Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

28 Jun 2019

Sambutan Hari Lahir Dari FBT

fakulti meraikan ulangtahun bagi semua pekerja jabatan yang dilahirkan pada Januari hingga Jun... nama naik la untuk sambutan kali ni...

 


27 Jun 2019

Jus Lega

جُس لكْا - باوَع فُتِه، هَليا، لِمُن، اِڤل سَيدر... افي كچِل ١ جَم، بياركن سجُك، سِمڤَن دلم بكَس، باچا بِسمِللّه ٦, سِمڤَن دِعِن... ١ چَمچا چَمڤُر مَدو (ڤكْي بَعُن تِدُر، مَلَم سبلُم تِدُر), دُءَ كَت اللّه، موكْا سمبُه مَسَلَه سَلُرَن جَنتُع، كُلِسترُل، لَنچَر دَرَه دَن لَين٢ لَكْي... آمين...


26 Jun 2019

Riang Ria UNITAR

هَرِ نِ دَه تُكَق اَعكا ٤ كَت دڤَن، اَعكا ٢ كَت بلَكَع، جَدِ لا ٤٢ يا... كِرَ ٤٠ اَن نِ دَه وَركْا كَْعسا... ٥٠ اَن وَركْا ڤِرَك... ٦٠ اَن وَركْا امَس... اڤَ ڤُن كنا برِعَت يَع اُمُر دَه كارَه معهَمڤِرِ كُبُر، يَكنِ اَلَم بَرزَق... يا اللّه، تتَڤكَنلَه اِمَن كَمِ، لِندُغِلَه كَمِ دَرِ فِتنَه دَخَل دَن اَڤِ نرَكا، مُكْا كَمِ سمُءَ تركُْلُع دِكَلَعَن اَهلِ شُركْامُو... آمين...


Riang Ria Hari Raya UNITAR bersama isteri tercinta... bukan selalu nak dapat tarikh keramat 26 Jun ni... kan...



42 Tahun

 

Liverpool Premier League Champions 2019

the Reds have clinched the crown for 2019-20 on today 4-0 victory over Crystal Palace...  the 2-1 defeat for City at Stamford Bridge ensures Jürgen Klopp’s side cannot mathematically be caught in the table... it means Liverpool have secured the club’s 19th league title, ending a 30-year wait following their previous success in 1990...

In an unprecedented campaign, the club have claimed the championship earlier than any other side in Premier League history, doing so with seven games still to be contested... the Reds equalled a top-flight record of 18 successive victories – also set a new landmark for number of consecutive league home triumphs, with the win against Palace their 23rd in a row... the record for the season so far stands at 86 points accumulated after 31 matches played, with 28 wins, 2 draws & 1 defeat... the best birthday present for me... YNWA...

24 Jun 2019

Sales & Marketing

setiap perniagaan, memerlukan keuntungan... paling teruk pun melepasi pulangan modal... mana nak dapat semua ni? semestinya dari Sales & Marketing... kalo teruk, maka teruk la sesuatu perniagaan... dah banyak perniagaan tutup... tambah pulak keadaan ekonomi tak stabil...

jika Sales & Marketing tak ada faktor tarikan, tak kreatif, kurang berpengetahuan, tak pandai bercakap, tak rasa bersalah jika jualan kurang, tak boleh memberi keyakinan kepada pengguna, tapi masih lagi bersama dengan perniagaan, percayalah, sampai bila-bila isu kekurangan pendapatan akan berlanjutan...

mana perginya Sales & Marketing di zaman kegemilangan perniagaan? kenapa memiliki Sales & Marketing di era kemerosotan? jawapannya adalah pengurusan sendiri... apakah masih tak nampak yang mana satu gemilang atau yang mana satu merosot?

jika jabatan lain terpaksa menjual & memasar, atas alasan Sales & Marketing tak mencapai target, bagaimana tugas hakiki jabatan tersebut? sepatutnya jangan ganggu jabatan lain... pihak pengurusan sendiri yang kena buat Sales & Marketing... baru la berbaloi dengan gaji yang diterima... tak gitu...

lama-lama perniagaan semakin menyusut, mula tenat, terus berkubur buat selama-lamanya... dulu perniagaan cukup gah, cuma disebabkan oleh masalah Sales & Marketing, terus jadi Hari Ini Dalam Sejarah... siapa yang terasa tu, janganlah meroyan ya... jangan pulak mengadu atas kelemahan sendiri... tunjukkan yang anda bukan macam tu - anda adalah Sales & Marketing yang terbaik sekali...

23 Jun 2019

Stok Biskut Jajan

hat ni bukan untuk juai no... stok makan kat rumah... boleh jamu tetamu... dok juai Biskut Jajan Family Corner, dok tengok repeat order, pakat dok habaq sedap, ni la masanya untuk merasa... btoi la apa depa habaq... tak pernah selama ni dok ada stok macam ni punya banyak... ni la pertama kali jadi lagu ni... cukup puaih aih...

 

22 Jun 2019

Rumahku Keluargaku

hari ni aktiviti mengemas rumah... cuma ke majlis rumah terbuka kat area rumah sahaja... petang nanti trim dahan pokok & cabut lalang pulak... Azim & Abyana siap lukis ikut tema 'Rumahku Keluargaku'...



Heritage Association of Malay Massage (HAMA)

Alhamdulillah... the beginning of our Malay Massage... this is our Malay art heritage, it should be practices globally... maybe some of our university or college just forseen on other arts but forgotten on our home ground... the Malay Massage courses are our Malay Niche... good job to USM... we always support Syed Mahdi Baraqbah and the teams for the effort... MOU between Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) USM and Heritage Association of Malay Massage (HAMA)... salute!!!

 






21 Jun 2019

Pendekatan EduTrip

saya memang dari dulu mengajar sampai sekarang di UNITAR, masih lagi mengekalkan pendekatan Educational Trip kepada para pelajar saya... adakala saya buka kepada pelajar lain... paling penting, pelajar dapat mengetahui apa yang dilaksanakan oleh industri pada masa kini... jika ada yang mempertikaikannya, saya tetap dengan cara saya...

pernah sekali panel MQA menyoalkan kenapa buat jauh-jauh, padahal boleh pergi yang dekat... jawapan saya, lagi jauh, lagi banyak pendedahan... jika ada peluang ke Antartika pun saya bawa supaya pelajar boleh tau kaedah-kaedah di tempat lain...

Alhamdulillah dari tahun 2008, saya & Amri dah banyak mengendalikan pendekatan ni... ramai pelajar yang ikut pendekatan kami sudahpun berkerjaya... harapan kami, moga pensyarah atau tenaga pengajar lain, boleh melaksanakannya untuk pendedahan pelajar di alam kerjaya... ada bajet, tak ada bajet, ia tetap berjalan... apa yang kami lakukan, mendapatkan harga yang mampu bagi pelajar... benda ni satu sahaja, nawaitu mestilah untuk pembelajaran, Insya Allah akan dipermudahkan....

20 Jun 2019

Sunway Lost World of Tambun

Educational Day Trip with my students from Facilities & Plant Management and Event Facilities Management's subject... this is part of their assignment - observation, experience, industry engagement at Sunway Lost World of Tambun...

 







19 Jun 2019

Goyang La Goyang

pagi sampai petang dok pulun, baru siap 5 set (1 set ada final & special)... penat wooo nak perah otak ni... dok pikiaq hat baki 5 set lagi... Jumaat dah kena hantaq... banyak wooo kena buat lani... tu baru set, belum lagi hat lain yang dok pakat ligan date line... tugaih hakiki lagi... depa ingat kami ni mari bergoyang... goyang la goyang... nak jadi cerita, lani dok pukui keliling la jawabnya... kadawaleeeeee

18 Jun 2019

Moga Cepat Sembuh

hari Isnin, Ustaz bagitau Azim tak larat... banyak berehat... muntah & cirit... ambik dari sekolah, Azim bagitau pait mulut... bagi makan buboq, muntah... malam tidoq awai... hari ni tak ke sekolah, ikut Mama pi ofis... selera makan kurang... muntah jugak... akhirnya Azim Danial tewas... doktor bagi ubat tahan muntah, sakit perut, angin & cirit... Mama buatkan sup bebola ikan... suap skit dengan nasik... bagi makan ubat, teruih tidoq... harap besok bangun, dah boleh makan tak muntah... dah kuruih anak Walid ni... moga cepat sembuh...

 

Rumah Terbuka Sime Darby Property

Alhamdulillah mendapat jemputan... hadir pada sesi pertama bersama Amri... juadah semua sedap belaka...


Selayaknya Menilai

bagi saya, matapelajaran seperti Matematik, Sains, Akaun, Sejarah, Geografi, Ekonomi, dan sebagainya, perlu ada yang mahir dalam bidang sahaja untuk meneliti matapelajaran tersebut, tak kira bangsa... begitu juga dengan matapelajaran bahasa... jika bukan Islam mahir dalam bahasa Arab, dia layak untuk memberikan pendapat atau menjadi panel penilai... tetapi bagi matapelajaran Agama Islam, perlu ada yang mahir dan juga beragama Islam sahaja... bermakna bukan Islam tidak boleh sama sekali memberikan pendapat atau menilai matapelajaran ini... tak kira lah dia mahir sekalipun, jika bukan Islam, bermakna dia tak layak... melainkan jika dia mengucap dua kalimah syahadah dan yakin bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT, Rasulullah SAW pesuruh Allah SWT (Rukun Islam pertama), barulah dia layak... kenapa? dia mahir dan juga Islam... harap penerangan ini jelas... wallahualam...

16 Jun 2019

2H1M Batu Pahat

Alhamdulillah... majlis pertunangan adik ipaq Mohsein Al Yahya berjalan dengan lancar... 2H1M kat Batu Pahat JOHOR, memang JJCM la namanya... makanan memang terbaek!!! seluaq kui ketat... balik timbang, truih 73.9 kg... lagi 0.1 kg ja genap 74 kg... yang tak dapat nak jumpak, minta maaf no... Insya Allah, boleh set lain... yang jemput ke majlis, minta maaf la ya, tak boleh pi... apapun saya doakan moga pasangan kekai forever hingga ke Jannah... dok layan JKK kat TV3... sempoi baq hang...

 

Gerai 10 Asam Pedas

depa habaq kat Medan Selera Tanjung Emas ni, dia punya Asam Pedas power, terutama gerai di hujung kanan dan kiri... memandangkan ikan sembilang habis, saya cuba kat gerai 10 Hj Othman B Koming... dia punya pedas menepati citarasa saya... mantap...


Kopi 434 Muar

depa habaq kopi kat sini power... habih depa pakat borong belaka...

 



Musolla

inilah fitrah kita sebagai hamba Allah SWT... Rukun Islam yang kedua, 5 waktu setiap hari hingga ke akhir hayat... jangan sesekali lalai sebab inilah yang akan disoal kelak... surau di lokasi sama, Kompleks Niaga Peserai...


Murtabak Rendang

hari ni tukaq selera... Murtabak Rendang pulak... Gerai M2 Mohd Azli Serbaneka di Kompleks Niaga Peserai... tak boleh hari-hari makan Beriani, nanti seluaq ketat huhuhu...

 


Check Out

selesai majlis di Batu Pahat semalam... betapa gembiranya adik-beradik melihat majlis adik kesayangan mereka Mohsein Al Yahya...

 


15 Jun 2019

Que BHM

bekas pelajar BHM saya datang melawat saya hari ni... beliau merupakan pelajar Bachelor of Hospitality Management graduated 2010...

 


Homestay Shari

akhirnya sampai di Homestay Shari, Taman Bukit Perdana, BATU PAHAT... dok semalam ja, ada majlis untuk adik ipar malam ni... esok dah balik...

 

Durian Parit Yaani

durian RM8 ke RM10 sekilo... memang durian sedap... syukran, tokey cukup baik hati... durian ni memang dari kebun dia... Alhamdulillah... lokasi dekat ja dengan Beriani tadi...

 







Nasi Beriani Kurma Arab

perjalanan ke Batu Pahat, singgah dulu kat Nasi Beriani Kurma Arab, sebelah Petronas Parit Yaani... Alhamdulillah... memang terbaek hidangan kat sini... bertambah anak2 makan... siap cakap sedap...



Jom Baca Jawi

dulunya, penggunaan tulisan jawi dikuasai oleh bangsa di Tanah Melayu... apabila Rumi diperkenalkan, generasi makin lama makin jauh menguasainya... cuba baca petikan ni, mungkin ada yang lancar... ada yang merangkak... ada yang sukar... apa sekalipun, jom kita kuasai kembali tulisan turun temurun kita... Tulisan JAWI...

 

14 Jun 2019

Hierarki Pekerjaan

di alam pekerjaan, ada hierarki... bawahan akan lapor ke atasannya... nak jadi atasan, kena tau kerja bawahan... kalo atasan tak tau, arahan mencari carca merba... umpama kapten kapal belayar... bukan kapten menyebabkan kapal belayar, tetapi kemudinya... kapten yang bagus, kena tau semua tugas kemudi... dari situ kapten dapat mengharungi halangan sebab dia tau kemampuan kapalnya... kapten mestilah fokus untuk sampai ke destinasi... perjalanan tanpa hala tuju, bukan sahaja memenatkan anak kapal, tapi membuang masa, meningkatkan kos penyelenggaraan, lama kelamaan akan hilangnya keyakinan anak kapal terhadap kapten... Jack Sparrow Pelayaran Pertama

13 Jun 2019

Buruk Sangka

buruk sangka adalah salah satu sifat mazmumah manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati. Apabila timbul buruk sangka, sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan timbul sehingga terbuka kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu...

sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Dosa orang yang buruk sangka adalah besar dan termasuk dalam perbuatan jahat...

 

Kebersihan Hati

banyak sangat sekarang ni yang tidak menjaga kebersihan HATI... jika kita ada sifat sedemikian, berubahlah... bersihkan HATI moga kebahagiaan menanti... kita tak tau bilanya ajal kita... alangkah ruginya jika kita ditarik nyawa dalam keadaan HATI yang kotor... jangan ingat kita ni baik sangat ya... wallahualam...