuk membincangkan program BHM, BBA, Fintech, MBA & DBA bersama pegawai sempena hari bersama pelanggan... Alhamdulillah, banyak perkara terkini diperolehi... siap dapat kurma lagi... 

 




5 Apr 2022

RTK Test

RTK test sebelum Azim masuk... masa pendaftaran, Azim buat RTK test, kit disediakan oleh pihak sekolah... antara syarat kemasukan Azim ke asrama... Alhamdulillah negatif... hari ni pun buat juga... saja ja... Alhamdulillah negatif juga...

4 Apr 2022

Pendaftaran SMADATA

selamat maju jaya Azim Danial Barakbah... belajar rajin-rajin di SMADATA... Walid & Mama sentiasa mendoakan kejayaan Azim dunia akhirat 🤲

 












3 Apr 2022

RRR (Rise Roar Revolt)

kisahnya pada tahun 1920-an, semasa British memerintah India, seorang anak gadis bernama Malli (Twinkle Sharma) dari puak Gond telah dibawa oleh isteri gabenor British (Alison Doody) ke kediaman mereka tanpa persetujuan ibu dan ayahnya...

bagi misi menyelamatkan Malli, pelindung puak, Komaram Bheem (N. T. Rama Rao Jr.) tiba di Delhi bersama orangnya... pemerintah Hyderabad telah diberi amaran tentang misi Bheem...

seorang polis yang berani, Sitarama Raju (Ram Charan) menawarkan diri untuk menangkap Bheem bagi mengejar jawatan tertinggi polis yang ditawarkan bagi sesiapa yang berjaya menahan Bheem... 

dalam pada itu, tanpa mengenali antara satu sama lain, Ram dan Bheem bekerjasama dalam usaha menyelamatkan seorang budak lelaki yang berada dalam situasi bahaya... mereka membina ikatan 'brotherhood' yang akrab, disebalik identiti palsu...

adakah kedua-dua misi Ram dan Bheem berjaya? apakah yang akan berlaku?





Niat di bulan Ramadhan

sebahagian daripada niat-niat pada bulan Ramadhan yang mulia, terjemahan dari niat-niat dari Habib Umar b. Muhammad b. Hafidz...

aku berniat mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan yang mulia ini dengan pelbagai pendekatan & menjadikannya ikhlas kerana Allah SWT & menjauhkan diri daripada niat selainNya...

aku berniat mengikut sunnah Rasulullah ﷺ dengan sempurna...

aku berniat menjaga solat berjemaah, solat terawihku & qiamulail pada setiap malam...

aku berniat menjaga waktu dengan zikir daripada Fajar hingga Isyrak & daripada Maghrib hingga Isya'...

aku berniat menghindar diri dari segala bentuk maksiat seperti penipuan, mengumpat, mengadu domba, sumpah palsu...

aku berniat mengurangkan waktu-waktu tidur pada bulan mulia ini...

aku berniat memperbanyakkan istighfar pada waktu sebelum Fajar, merendahkan diri & menyerahkan diri kepada Allah SWT...

aku berniat mendoakan umat Nabi Muhammadﷺ...

aku berniat memperbanyakkan sedekah...

aku berniat menjaga solat sunat Rawatib, solat sunat Dhuha, Witir dsbnya...

aku berniat memperbanyakkan mengingati Allah & membasahi lidah dengan zikrullah...

aku berniat mengurangkan banyak berkata-kata perkara yang tidak perlu...

aku berniat berbuat baik kepada ibubapa & ahli keluarga...

aku berniat bersilatulrahim & memberi pertolongan saudara seMuslim...

aku berniat menghentikan sesuatu yang menyusahkan sesama Muslim...

aku berniat menghindari perkara yang tidak diredhai Allah SWT & perbuatan yang makruh...

aku berniat memperbanyakkan bacaan Al-Quran & menghayati Al-Quran...

aku berniat berkhidmat pada orang-orang yang berpuasa, membantu mereka waktu berbuka puasa & bersahur moga Allah menulis bagiku ganjaran seperti mereka...

aku berniat berkhidmat pada zuriat keturunan Rasulullah ﷺ dgn pelbagai khidmat & aku berniat seperti niat diatas ini, atas niatnya Rasulullah ﷺ, niatnya para sahabat, niatnya para thabiin,niatnya para ulama & sholihin
 إلـى حـضـرة النــبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم ... الفاتحة

2 Apr 2022

Tarawikh 1

bermulanya solat sunat Tarawikh pada tahun ini, berkesempatan berjamaah bersama keluarga di Jelebu N9... 





RM Webinar: Chapter 1 Introduction

 


1 Apr 2022

Bersama Azim Danial

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan menunaikan ibadah solat Jumaat di Masjid Puncak Akan bersama Azim... dah lama rasanya bagi anak-anak terpaksa solat Zohor kerana pematuhan COVID-19 ni... syarat hari ni, kanak-kanak lengkap 2 dos dibenarkan... lepas ni Azim dah masuk asrama... lepas ja solat, terus ke Mamu FZ, atas permintaan Azim sendiri, nak makan mee goreng mamak...



Pantun Merisik - Hud Barakbah

 

Bad System

I like System of a Down (SOAD) song because fit my rhythm BUT not to the bad system in the organizations, creating haywire...