Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

10 Jun 2019

Ayah - Anak - Cucu

si ayah berusaha memperolehi tanah, diusahakan kebun untuk anak cucu... bermacam tanaman di kebun, didirikan banglo untuk penginapan, untuk berkumpul anak cucu... namun usaha si ayah menjadi sia-sia, kerana setelah pemergiannya, si anak langsung tidak ambil peduli, dibiarkan malah tanaman habis ditarah... ada anak yang ingin menjualkannya kerana tidak mahu memikirkannya... apa akan jadi di kemudian hari? orang lain yang mengusahakannya dan menikmati hasilnya... apa jadi kepada anak cucu si ayah tadi? tak dapat merasakannya lagi... itulah masalah sebenar kita semua... ada kalanya anak akan memusnahkan impian si ayah... susah payah si ayah mengusahakannya, senang lenang si anak merosakkannya... kini ia tinggal kenangan...

jika kita menjadi si ayah - buatkan bahagian siap2 untuk waris... bukan apa, akan ada anak2 yang akan menjualkannya... jadi tak perlu la nak gaduh besar ya... susah payah mendapatkan tanah, ada anak2 kisah? just be well prepared...

jika kita menjadi anak - hargailah susah payah si ayah mendapatkan tanah untuk kita semua... kalo ada yang nak jual, biarkan dia jual bahagian dia... kita usahakan bahagian kita... itulah satu-satunya kenangan yang kita ada...

jika kita menjadi cucu - jangan masuk campur urusan adik-beradik si ayah... biarkan mereka selesaikannya... melainkan bila ia jatuh kepada kita, barulah kita usahakan bahagian kita... mungkin sedikit sahaja bahagian, tetapi jangan risau, walau sekecil mana tanah, jika diusahakan, akan mendapat hasil yang lumayan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan