Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Dis 2021

Tazkirah Jumaat

solat jangan diabaikan, jalankan tanggungjawab di mana-mana tempat bersesuaian di bumi Allah SWT ni... sentiasa letak di kereta, dalam beg, sejadah & kain atau telekung... banyak tempat ibadah disediakan di Malaysia - tazkirah hari ni

28 Dis 2021

Murtabak Rose

balik Aloq Staq mesti pekena Murtabak Rose... la produk frozen, boleh makan kat mana-mana ja... ada 3 inti - ayam, daging & kambing... mudah, defrost 8-15 minit, kemudian panaskan dalam ketuhar atau kuali... lain orang lain cara, saya gunakan air fryer ja, garing sikit...

FB - murtabakrosee


27 Dis 2021

The Melbournes

lama tak jumpa Cikgu Zarul & Kak Ody... rupanya Cikgu Zarul geng dgn Marbawi Husin, Own Aksho & Azman Mat Saman (semua 1 kelas dgn saya dulu)... Felda Lubok Merbau Kedah


Geng Maktab

sama Maktab tahun 2018... sama Kapal Terbang... Haji Yaakob, Haji Nasir & Haji Samad... cikgu Sharizam Zakaria mengajar anak Haji Samad...


26 Dis 2021

Tarik Undi

dikala PRU semakin dekat, maka pelbagai strategi dilakukan oleh ahli Politik untuk tarik undi... kesalahan menjadi senjata mereka berpolitik... hakikat sesama ahli politik punya la akrab, tapi yang kita nampak, mereka macam musuh antara Kerajaan & Pembangkang... tebuk atap la, walhal baik punya I & You... masing-masing punya kepentingan... bila mereka membantu, mesti kena tunjuk kat media sosial... itulah Politik, benda yang berlaku seluruh dunia... siapa tak mau kuasa? ada yang bagus, tapi tak popular... kejadian lompat parti menjadi petunjuk betapa kuasa memainkan peranan buat mereka untuk memerintah... apa sekalipun, kita jangan terlibat salah menyalah ya, kita bantu apa yang patut untuk sesuatu mangsa bencana, samada dari segi fizikal, kewangan, doa... moga mangsa banjir dipermudahkan segala urusan 🤲

25 Dis 2021

Big Daddy's Food Station Hutan Kampung

 pekena mee kuah mantap dari Cik Liah Salleh... lokasi di Hutan Kampung...

24 Dis 2021

Tazkirah Jumaat

apabila diberi peluang melaksanakan solat Jumaat, maka rebutlah, kerana kita tak tau, adakah kita akan mendapat peluang pada Jumaat akan datang...

22 Dis 2021

Invigilation - Bachelor of Accounting

today is my last Invigilation - Bachelor of Accounting students... first Invigilation was on 16-Dec... Even I am on Annual Leave, the responsibility still continue to ensure the examination completed... WFH mode... Unifi? Luckily OK...

 

14 Dis 2021

Best Male Dress

terima kasih ya Kak Dah, sponsor hadiah masa Retreat FBT di D'Wharf Hotel & Serviced Residence.... tak sangka pulak boleh menang Best Dress (kategori lelaki) masa BBQ Night Retreat FBT...

3 Dis 2021

Classroom Expert Series: Executive Housekeeper

selesai sudah sesi bersama Tuan Syed Khairul Anuar Barakbah...

29 Nov 2021

Classroom Expert Series: Chief Concierge

selesai sudah sesi bersama alumni DHM Mr. Rengga Samy...



24 Nov 2021

Pemasaran... Jualan... Pasaran...

aktiviti dalam kelas Marketing... situasi: pemasaran (marketing) memberi informasi, jualan (sales) mendapatkan pembeli... jika pemasaran tak buat informasi, jualan tak dapatkan pembeli, maknanya tak akan berlaku pembelian... jangan pulak menegak benang yang basah dengan memberitahu bahawa tak ada pasaran (market)... tak perlu la nak bagitau dari sumber intelligent bagai, padahal tempat lain, senang pula mendapat pembeli... masalah adalah dari kegagalan mereka, tapi tak mengaku mereka gagal... bincangkan punca situasi ini berlaku...

23 Nov 2021

Sesi Bersama Adjunct Professor

perbincangan mengenai hala tuju program hospitaliti di era endemik Covid-19...

20 Nov 2021

Temiang-Pantai

jalan baru exit LEKAS Temiang ke Pantai...

13 Nov 2021

Al-Fatihah buat Ami Jabbar

bersama sepupu merangkap biras... Ya Allah, kami memohon kepadaMu, ampunilah segala dosa Almarhum Ami Jabbar Shahabuddin, dilapangkan kubur, dipermudahkan urusan pertimbangan dan ditempatkan ke syurgaMu... dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang...

9 Nov 2021

Stator Coil & Rectifier

ini adalah Stator Coil & Rectifier... semua tu berkaitan dengan bahan api... kalo rosak, motor tak boleh start, bateri pun kena tukar baru... mujurlah berlaku betul2 lepas simpang masuk Cahaya SPK menuju ke Subang... terpaksa tolak motor lawan arus, naik jambatan u-turn ke UiTM Puncak Perdana (btul2 exercise)... terima kasih Rider 1 tunda ke Alam Budiman, Rider 2 tunda ke Saujana Utama & Rider 3 tunda ke Bengkel Alam Jaya... hari ni terpaksa Bekerja di Rumah... jadi sekiranya mula start susah, kena pakai kick, kemudian meter RPM naik turun bila bagi signal atau high beam, tandanya Stator Coil dah tunggu masa ja nk kong... kemudian kacau Rectifier... keluar lampu amaran enjin tu, berhenti je la, terus tunda... hari ni mmg hari pembakaran lemak saya...

7 Nov 2021

Jai Bhim

Rajakannu (Manikandan) dan Sengani (Lijomol Jose), pasangan muda dari komuniti suku yang menjalani kehidupan bahagia dan berpuas hati walaupun dalam kemiskinan... bagaimanapun, keadaan berubah apabila polis menahan Rajakannu dan beberapa yang lain mengesyaki penglibatannya dalam kes rompakan dan menyeksa mereka dengan kejam...

polis memaklumkan bahawa suspek melarikan diri dari tahanan mereka dan di mana mereka tidak diketahui... Sengani yang tidak berdaya serta sedang mengandung anak kedua, meminta bantuan seorang peguam yang baik hati bernama Chandru (Suriya) untuk membongkar misteri di sebalik kehilangan suaminya dan orang lain...

adakah Sengani akan bertemu kembali dengan Rajakannu? apakah yang akan berlaku seterusnya?



4 Nov 2021

Inilah Kami

 bayangkan kami suami isteri bertemu ketika kecil, inilah gambarnya... model dari anak sendiri...

30 Okt 2021

Jangan Monyet

dulu selalu siar waktu petang, kisah Sang Kancil...


27 Okt 2021

Aku Redha

hari ini diriku yang kerdil ini diuji oleh Maha Pencipta... Allahu Akbar 🤲 aku redha... moga dapat menghapus dosaku yang lampau...


20 Okt 2021

Lawless Lawyer

terjebak drama Korea: selesai layan K-Drama ni, 16 episod semuanya... memang sempoi drama ni, mengambil tindakan mengikut undang-undang di Kisung... kualiti gambar memang mantap
 👍👍👍 Season 2 akan keluaq pertengahan tahun 2022 - Lawless Lawyer di Seoul pulak...


16 Okt 2021

Sanah Helwah Abyana

 




Jiwa Kena Kental

tujuan utama belajar adalah untuk persediaan menempuhi dunia pekerjaan... latihan industri di akhir pembelajaran adalah untuk melatih diri mengharungi dunia pekerjaan... tempoh adalah syarat, tak kira 3 bulan, 6 bulan, setahun... paling penting, manfaatkan masa latihan industri dengan menimba pengalaman dari mereka yang mahir dalam bidang tertentu... jangan sombong kerana anda bakal memiliki kelayakan yang bagus, sebab ia akan merugikan diri sendiri... dunia pekerjaan kelak adalah cukup mencabar, anda terpaksa bersaing dengan semua orang... jadi ingatlah, ambillah peluang untuk menimba pengalaman semasa latihan industri (walaupun lari bidang, yang penting anda memperolehi bidang baru - melatih untuk multi-tasking)... tak dapat elaun, bukan masalah besar, anda takkan kebuluran pun... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian... nasihat saya, berlatih menjadi kuat, sebab anda pasti memerlukannya bila berkerjaya kelak...

11 Okt 2021

Azim Danial Dos Pertama Vaksin

Alhamdulillah, selesai vaksin pertama hari ni - Pfizer... Moga dipermudahkan segala urusan 🤲

 

7 Okt 2021

Perginya Abang Sulung ke Rahmatullah

darah dagingku yg sulung, Mohsin bin Faozi bin Sheh Barakbah telah kembali ke rahmatullah, selamat dikebumikan di Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak... Ya Allah, Engkau Permudahkan urusan dari hidup hingga pengebumian... kini abangku bersama Yang Maha Esa... setiap yang hidup, pasti akan mati... Insya Allah, kami akan melaluinya... Allahu Akbar... kenangan kita adik-beradik sentiasa berada di hati buat selamanya... arwah mak dah lama menanti...

20.03.1964 - 07.10.2021

1 Okt 2021

Senaman 1 - Mahdi Baragbah


Kemampuan Badan

bersenam ikut kemampuan badan... dulu saya JOGGING, sekarang saya FAST WALK... kiraan saya adalah DAILY STEPS antara 5,000 ke 10,000 langkah sahaja... bagi INDOOR EXERCISE, saya cuma buat setakat 5 set untuk 5 pergerakan sahaja sehari, yang penting konsisten... dalam fikiran, bersenam untuk MAINTENANCE badan, kalo nak kurus, kena tau teknik senaman & pemakanan dari TRAINER yang handarrrrr, cuma kena ubah gaya hidup...

29 Sep 2021

Vagabond

depa dok habaq drama Korea fenomena tontonan terkini... saja layan Vagabond kat Netflix... waktu gheja kat rumah, masa rehat, layan 1 episod ja... hari ni habih Siri 1 (16 episod)... hat Siri 2 belum kluaq lagi... betoi sangat la apa yang depa habaq tu... jalan cerita, kualiti gambaq mantap...


24 Sep 2021

Walid 79 Tahun

Walid jadi lebih tua pada hari ini berbanding semalam... namun, bagi saya Walid tetap lebih muda dari keesokan hari... Sanah Helwa buat Walidku yang terhebat...


21 Sep 2021

Bengkel Darul Huffaz

anjuran Jabatan Pra-Tahfiz SRITI Darul Amilin...

19 Sep 2021

Laabam

Pakkiri (Vijay Sethupathi) ialah Presiden Persatuan Peladang di kampung Peruvayal...

seorang ahli perniagaan Vanangamudi (Jagapathi Babu) mahu merebut serta mengambil tanah bagi mendirikan kilang bio-diesel, Pakkiri menentangnya... 

Vanangamudi menggunakan pihak berkuasa peringkat tinggi dalam polis dan politik...

bagaimanakah Pakkiri melindungi tanah tersebut daripada ahli perniagaan yang tamak itu? apakah yang akan berlaku seterusnya?




Jimmy Snuka Superfly

 One of my best wrestler 

 


 

8 Sep 2021

2008 vs 2021

tahun pertama sebagai pensyarah di UNITAR hingga sekarang...


31 Ogo 2021

Malaya Tetap Merdeka (1959)

menghayati suasana bagi mereka yang merasai Hari Kemerdekaan, membawa inspirasi buat generasi sekarang...


27 Ogo 2021

Satu Tujuan

mulanya 2015, setelah sekian lama menyendiri, tiga kali tukar penyelia, sibuk dengan urusan kerja, kini kembali, untuk satu tujuan, mencapai matlamat, mengikut perancangan masa, moga selesai, akhiri penantian, dibawah penyeliaan, sasaran untuk diselesaikan, Insya Allah akhir tahun 2022 🤲

24 Ogo 2021

Scammer

jika tetiba dapat panggilan entah dari mana, suara mesin "ini panggilan dari ***, nombor telefon anda akan ditamatkan perkhidmatan, sila tekan 0 untuk bercakap dengan pegawai kami"... saja tekan 0, bila dengar suara pegawai tu, jawablah "harap maaf, orang yang anda hubungi tau yang anda ni bangang"... terus letak ganggang ya... tapi lagi bagus, dengar ja suara mesin tu, letak ja ganggang, tak perlu nak layan... hal macam ni tiada penyelesaian melalui panggilan telefon...


21 Ogo 2021

Perdana Menteri Malaysia ke 9

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) & Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan... ia susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen...


17 Ogo 2021

Sauteed Mix Veg

kat rumah, daun Oregano subur sangat2... ni namanya masak hentam je la... dengan ni saya bagi nama Sauteed Mix Veg... di saute bersama sayuran, ayam, telur, cili bersama daun segar Oregano... gitu 😁😁


16 Ogo 2021

Percaturan Kuasa

inilah percaturan siapa yang inginkan kuasa... hapuskan, anda berkuasa... itu adalah kuasa di dunia... kena beringat ya, bagi di dunia ni, bagi yang berkuasa atau yang akan berkuasa, hakikatnya bila-bila saja akan tumbang & digantikan... benda akan berulang-ulang hingga akhir zaman...