Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

23 Mei 2020

Sebelum... Kini... PKP

sebelum ni, nak jadi imam, tak yakin, tak berani...
sebelum ni, nak azan, takut silap...
sebelum ni, nak baca Al-Quran, takut salah baca...
 

syukur, tempoh PKP, diisi masa untuk belajar, melaksanakan, memperbaiki malah mendapat keyakinan untuk melakukannya...
 

kini, dah berani menjadi imam ketika solat, dah berani azan, dah boleh membaca Al-Quran, siap terjemahan lagi...
 

Allah SWT sayang kat kita, Alhamdulillah, kita dapat melaksanakan perkara yang kita janggal selama ni... semoga Allah SWT menerima solat kita, puasa kita, zakat fitrah kita, zikir kita, perkara baik kita... semoga Allah SWT ampunkan dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita... semoga kita dapat menjadi yang lebih baik dari sebelum ini... 

dunia cuma satu persinggahan... mudah-mudahan bekalan yang dibawa kelak, mencukupi buat kita... 🤲

16 Mei 2020

Selamat Hari Guru

dulu masa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kena denda dah jadi satu pengajaran paling besar atas kenakalan saya... saya bangga dengan guru saya yang mengajar segalanya, bukan sahaja ilmu pengetahuan, tetapi menjadi seorang manusia... masa belajar agama, syukur Alhamdulillah kerana saya dapat memahami agama, semua tu atas tunjuk ajar ustaz-ustaz, tok guru, habib... masa belajar pertahanan diri, saya dapat belajar mendisiplinkan diri saya... terima kasih buat tok guru... masa di peringkat pengajian tinggi, saya dapat memahami selok belok mengenai kehidupan... terima kasih buat pensyarah, professor... masa saya bekerja, saya mengerti perjalanan kerjaya... terima kasih semua yang memberikan tunjuk ajar kepada saya... tak lupa buat Walid & arwah Mak... merekalah sebenarnya guru saya, yang sentiasa mendidik saya dari kecil hinggalah sekarang... saya mendoakan semua guru saya, sentiasa dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki... bagi guru saya yang telah meninggal dunia, saya mendoakan moga dimasukkan ke dalam syurga... Selamat Hari Guru... 🤲

2 Mei 2020

Prihatin

Alhamdulillah, dok tengok lani ramai yang prihatin mengenai solat di masjid atau surau... pasaipa tak boleh lani? tak pa, lani proses kemaihkan diri solat kat rumah bersama keluarga... kira kursus la no... hat takut jadi imam, dah mula berani... dah boleh baca surah-surah... dah ulangkaji cara solat, dah mula belajaq & buat praktikal... baguih sangat dah... sabaq no, bila dah betoi-betoi ok, pakat ramai-ramai solat berjemaah di masjid atau surau ya (terutama lelaki)... jangan pulak lepaih ni, masjid atau surau suram, senyap pulak dalam media sosial... tak dak pulak nak prihatin macam la ni... saja ja sembang-sembang... harap yang prihatin lani, tok sah berhenti prihatin ya, bila dah habis semua tempoh... teruskan prihatin anda sampai bila-bila, moga masjid atau surau ramai jemaah...