Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Jun 2021

Kenangan Covid-19

20/21 no yang akan dikenang atas wabak Covid19... banyak yang dipelajari, satu pengalaman yang takkan dilupakan... situasi yang cukup mencabar, dilengkapi maklumat dari pelbagai sumber socmed (sahih & palsu), viral dsbnya... di satu masa, yang berilmu dianggap tak berilmu manakala yang tak berilmu dianggap berilmu... tudia, benda ni telahpun dinyatakan sebelum ini, dah terang-terang berlaku sekarang... dah nampak isyaratnya, jadi berhati-hatilah la ya akan gelombang fitnah akhir zaman...

28 Jun 2021

Kertas Peperiksaan

Norma Biasa setiap semester - siapkan 2 set Kertas Peperiksaan (1 lagi tu bagi yang tak buat atas alasan yang munasabah)... kemudian melalui saringan 1) penilai, 2) ketua program, 3) dekan atau timbalan dekan... akhir sekali badan peperiksaan... terkejar-kejar itu kebiasaan, sebab dari mula kerja sampai sekarang, macam tu la normanya... Pulun Kedah Pulun (semangat orang Utara) 😁😁😁

26 Jun 2021

Cherry Tiggo Alado

kami beli kereta Cherry Tiggo Alado pada tahun 2009 (keluaran 2008)... Alhamdulillah dah 12 tahun bersama kami... baru ja ambik dari bengkel Edylla... dashboard terpaksa tukar, beli dari sparepart Cherry di Melaka... Absorber belakang kiri kanan tukar baru... masalah minyak power steering dah pun diselesaikan... walaupun dah lama berkhidmat, tapi keadaan enjin masih mantap 👍👍👍 cuma sparepart ja, kena cari kat Cherry punya... yang skit2 tu cari kemudian... gambar baru ambik dari bengkel, belum basuh lagi...

 

Enjin 44

 

23 Jun 2021

Warisan Perubatan Melayu

apabila seorang Abang menganugerahkan penulisannya buat seorang Adik, ia merupakan satu benda paling bernilai bagi saya... inilah kami adik-beradik... terima kasih atas penulisan, cukup berguna untuk generasi yang akan datang... Moga makin banyak penulisan diterbitkan buat generasi akan datang... moga panjang umur, sihat walafiat & dilimpah rezeki dunia akhirat 🤲
 

Warisan perubatan melayu. ISBN 978-967-19323-0-8 boleh whatsapp 0108930854 untuk pembelian...


22 Jun 2021

Bekerja Di Rumah

sepanjang tempoh 28 hari PKP Lockdown ni, selain dari hakiki BDR (Bekerja di Rumah), telahpun diisi masa mengeluarkan peluh... mengecat rumah, bercucuk tanam, tebang pokok yang akan ditanam pokok lain, korek tanah dsbnya... memang pecah peluh, tapi cukup berbaloi sekali... apapun, puas hati bila dah siap sepenuhnya aktiviti ini...

19 Jun 2021

Jagame Thandhiram

Suruli (Dhanush) adalah samseng di Madurai yang diupah oleh Peter Sprott (James Cosmo), seorang gangster Inggeris untuk bekerja dengannya... dia diminta untuk mengesan Sivadoss (Joji George) yang merupakan orang Tamil tinggal di London...

oleh kerana Suruli adalah orang Tamil, dia mendapat tempat dalam kumpulan Sivadoss... Suruli adalah pengintip Peter dan memindahkan maklumat dari Sivadoss kepada Peter... 

Sivadoss menemui kebenaran yang Suruli bekerja untuknya tetapi diupah Peter... sesuai rancangan, geng Peter merancang membunuh Sivadoss dengan bantuan Suruli...

Attila (Aishwarya Lekshmi) mengungkapkan kebenaran mengenai Sivadoss kepada Suruli... terkejut dengan maklumatnya, Suruli memutuskan berundur diri dari bekerja untuk Peter...

apakah rancangan induk Peter? bagaimanakah Suruli akan melarikan diri dari Peter? apakah yang akan berlaku seterusnya? 



Laman Baru

sudah 10 tahun tanah tepi, kini bertukar... masih lagi bercucuk tanam, cuma cara yang berbeza... ni semua gara-gara norma baru... gituuuuuu 😁


16 Jun 2021

Inaugural Hospitality Adjunct Professor Talk

 How can the hospitality & tourism industry recover Amidst the Covid-19 Pandemic?