Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Nov 2021

Classroom Expert Series: Chief Concierge

selesai sudah sesi bersama alumni DHM Mr. Rengga Samy...



24 Nov 2021

Pemasaran... Jualan... Pasaran...

aktiviti dalam kelas Marketing... situasi: pemasaran (marketing) memberi informasi, jualan (sales) mendapatkan pembeli... jika pemasaran tak buat informasi, jualan tak dapatkan pembeli, maknanya tak akan berlaku pembelian... jangan pulak menegak benang yang basah dengan memberitahu bahawa tak ada pasaran (market)... tak perlu la nak bagitau dari sumber intelligent bagai, padahal tempat lain, senang pula mendapat pembeli... masalah adalah dari kegagalan mereka, tapi tak mengaku mereka gagal... bincangkan punca situasi ini berlaku...

23 Nov 2021

Sesi Bersama Adjunct Professor

perbincangan mengenai hala tuju program hospitaliti di era endemik Covid-19...

20 Nov 2021

Temiang-Pantai

jalan baru exit LEKAS Temiang ke Pantai...

13 Nov 2021

Al-Fatihah buat Ami Jabbar

bersama sepupu merangkap biras... Ya Allah, kami memohon kepadaMu, ampunilah segala dosa Almarhum Ami Jabbar Shahabuddin, dilapangkan kubur, dipermudahkan urusan pertimbangan dan ditempatkan ke syurgaMu... dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang...

9 Nov 2021

Stator Coil & Rectifier

ini adalah Stator Coil & Rectifier... semua tu berkaitan dengan bahan api... kalo rosak, motor tak boleh start, bateri pun kena tukar baru... mujurlah berlaku betul2 lepas simpang masuk Cahaya SPK menuju ke Subang... terpaksa tolak motor lawan arus, naik jambatan u-turn ke UiTM Puncak Perdana (btul2 exercise)... terima kasih Rider 1 tunda ke Alam Budiman, Rider 2 tunda ke Saujana Utama & Rider 3 tunda ke Bengkel Alam Jaya... hari ni terpaksa Bekerja di Rumah... jadi sekiranya mula start susah, kena pakai kick, kemudian meter RPM naik turun bila bagi signal atau high beam, tandanya Stator Coil dah tunggu masa ja nk kong... kemudian kacau Rectifier... keluar lampu amaran enjin tu, berhenti je la, terus tunda... hari ni mmg hari pembakaran lemak saya...

7 Nov 2021

Jai Bhim

Rajakannu (Manikandan) dan Sengani (Lijomol Jose), pasangan muda dari komuniti suku yang menjalani kehidupan bahagia dan berpuas hati walaupun dalam kemiskinan... bagaimanapun, keadaan berubah apabila polis menahan Rajakannu dan beberapa yang lain mengesyaki penglibatannya dalam kes rompakan dan menyeksa mereka dengan kejam...

polis memaklumkan bahawa suspek melarikan diri dari tahanan mereka dan di mana mereka tidak diketahui... Sengani yang tidak berdaya serta sedang mengandung anak kedua, meminta bantuan seorang peguam yang baik hati bernama Chandru (Suriya) untuk membongkar misteri di sebalik kehilangan suaminya dan orang lain...

adakah Sengani akan bertemu kembali dengan Rajakannu? apakah yang akan berlaku seterusnya?



4 Nov 2021

Inilah Kami

 bayangkan kami suami isteri bertemu ketika kecil, inilah gambarnya... model dari anak sendiri...